Assalam alaik
Syeikh Saad Al Ghamidi salah seorang qurra'(pembaca al Quran) yang disukai umat Islam dalam melantunkan bacaan ayat-ayat suci AlQuran. Bacaannya merdu, indah serta mempunyai kekuatan psikologi yang membuat pendengarnya tersentuh bahkan ada yang mengalirkan air mata.
Apakah rahsianya sehingga bacaan AlQuran beliau sangat berbekas di hati pendengarnya?
Syeikh Al Ghamidi mengatakan ada sesuatu yang harus diperhatikan oleh seorang qari ketika membaca AlQuran. Agar bacaan AlQuran tersebut menyentuh hati pembaca dan pendengarnya, qari haruslah memperhatikan dan memelihara ruhiyahnya.
"Membaca AlQuran itu bukan hanya dengan suara. Yang terpenting adalah membacanya dengan ruh," kata Syeikh Ghamidi. Wow.. membaca dengan ruh.. Subhanallah.. bagaimana yea?
"Apabila ruh itu kuat. Iaitu didasari keimanan dan kesolehan, maka dengan sendirinya bacaan AlQurannya akan berbekas bagi orang yang mendengarnya," tambahnya.
Menurut Syeikh, sesuatu yang datang dari hati, maka perginya akan ke hati juga. Pembaca AlQuran yang dijiwai sepenuh hati dan ruhnya, maka bacaannya itu juga akan menembusi hati pendengarnya dan ruhnya. Disebabkan tersentuhnya hati yang mendengarnya, menyebabkan ia mengalirkan air mata. Oo begini rupanya.. pertama saya perlu menebalkan dan mengukuhkan keimanan ketaqwaan dan tahap kesolehan saya padanya.. then barulah boleh bacaan AlQuran ini nanti boleh menyentuh jiwa dan hati saya tatkala membacanya..
"Banyak sekali kita dengar, bacaan AlQuran yang bagus dan merdu, tapi tidak memberikan kesan kepada pendengarnya," ujar Syeikh. Tapi mungkin juga sebab pendengar ni tak fasih atau buta bahasa Arab... tak faham maksudnya gi mana nak menghayati.. oh.. cam gitu saya juga kena belajar hingga fasih bahasa Arab ni..
Kemerduan suara seorang qari tanpa diiringi dengan ruhiyahnya, hanya akan sampai di telinga para pendengarnya. Ia tidak akan sampai kehati. Jadi orang yang mendengar tidak akan tersentuh secara emosional.
"Yang terbaik itu, dengan menggabungkan keduanya. Di samping ia mempunyai suara yang bagus, ia juga memiliki ruh yang kuat," ujar Syeikh lagi.
"Yang terbaik itu, dengan menggabungkan keduanya. Di samping ia mempunyai suara yang bagus, ia juga memiliki ruh yang kuat," ujar Syeikh lagi.
Syeikh Al Ghamdi dipercaya mengimami Masjid Nabawi Madinah pada tahun 1431H. Saat ini, ia mengajar di sebuah sekolah AlQuran di kampung halamannya, Damam Arab Saudi.
Perintah pertama, wahyu pertama, dan kunci pertama Allah swt ajarkan Nabi Muhammad saw dan umatnya. Mengapa dan apakah rahsianya?
Ada sebabnya AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan mengapa kita diperintahkan membacanya. Mari kita bandingkan umat Nabi Muhammad saw dengan umat sebelumnya.
Untuk meyakinkan Fir’aun dan kaum Nabi Musa as, Allah swt menunjukkan kemukjizatan yang luar biasa iaitu tongkat yang dapat berubah menjadi ular. Nabi Isa as pula, Allah swt berikan kemampuannya menghidupkan orang yang telah mati, membuat orang buta boleh melihat semula, menyembuhkan penyakit yang sukar diubati di kala tidak terdapat suatu cara sembuhan sama sekali.
Bagaimana dengan umat Muhammad saw? Rasulullah saw bersabda maksudnya, "Tidak seorang nabi pun melainkan diberikan (mukjizat) yang membuat manusia beriman terhadap hal-hal seperti itu. Sedangkan yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang diwahyukan kepadaku. Dan aku berharap menjadi (nabi) yang paling banyak pengikutnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Mukjizat Nabi Muhammad saw sangat istimewa. Hanyalah dengan satu perintah Allah swt kepada Baginda Rasulullah saw untuk membaca,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran pena, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah AlA'laq ayat 1-5)
Apa yang diperintahkan untuk dibaca? Tidak dinyatakan dalam ayat tersebut. Kerana yang lebih penting adalah bagaimana proses pembacaan dilakukan. Sangat banyak ilmu berkaitan pembacaan dan penghayatan AlQuran yang harus diketahui agar pembacaan tersebut menjadi efektif dan bermanfaat bukan sahaja kepada pembaca tetapi juga kepada pendengarnya. Allah swt menerangkan bagaimana kita membaca(how to) pada firmanNya, 'Bacalah dengan nama Sang Pencipta'. Allah merupakan sumber ilmu. Allah yang menciptakan manusia. Allah jua Maha Pemurah memberikan kurniaanNya kepada hambaNya.Maka, pembacaan ayat2 suci AlQuran yang efektif adalah pembacaan yang dimulai dengan adanya ciri soleh dan keberkahan iman kepada Allah swt.
