Pages

Kelopak mawar

Saturday, May 11, 2013

Shhh saya sedang Tafakur

Assalam alaik
Bismillah

Kita memohon kepada Allah swt agar perjalanan kehidupan kita di dunia ini dalam ketaqwaan kepadaNya sehinggalah tibanya ajal kita. Firman Allah swt dan maksudnya,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (Ali Imran: 102).

Satu ibadah yang cukup ringan dilakukan namun sangat bernilai di sisi Allah swt adalah tafakur. Rasulullah saw. pernah bersabda  dan maksudnya,
تفكر ساعة خير من عبادة سنة
Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadah satu tahun (Hadis Riwayat Bukhari).

Allah swt turut menyatakan dalam beberapa firmanNya menggalakkan manusia untuk bertafakur. Sebagai contoh, terdapat petikan bacaan kalamullah yang berbunyi,
أَفَلاَ تَتَفَكَّرُونَ
Maka Apakah kamu tidak memikirkanya?
(Surah Al An’am ayat50).

Dan juga petikan ayat berikut yang bermaksud,
لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَُ
Supaya kamu berfikir (tafakkur).
(Surah Al-Baqarah ayat 219).

Dalam firmanNya menyatakan tafakur merupakan antara ibadah yang melekat pada diri orang yang cerdas di mata Allah swt.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ . الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang yang berakal (cerdas). (yaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka. "
(Surah Ali Imran ayat 190 dan 191).

Dalam ayat tersebut Allah swt mengingatkan hambaNya agar sentiasa berzikir dan tafakur kerana ia bersifat orang yang cerdas.
 
Bertafakur adalah untuk meningkatkan keimanan kita kepada Yang Maha Esa. Mengingatkan kita kepada keagungan Allah swt, memberi semangat agar saling berbuat kebaikan dan memperbanyakkan amal. Kita hambaNya sentiasa menghadapi ujian kehidupan, maka tatkala terasa peratus keimaman merosot atau lemah, inilah masa terbaik untuk kita bertafakur (merenung.. hey bkan tenung benda lain tau.. memikirkan apa yang telah kita lakukan dan halatuju kita). Merenung tentang perkara yang boleh meningkatkan kesedaran, keinsafan dan keimanan kita kepadaNya dan membangkitkan kembali semangat kita meneruskan kehidupan sebagai Muslimin yang lebih berjaya.

Dahla waktu itu kita diuji semangat dah hampir kering penat belum hilang disuruh bertafakur plak.. Apa yang perlu kita renungkan?Haa.. apa kata..

Tafakurlah terhadap ayatullah almaqru’ah (atau ayat-ayat firman Allah swt di dalam Al-Qur’an termasuk kebesaran keagungan dan kehebatan Allah swt sebagai Maha Pencipta) dan kedua ayatullah almasyhudah atau ayat kauniyah (ayat atau tanda berkaitan alam semesta dan isinya yang diciptakan oleh Allah swt seperti keluasan langit, kejadian bumi dan matahari) .

Pertama, mulakan dengan lafaz bismillah bangun dan berjalan mengambil kitab kita iaitu AlQuranul Karim..Tafakur Al-Qur’an atau juga disebut tadabbur. Tahukah anda di dalamnya mengandungi kalamullah yang menegur orang yang tidak pernah bertadabbur (merenungi) kepada ayat-ayat Al-Qur’an.

أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا
Maka Apakah mereka tidak mentadabburi (merenungi) Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (surah An-Nisa’ayat 82).

Allah swt berfirman dan maksudnya,
 
أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maka Apakah mereka tidak mentadabburi (merenungi) Al Quran atau hati mereka terkunci? (Surah Muhammad ayat 4).

Tadabbur Al-Qur’an boleh memenuhi kekosongan jiwa atau menyembuhkan kegundahan hati kita. Tanpa disedari ia melahirkan suasana khusyu' pada diri, hati menjadi tenang dan tenteram (bagi mereka yang masih belum mati hatinya..melainkan insan terpilih yang diberi hidayah oleh Allah swt dan Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang).

Allah swt berfirman dan maksudnya,

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نزلَ مِنَ الْحَقِّ وَلا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الأمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya telah diturunkan Alkitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang yang fasik. (Surah Al-Hadid ayat 16).

Dalam tafsir Al-Washiith karangan Syekh Sayyid Tantawi, maksud zikrullah pada ayat tersebut merangkumi segala perkataan dan perbuatan yang menimbulkan rasa takut (khauf) kepada Allah swt. Ada juga berpendapat maksud zikrullah adalah Al-Qur’an.

Tadabbur Al-Quran dan membacanya akan memperlihatkan kita akan kebesaran Allah swt sehingga hati yang sedih menjadi lapang jiwa yang resah menjadi tenang..(in syaa Allah). mengapa saya berkata begitu.. sedangkan Nabi kita pun mendoakannya.. antara doa baginda Rasulullah saw,
 
أللهم اجعل القرآن العظيم ربيع قلبى وجلاء حزنى وذهاب همى وغمى
Ya Allah, jadikanlah Al-Qur’an sebagai bulan semi (penyejuk) hatiku, pelepas kesedihan dan kegundahanku.

Al-Qur’an mempunyai pengaruh besar dalam diri dan jiwa kita jika ditadabburi secara baik. Teringat saya pernah terbaca entah di mana bahawa membaca mentadabbur AlQuran adalah ibarat makanan kepada roh kita.. Kita boleh pulun sakan untuk kesihatan fisikal janganlah dilupakan keperluan roh 

Allah swt menggambarkan kepada hambaNya tentang pengaruh Al-Qur’an. Jika gunung sebagai simbol kekuatan dan kekukuhan tetap akan hancur atau tersungkur jika Al-Qur’an diturunkan kepadanya.

FirmanNya dan maksudnya,
 
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (Surah Al-Hasyr ayat 21).
 
Kedua adalah tafakur kepada alam atau ayat kauniyah. Allah swt banyak memasukkan dalam Al-Qur’an fenomena ayat kauniyah untuk membantu dan mendorong hambaNya merenungi kejadian2 ini dan mengambil iktibar atau keinsafan daripadanya dan melahirkan rasa takut kepadaNya serta keyakinan terhadap keagungan Allah swt dalam dirinya. Sebagai contoh Allah swr berfirman dan maksudnya,

وَفِي الأرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ. وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ
Dan di muka bumi ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin. Dan (juga) pada diri kalian, apakah kalian tidak berfikir (merenungi). (Surah Adz Dzariyat ayat 20 dan 21).

Sebagaimana Allah swt menegur orang yang tidak merenungi (tadabbur) Al-Qur’an, Dia juga menegur orang yang tidak pernah berusaha untuk merenungi kekuasaanNya di alam semesta. FirmanNya dan maksudnya,
 
وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ
Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling dari padanya. (Surah Yusuf ayat 105).

Sungguh luas ilmu Allah swt anugerahkan untuk kita mendalaminya.. Apa yang dipelajari hanyalah sebesar kuman mungkin.. Berfikir bertafakur tadabbur akan KuasaNya kejadianNya peringatanNya perintahNya dan LaranganNya...Demikian sungguh Allah swt menjadikan kita orang yang sentiasa mengingatNya. Semoga dengan ibadah tafakur, Allah swt sentiasa menghidupkan dan menyuburkan hati dan jiwa kita di jalan yang benar. Insyaa Allah..
 
Shhh.. saya sedang tafakur
 
 
Penghargaan penulisan khutbah Jumaat oleh Ahmad Yani, "Tafakkur; Mata Air Kehidupan Jiwa"

No comments:

Post a Comment