Rasulullah saw bersabda,
"Pada waktu malam diisraqkan ke langit, Allah swt telah memberikan lima wasiat kepadaku,
1) Janganlah menggantungkan hati kepada dunia kerana Aku tidak menjadikan dunia ini untukmu.
2) Jadikan cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu.
3) Bersungguh-sungguh dalam mendapat tempat di syurga.
4) Usah menaruh harapan daripada sesama makhlukNya kerana di tangan mereka itu tiada kuasa sedikitpun.
5) Istiqamah mengerjakan solat tahajjud kerana pertolonganNya itu beserta qiamullail.

Pesanan Allah swt kepada Nabi Musa as diriwayatkan Abul-Laits Assamarqandi kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah ra berkata Rasulullah saw bersabda,
"Allah swt telah memberi kepada Nabi Musa bin Imran as,
1. Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun, aku telah memutuskan api neraka akan menyambar muka orang musyrikin.
2. Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan (kecuali dengan hak). Nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas, langit dengan semua penjurunya akan kembali, engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka.
4. Jangan sekali-kali bersumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagungkan namaKu.
5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain sebab penghasut itu musuh nikmatKu, menolak kehendakKu, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hambaKu dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, mereka bukan daripadaKu.
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain dariKu sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaKu dan ikhlas untukKu.
9. Cintailah sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
10. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepadaKu dan hiburkan anak keluargamu."

Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi,
"Sesungguhnya Allah swt menjadikan hari Sabtu itu hari istimewa untuk Nabi Musa as dan Allah swt memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku."
Dalam satu kisah lain, Ibrahim bin Adham pernah berkata,
"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu iaitu wakil guru tariqat. Ku katakan kepada mereka agar memberikan nasihat yang berguna dan membuat aku takut kepada Allah swt. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu;
1. Orang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata hikmah darinya.
3. Orang banyak bergaul dengan manusia janganlah diharapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang memilih berkawan dengan orang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat keredhaan Allah swt daripadanya."
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
Banyak pesanan atau wasiat yang diperturunkan dari Allah swt sehinggalah para ulama'.. kekadang ada wasiat yang sama (menunjukkan ia sangat2 dititikberatkan) ada yang jelas seperti jangan sesekali menyekutukan Allah swt dan ada juga kata2 berkias.. renungkanlah.. muhasabah diri.. Semoga kita menjadi muslimin dan muslimat sejati yang dirahmati Allah swt.

No comments:
Post a Comment