Kebetulan malam tadi saya melihat Tv Al Hijrah slot Ustaz Don Daniyal siri ketiga berkaitan pembacaan ayat suci AlQuran.. subhanallah.. saya jarang berkesempatan menonton TV.. mungkin Allah swt melapangkan masa saya malam tadi utk penambahan ilmu dalam entri ini... Alhamdulillah..
Apa yang saya nak ceritakan..
Membaca kalimah Allah swt hendaklah betul sebutannya dan tahukah anda setiap huruf itu ada sifatnya.. ada 20 sifat sesuatu huruf.. katakan kita nak describe si polan tu kepada seseorang.. kita kata dia seorang yang manis mukanya, ringan tulang tetapi tegas dan garau suaranya.. begitu juga sebutan kita pada huruf dalam kalimah Allah swt. Bagaimana nak tahu sifatnya kita kenalah faham maksud setiap perkataan dalam kalimah berkenaan.. Bukan setakat baca asal khatam juzuk tersebut dah.. kalau rajin sket tengok tafsirnya.. AlQuran adalah kitab kitakan? Hadiah atau anugerah yang paling istimewa daripada Allah swt kepada kita umat Nabi Muhammad saw.. Maka perlulah kita membacanya dan mempelajarinya dengan sempurna.. kalau orang yang kita sayang bagi hadiah pun kita jaga kan apatah lagi kurniaan suci dari Yang Maha Berkuasa..
Hehehe perenggan atas adalah ilmu saya peroleh semasa kelas mengaji (baru minggu ke4).. ni baru nak patah balik pada kata2 UDD (ustaz famous tu le..)..Kitab AlQuran yang ada pada kita kini telah diringkaskan dan sangat jelas dan nyata.. Sebenarnya Ayat2 suci ini diperturunkan kepada Nabi saw menerusi wahyu kan.. dan disampaikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya..maka disebut sanad oleh si fulandan si fulan etc sampai ke Saidina Ali akhirnya ke Rasulullah saw.. kalau dimasukkan dalam AlQuran bahagian sanad sahaja kalah tebalnya satu2 juzuk tersebut...Ustaz nak sampaikan membaca ayat suci Allah swt ni tak berat atau tidak sukar.. tetapi membacanya biarlah dengan sebutan yang betul.
Firman Allah swt yang bermaksud, "Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad saw), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad saw). (Surah Al-Maidah ayat 83)
Ada empat tahap dalam pembacaan ayat2 al-Qur’an. Semakin tinggi tahap bacaan seseorang itu, semakin besar manfaat dan ganjaran yang diperoleh.. in syaa Allah.
Aras Pertama: Melafazkan ayat Al-Qur’an dengan tepat
Huh.. apa tu? Rasulullah saw, para sahabatnya dan para ulama sangat menekankan dan memberi perhatian terhadap lafazan ayat suci Al-Qur’an yang baik dan teratur. Apabila ayat suci AlQuran diperdengarkan satu proses penyampaian ilmu sedang dilakukan. Jika kualiti bacaan yang tidak tepat atau tidak betul, ia memberi kesan yang buruk kepada pembaca pendengar dan paling ditakuti kemurkaan Allah swt.. nauzubillah..
Kalimah Allah swt dalam al-Qur’an diperturunkan bukan sahaja sebagai sumber ilmu atau maklumat tentang perintah larangan pengajaran keselamatan dan sebagainya daripada Ya Rabb, ia juga mempunyai ciri keindahan seni bahasa, ketinggian kualiti sastera serta gambaran keagungan suasana ilahiyyah. Oleh itu ketika pembacaan ayat suci Al-Qur’an sangat dianjurkan kita memelihara adab-adabnya seperti harus dalam keadaan suci, berpakaian menutup aurat, membaca dengan khusyu’(memberi tumpuan penuh ketepikan hal2 dunia), memperindah suara semampunya dan memperhatikan tajwidnya. Rasulullah saw bersabda,
“Perindahlah al-Qur’an dengan suara kalian.” (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa’I dan Ibnu Majah).
