Ayatnya,
قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم ألا تشركوا به شيئا وبالوالدين إحسانا ولا تقتلوا أولادكم من إملاق نحن نرزقكم وإياهم ولا تقربوا الفواحش ما ظهر منها وما بطن ولا تقتلوا النفس التي حرم الله إلا بالحق ذلكم وصاكم به لعلكم تعقلون. ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتي هي أحسن حتى يبلغ أشده وأوفوا الكيل والميزان بالقسط لا نكلف نفسا إلا وسعها وإذا قلتم فاعدلوا ولو كان ذا قربى وبعهد الله أوفوا ذلكم وصاكم به لعلكم تذكرون. وأن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون.
Ertinya, "Katakanlah; Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu jangan menyekutukan sesuatu denganNya, berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan jangan membunuh anak-anak kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka dan jangan mendekati perbuatan keji, sama ada zahir (nampak di antaranya) atau batin (tersembunyi), dan jangan membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahamiNya. Dan jangan dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat hingga mereka dewasa. Dan sempurnakan urusan perniagaan dan timbangan secara adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kemampuannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil sungguhpun pun dia adalah kerabatmu dan penuhi janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat, dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutiNya dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya yang dengan itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".
1. Larangan menyekutukan Allah swt.
Allah swt Yang Maha Tunggal sangat murka jika Dia disekutukan. Dia Yang Maha Esa tidak boleh disekutukan kerana Dia pemilik kemutlakan.
KekuasaanNya tidak terbatas. MenyekutukanNya atau syirik adalah sangat kejam. Ibarat merendahkan ketinggian martabat Allah swt, menghina kemuliaanNya, membatasi kekuasaanNya, melecehkan keagunganNya dan menjatuhkan kebesaranNya.
Semua Rasul menyeru manusia mentauhidkan Allah swt dan melarang
umatnya menyekutukan Ya Rabb. Tauhid adalah pilihan pasti bagi seorang yang beriman kepada Allah swt. Allah swt sentiasa mengampuni dosa lain hambaNya dengan membuka selebar-lebarnya pintu taubatNya kecuali syirik. Nauzubillah..Janganlah sekalipun antara kita terdetik sama ada secara sedar atau tidak, menyekutukan Allah swt walaupun kita diugut, dibunuh, dipukul, dianiaya, dan diboikot. Allahumma, jauhkan segala sifat syirik daripada diriku ahli keluargaku muslimin dan muslimat..Aamiinn
Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".
(Surah An-Nisaa' ayat 48)
dan dinyatakan lagi dalam surah yang sama ayat 116 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya"
Rasulullah saw bersabda bahawasanya Allah swt menjanjikan akan masuk syurga orang yang tidak menyekutukan Allah swt walaupun pernah melakukan dosa selainnya seperti hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Dzar yang bermaksud,
"Jibril datang menemuiku dengan memberi khabar gembira bahawa sesungguhnya barang siapa yang meninggal dari umatmu dan tidak menyekutukan sesuatupun dengan Allah, maka dia akan masuk surga! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Aku (Rasulullah) katakan sekalipun dia berzina dan mencuri? Dia berkata : Sekalipun dia berzina dan mencuri! Walaupun dia minum minuman keras!"
Luqman al-Hakim juga mewasiati anaknya dan dinyatakan dalam surah Al-Luqman ayat 13 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" .
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
Rasulullah saw mengatakan kepada kita sesungguhnya keredhaan kedua orang tua menyebabkan kita diredhai Allah swt sebaliknya kemurkaan kedua2nya akan membuat Allah swt murka kepada kita. Luqman al-Hakim turut menegaskan akan perlunya berbuat baik kepada kedua orang tua seperti .
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu (surah Al-Luqman, ayat 14).
3. Allah swt melarang keras membunuh anak.
Alasan khuatir ramai anak akan menjadi miskin diada2kan kerana mereka ini takut menghadapi kesusahan dan kesulitan membesarkan anak2 tersebut. Disebabkan 'buat anak' itu mudah dan nikmat, tidak hairanlah banyak berlakunya kes menggugurkan janin, pembuangan bayi dan juga pembunuhan bayi yang tidak bersalah ini.
Mereka telah dilalaikan daripada kata hikmah iaitu sesungguhnya yang berkuasa mengatur dan menganugerahkan harta dunia dan akhirat itu adalah Allah swt. Dialah Ar Rahman, Ar Rahim, Ar Razzaq, Al Ghani, Al Mughni, Al Baasith dan sebagainya yang di tanganNya tidak pernah terputus daripada memberi.
4. Allah swt melarang kita melakukan tindakan keji sama ada secara lahirian (zahir) atau sembunyi (batin).
Perbuatan keji yang dilakukan secara terangan seperti mencaci maki, menuduh, memfitnah, tidak berlaku adil yang mana pelakunya tidak takut mendapat celaan, sementara tindakan secara sembunyi (pelaku khuatir mendapat celaan dari orang yang melihatnya) seperti zina, rasuah, penganiayaan dan sebagainya.
