Pages

Kelopak mawar

Wednesday, May 15, 2013

Daie ? Aku Dia Kita atau Kami

Assalam alaik..
Bismillah..
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Daie'? Seumur hidup saya tak perasan pula sama ada pernah mendengarnya.. bila terbaca...mulalah mencari maksudnya di google.. zaman sekarang hidup kita makin mudah kan.. tetapi dari segi ilmu saya rasa masih banyak sangat lagi yang perlu dipelajari..

Baiklah back to our main topic.. Daie dalam bahasa Arab adalah tuan atau guru agama. Lebih panjang sikit interpretasinya adalah orang yang menyampaikan (pendakwah) atau secara khususnya orang yang diberi tanggungjawab oleh Allah swt dan organisasi yang mereka wakili untuk menunaikan tugas menyampaikan dan menyebarkan ajaran agama Islam.

Tugas utama seorang daie antaranya adalah menganjurkan umat Islam untuk melaksanakan suruhan Allah swt dan menjauhi segala laranganNya. Seorang daie perlu memiliki sifat atau ciri tertentu agar tugas mendakwah itu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan terkesan pula para pendengarnya.

Di Malaysia saya rasa gelaran ustaz atau ustazah lebih popular. Kini demam imam muda.. tak taula 10 tahun akan datang terma apa pula...Dari segi penyampaian agama Islam, ustaz atau ustazah ini mengajar dan juga menyampaikan ceramah agama di sekolah madrasah masjid saluran media masa termasuk penghasilan buku atau penulisan. Up sikit.. tok guru.. Tok Guru digelarkan kepada seorang guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah..

Apa pun ada tiga syarat utama dan jika tiga syarat dipenuhi suka tak suka mahu tak mahu.. ahaa.. anda telah dinobatkan amanah sebagai seorang daie... ngehh... syarat-syaratnya....
                            Islam, baligh dan berakal..

See... semua tu ada pada kita yang normal kan.. habih tu camno nak buek?
 Itu baru syarat.. Walaupun begitu, ada beberapa kriteria keperibadian yang perlu ada pada seseorang sebelum kita boleh menggolongkannya sebagai daie iaitu,


1.     Aqidah yang sejahtera
2.     Ibadah yang sahih
3.     Akhlak yang mantap
4.     Sihat tubuh badan
5.     Luas pengetahuan
6.     Mampu berdikari
7.     Melawan hawa nafsu
8.     Sangat menjaga masa
9.     Tersusun urusannya
10.   Bermanfaat kepada orang lain.

Hahaaa.. tu dia.. dah mai list dari mana ntah.. tapi betoi kan..keperibadian seorang daie perlu ada 10 perkara tersebut kerana ia adalah KPInya yang telah di ISO kan oleh Allah swt.. Islam agama kita.. pendakwah mestilah ada kualiti untuk menjauhkan kita daripada kesesatan yang nyata atau tersembunyi.. sebab apa?... sangat berat dan berbagai dugaan dihadapi oleh seorang daie dalam melaksanakan tanggungjawabnya..

Cu kita tengok sat ayat berikut...
 
طسم (1) تِلْكَ آَيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) نَتْلُوا عَلَيْكَ مِنْ نَبَإِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (3) إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ (4) وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ (5)
"1. Thaa Siin Miim. 2. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al Quran) yang nyata (dari Allah). 3. Kami membacakan kepadamu sebagian dari kisah Musa dan Fir'aun dengan sebenarnya untuk orang yang beriman. 4. Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka(Bani Israel), menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sesungguhnya, dia (Fir'aun) termasuk orang yang berbuat kerosakan. 5. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi)." (Surah Qasas ayat 1-5)

Surah Al-Qasas  ini adalah surah Makkiyah, yang Allah swt turunkan ketika kaum muslimin dalam keadaan sedikit bilangannya dan lemah. Dakwah yang disebarkan oleh Rasulullah saw masih belum memiliki pendukung yang kuat. Sedangkan kaum musyrikin adalah orang yang memiliki segala kekuatan, kedudukan dan kekuasaan. Allah swt menurunkan surah ini sebagai timbangan dan perbandingan atas segala kekuatan dan kemuliaanNya.

Surah ini diturunkan sebagai penetapan bahawa hanya ada satu kekuatan jitu di dalam kehidupan alam ini, iaitu kekuatan Allah swt dan yang paling bernilai yang paling mulia adalah kemuliaan iman.
Barang siapa yang kekuatan Allah swt bersamanya, maka tidak ada ketakutan atas dirinya sedikitpun. Walaupun tidak memiliki kekuatan yang dapat dilihat oleh pandangan mata, walaupun tidak ada bukti yang menunjukan bahwa ia memilikinya. Barang siapa yang bersamanya kekuatan Allah, maka tidak ada kekuatan lain, rasa ketenangan lain yang menyertainya. Begitu juga barang siapa yang memiliki kemuliaan iman, maka sesungguhnya ia memiliki segala kebaikan. Sebaliknya, barang siapa yang tidak memiliki sesuatu yang paling bernilai ini, apapun yang ia miliki sesungguhnya tidaklah dapat memberi manfaat apa-apa.

Dalam surah Al-Qasas Allah swt menjelaskan kisah Nabi Musa as dan Firaun. Allah swt menggambarkan satu kekuatan besar berada di hadapan dakwah Nabi Musa iaitu kekuasaan yang dimiliki Firaun, kekuatan harta dan kekuatan ilmu pengetahuan yang kedua hal ini dimiliki oleh Qarun.

Firaun adalah seorang penguasa zalim yang melampaui batas, tak ada yang mampu menentang kekuatannya, yang memberi ketakutan kepada Bani Israel. Ia membunuh anak lelaki yang hidup pada masanya. Pada saat itu Nabi Musa as dilahirkan di tengah kekejaman dan penganiayaan Firaun. Anak kecil yang lahir tanpa pelindung yang menaungi tiada kekuatan yang melindungi, tanpa tempat bersembunyi. Akan tetapi kekuasaan Allah swt mengatasi segalanya. Nabi Musa as berada di dalam penjagaan kekuasaanNya.

"Dan Kami hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi)" (Surah Al-Qasas ayat 5)

Ini realiti sejarah yang diabadikan dalam ALQuran oleh Maha Pencipta. Akhirnya, Firaun dimusnahkan dan Nabi Musa as dimenangkan walaupun Nabi Musa as tidak mempunyai apa-apa, melainkan kekuatan Allah swt bersamanya.

Walaupun tidak serupa tetapi sejarah akan terulang, seorang dai tidak akan merasa lemah jika hatinya dipenuhi oleh keimanan kepada Allah swt dengan sebenarnya dan keikhlasan yang tinggi dalam perjuangannya.

Firman Allah swt mengenai kisah Musa a.s dan Fir'aun ini adalah untuk menguatkan semangat  Rasulullah saw dalam menggiatkan dakwahnya. Pada masa itu usaha baginda Rasulullah saw juga sedang dihadang oleh kekuatan musyrikin. Mereka memiliki kekuasaan dan kekuatan yang menghalang penyebaran dakwah Rasulullah saw.

Begitulah cabaran bagi pendakwah selalu berhadapan dengan kekuatan 'pembangkang' yang sentiasa berusaha menghalang dan menjatuhkan semangatnya, namun seorang daie yang meyakini akan kekuatan kekuasaan dan pertolongan Allah swt tidak akan pernah berputus asai dalam dakwahnya. Kerana janji Allah swt akan menolong mereka yang menolong agamaNya.

Wallahu a'lam
Penghargaan penulisan Zulhamdi M. Saad, Lc

No comments:

Post a Comment