Bismillah
Hijab bermaksud sekatan pembatas @ penghadang.
Di antara bahaya yang paling besar adalah terhijabnya diri dari Allah swt. Tertutup hijab dan buta hati dari mengenal Allah swt adalah sumber kesengsaraan dan kehinaan dalam hidup.
Faktor nafsu, syaitan, keluarga dan harta melahirkan ketidaktenangan kerana kita lebih fokus pada makhluk dibanding kepada Allah Al Khalik. Ibnu Atha’ilah mengungkapkan, "Sesungguhnya yang menyebabkan kerisauan hati dari segala sesuatu itu, disebabkan karena mereka masih terhijab (tidak melihat Allah dalam apa yang mereka lihat), tetapi andaikan mereka telah melihat Allah dalam tiap sesuatu, pastilah hatinya tidak lagi merasa risau."
10 perkara terhijab diri iaitu:
1. Hiab ta'thil - meniadakan asma' dan sifat Allah swt. merupakan hijab paling tebal dan sesiapa yang mempunyai hijab ini tidak akan mengenal Allah swt dan tidak akan sampai kepadaNya.10 perkara terhijab diri iaitu:
2. Hijab kemusyrikan - menghambakan diri kepada selain Allah swt
3. Hijab bid'ah qauliyah - ucapan yang tiada kekukuhan agama
4. Hijab bid’ah ‘amaliah (perbuatan) - penyebar bid’ah dalam tarekat dan suluk.
5. Hijab pelaku dosa besar (bersifat batiniyah) - orang yang takabur, ujub, riya’, hasad, bangga diri, sombong dan sbgnya.
6. Hijab pelaku dosa besar (bersifat lahiriyah)
7. Hijab para pelaku dosa kecil.
8. Hijab orang yang berlebihan dalam hal yang mubah(salah satu status hukum: harus) .
9. Hijab orang yang lalai dari mengingat tujuan penciptaannya, kewajiban, dan perintah Allah swt seperti solat, zikir, syukur, sedekah dan ubudiyah (pelakuan semata2 kerana Allah swt)secara berterusan.
10.Hijab penempuh jalan yang bersusah-payah, tetapi mereka tidak mencapai tujuan.
Kesepuluh hijab ini membentangkan sebuah pembenteng antara diri dan Allah swt dan jika diperhatikan ia berkisar dari empat unsur, jiwa, syaitan, dunia dan hawa nafsu.
Apakah pula pinca hati terhijab ,,Marilah kita menjauhi perkara dinyatakan berikut...semoga kita terpelihara ... jauhkan diri dari terjerumus dalam mana2 satu..
1. Hijab 'Azzunub' disebabkan tompokan dosa tanpa diiringi kesungguhan bertaubat
2. Hijab 'Alwasikh' disebabkan banyak makan dan minum yang haram. Kalau x baca bismillah atau doa makan?
3. Hijab 'Aljahlu' adalah orang yang sangat pintar ilmu dunia tetapi bodoh dan malas belajar Islam
4. Hijab 'Alhawa tutbau' adalah nafsu yang diperturutkan terus menerus seperti minum air laut yang berterusan menginginkannya untuk menghilangkan kehausan
5. Hijab 'Hubbuddunya' terlalu cinta dunia sehingga tidak peduli lagi halal haram
6. Hijab 'Alzhulmu' disebabkan ramai orang yang telah disakiti
7. Hijab 'Asysyaithoonu rookibuhu' kerana semua hal tersebut (1-6) dengan mudah syaitan menundukkan sampai manusia itu tidak sedar telah berada dalam kesesatan (Surah 7 ayat 175)
Ya Rabb, bersihkan diri dan sucikan hati kami daripada semua dosa2 sombong munafik riya ujub takabur berbagai penyakit hati nafsu yang berlebihan dan godaan syaitan...
Namun terbukanya hijab (sekat pembatas) antara kita dengan Allah swt adalah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ketika hijab telah terbuka, semua yang kita alami hanyalah nikmat belaka. Kita akan merasakan kehadiran Allah swt hingga boleh “melihat”Nya dalam setiap keindahan dan kekuasaan kejadianNya.
Orang yang telah makrifat (mengenali Allah swt, mengenali sifat2Nya dan segala ajaran agamaNya)dan terbuka hijabnya, hatinya dipenuhi keyakinan bahwa Allah swt akan selalu menolong. Ingatkah suatu kisah apabila Da’tsur meletakkan pedang ke leher Rasulullah saw. "Wahai Muhammad, siapakah yang akan menolongmu sekarang?" Dengan sangat yakin baginda saw menjawab, "Allah!". Seketika itu juga Da’tsur menggigil hingga terlepas jatuh pedangnya. Rasulullah saw (dengan izin Allah swt) yakin dengan katanya kerana beliau tidak ada lagi hijab dengan Allah swt. Keyakinannya mendatangkan pertolongan Allah swt.
Ciri khas orang yang telah makrifat adalah lebih tertumpu kepada tok dalang daripada wayang. Hatinya akan lebih tertambat kepada Allah swt berbanding makhluk dan harta di dunia. Orang yang hatinya terhijab dari Allah swt melihat wang adalah kepunyaan mutlaknya yang akan digunakan untuk memenuhi kepuasan nafsu selain keperluannya tetapi orang yang makrifat memperoleh wang dihadirkan rasa kesyukuran yang digunakan untuk mendekat diri dengan Allah swt. Dengan ma’rifat, kemuliaan akhlak akan menjadi sebahagian daripada dirinya. in syaa Allah..
Namun mereka yang bermakrifat itu sangat sedikit bilangannya tetapi cirinya sangat kentara, mereka sangat Allah swt oriented. Kehidupannya mereka sangat terjaga. Sama ada dipuji dicaci, berwang atau tidak, kaya atau miskin, cantik atau tidak sama saja bagi mereka kerana keyakinan yang teguh bahawa semuanya ada dalam kekuasaan Allah swt. Alangkah indahnya bila kita termasuk salah seorang dari mereka! Anda tak mahu ke?..
Bila terbukanya hijab menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup, maka sebaliknya,
Bagaimana agar kita bisa makrifat? Bagaimana kita bisa menyingkap hijab diri? Setiap orang memiliki hijab berbeza.
Intinya, hijab dunia latihannya dengan zuhud, ibadah dan doa. Berlatihlah dan berusahalah banyak mengingat Allah swt, di mana pun danbila2 masa jua. Fahami keutamaannya. Dalam apa jua bentuk perbuatan atau tutur kata kaitkanlah selalu dengan Allah swt bukannya kepada makhluk.
Wallaahu a’lam
Wallaahu a’lam
No comments:
Post a Comment