5. Larangan membunuh manusia tanpa alasan diperkenankan Islam.
Tidak boleh sewanangnya membunuh manusia sama ada dalam peperangan atau semasa kedamaian. Hanya dibolehkan membunuh manusia dalam tiga alasan seperti baginda Rasulullah saw sebutkan yang bermaksud,
"Tidaklah halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku sebagai utusan Allah kecuali dengan salah satu dari tiga alasan berikut: Seorang duda yang berzina, membunuh orang dan orang yang meninggalkan agama ini dan memisahkan diri dari jemaah kaum muslimin". (HR. Bukhari-Muslim).
6. Tidak boleh makan harta anak yatim.
Amanah yang dipegang oleh penjaga anak2 yatim bukan sahaja membesarkannya dengan sebaik2nya dalam didikan Islam sehinggalah cukup tempohnya tetapi memastikan duit atau rezeki atau harta milik anak2 yatim ini tidak digunakan untuk tujuan selainnya dan lagi bagus semasa harta2 ini dalam tanggungjawab kita dapat kita perkembangkan atau memperoleh keuntungan dan diserahkan kesemuanya tidak kurang sedikitpun yang menjadi milik anak yatim ini semasa anak2 yatim ini sudah mencapai usia dewasa dan saat itu terlepaslah tanggungjawab kita sebagai penjaganya.
7. Sempurnakan perniagaan dan timbangan dengan adil.
Rugi, penganiayaan, muslihat, tipu daya dan persaingan merupakan antara ujian dan dugaan dalam usaha kita mendapatkan rezeki yang halal. Apa pun Allah swt menyakinkan kita bahawa Dia tidak akan menimpa suatu dugaan di luar kemampuan hambaNya. Jadikanlah sebagai iktibar apa telah beraku ke atas kaum Nabi Syu'aib akibat daripada tindakan mereka sendiri.
8. Allah swt menekankan agar sentiasa jujur, telus dan adil sekalipun melibatkan ahli keluarga dan jauhi perkara yang bertentangan dengan janji Allah swt.
Kejujuran, telus dan adil ibarat mahkota yang terlekat di kepala seorang mukmin. Walau pun berbeza budaya, tradisi, kaum dan fahaman politik, ingatlah Allah swt, manusia diingatkan agar menanamkan sikap sentiasa berlaku adil, jujur dan telus semasa berbicara, bersaksi, berinteraksi, berjanji dan dalam setiap perbuatan.
9. Janji adalah hutan yang senantiasa harus kita penuhi.
Janji yang termeterai sama ada secara lisan ataupun bertulis lebih2 lagi yang disetemkan adalah suatu ikatan perjanjian yang sentiasa perlu dipelihara dan dijunjung tinggi. Ini adalah amanah kepada kita. Jangan sampai kita yang berjanji kita pula yang mengingkari atau memungkiri.
10. Ikuti jalan Allah swt yang lurus bukannya jalan selainNya
Laluan Islam adalah jalan kebenaran yang kukuh membawa manusia pada kebahagiaan hakiki dan sentiasa disinari nur cahaya dari pegangan keimanan yang kuat, ibadah yang sempurna dan jariah yang berterusan.
Dengan wasiat ini, marilah kita sentiasa ingat akanNya Yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Jadilah orang yang benar2 bertaqwa kepadaNya agar kita sentiasa di jalan kebenaran.
Ada pun terdapat 9 wasiat Allah swt kepada Rasulullah saw iaitu;
1. Ikhlas semasa sunyi atau di khalayak
Di padang Masyhar nanti, tatkala kita dihisab, Allah swt akan menunjukkan curahan pahala kepada orang yang sedang melakukan ibadah. Contohnya Allah swt sedang kurniakan pahala kepada orang yang sedang membaca AlQuran. Pada masa tertentu pahala itu terputus-putus. Bahagian yang terputus itu adalah saat di mana terdapat orang lalu dan bacaan diperelokkan atau bacaan dalam keadaan lalai dan alpa. Begitu juga orang yang sedang solat, pahala solat terputus-putus kerana ada orang lalu semasa sedang solat dan diperelokkan solat tersebut atau kerana teringatkan hal duniawi sewaktu bersolat.
Di padang Masyhar nanti, tatkala kita dihisab, Allah swt akan menunjukkan curahan pahala kepada orang yang sedang melakukan ibadah. Contohnya Allah swt sedang kurniakan pahala kepada orang yang sedang membaca AlQuran. Pada masa tertentu pahala itu terputus-putus. Bahagian yang terputus itu adalah saat di mana terdapat orang lalu dan bacaan diperelokkan atau bacaan dalam keadaan lalai dan alpa. Begitu juga orang yang sedang solat, pahala solat terputus-putus kerana ada orang lalu semasa sedang solat dan diperelokkan solat tersebut atau kerana teringatkan hal duniawi sewaktu bersolat.
2. Berlaku adil saat gembira atau marah, tika sayang atau benci
3. Beriqtisad (berjimat) tika kaya atau miskin
4. Menyambungkan orang yang memutuskan tali persaudaraan.
5. Memaafkan orang yang menzalimi kita.
6. Memberi kepada orang yang tidak mahu memberi
7. Diam untuk berfikir
8. Berbicara sebagai zikir
9. Penglihatan mencari i'tibar
7. Diam untuk berfikir
8. Berbicara sebagai zikir
9. Penglihatan mencari i'tibar
No comments:
Post a Comment