Al-Qur’an adalah kata-kata Allah swt yang Maha Indah. Maka sebaik mungkin perlu kita membangkitkan dan menyulami keindahan tersebut dengan cara kita membacanya. Tidak semestinya mereka yang tidak tahu membaca Al-Qur’an dilepaskan daripada mengambil tahu akannya.. Kita mesti berusaha mempelajari sehingga boleh atau fasih membaca Al-Qur’an. Namun, Allahu Rabbi Maha Penyayang..Cukup bagi seorang mukmin itu berusaha membaca sesuai dengan kemampuannya.
Rasulullah saw bersabda,“Orang mahir membaca al-Qur’an, bersama dengan malaikat yang mulia dan berbakti. Sedangkan orang yang membaca al-Qur’an terbata-bata dan mengalami kesulitan (mengucapkannya) dia mendapatkan dua pahala.” (Hadis Riwayat Muslim)
Subhanallah, ini adalah kemurahan Allah swt kepada hambaNya.. adakah kita masih tidak bersyukur?. Bagi pembaca al-Qur’an yang merangkak2 belum fasih tetapi sangat berhajat maka Allah swt Yang Maha Pemurah memberikannya dua pahala iaitu pahala menlafaz ayat2 suci Al-Qur’an dan pahala menghadapi cabaran kesukaran dan kesulitan membacanya. Tidak ketinggalan hambaNya yang telah mahir melafazkan kalimah tersebut tetap mendapatkan kelebihan darjat iaitu darjat kemuliaan bersama dengan para malaikat...In syaa Allah..
Tahap Kedua: Membaca dengan Pemahaman
Manusia memahami suatu ayat jika makna semua perkataan dalam ayat tersebut difahami dengan jelas. Demikian juga ayat2 suci Al-Qur’an. Allah menurunkan Al-Qur’an kepada umat manusia sebagai panduan kan.. kitab kita kan..(kalau kita bekerja makan gaji ada Akta yang perlu dipatuhi bukan?.. suatu proses ada SOP sebagai rujukan betul tak?). Bacaan ayat suci AlQuran bukan sekadar dibunyikan tetapi ia perlu difahami. Sebenarnya sangat dituntut kepada kita orang yang bersyahadah pada Allah swt.
Al-Qur’an bukanlah mantera atau jampi atau ayat motivasi atau mutiara kata dsbgnya mantera yang diucapkan dengan komat-kamit mulut sahaja. Al-Qur’an adalah petunjuk daripada Allah swt. jika tidak fahami makna ayat2 suci AlQuran tersebut bagaimana ia dapat jadi petunjuk pada diri dan roh kita?.. Teringat pula? Adakah kita fahami bacaan2 dalam solat fardhu kita? Astaghfirullah.. di manakah kita yang menyaksikan Allah swt Tuhan yang tidak disekutukan tetapi tidak berusaha memahami perintahNya..Ini peringatan untuk diri saya juga..
Allah swt mengecam Ahlul Kitab yang merasa memilki kitab suci tetapi tidak mengetahui isinya dan termasuklah kita yang mengaku umat nabi Muhammad saw dan menghajati syafaatnya di hari akhirat. Allah swt berfirman maksudnya,“Dan di antara mereka ada yang buta huruf tidak mengetahui Al kitab (Taurat) kecuali angan-angan belaka dan mereka hanya menduga-duga.” (Surah Al-Baqarah ayat 78)
Allah swt menyebut Ahlul Kitab sebagai “ummiyyin” padahal mereka mampu membaca dan menulis tetapi disebabkan mereka tidak mengetahui isi Kitab Suci mereka, Allah swt menyebut mereka sebagai buta huruf. Sebahagian ahli tafsir mengatakan makna perkataan “amani” ertinya membaca. Berdasarkan tafsir ini adalah jelas, setakat tahu membaca sahaja tidak mendekatkan kita mendapat hidayahNya jika kita tidak fahami dan tidak berusaha mengambil tahu makna kalamullah... Nauzubillah.. Jom kita belajar bahasa Arab..Semoga Allah swt menerangkan hati melapangkan fikiran agar pembelajaran kita dipermudahkan agar dapat dimanfaatkan dalam pembacaan kalamullah ini.
Walaupun disebabkan kehalusan dan ketinggian bahasa Al-Qur’an ini tidak mungkin diterjemahkan secara tepat ke dalam suatu bahasa pun, terdapat banyak terjemahan2 AlQuran di pasaran dan mudah untuk diperoleh.. Hendak seribu daya tak sudi beribu dalih..Tak baik begitu.. Apa pun ingin dijelaskan terjemahan al-Qur’an yang ada hakikatnya hanyalah terjemahan dari pemahaman si penterjemah. Bahkan jika kita tanya kepada siapapun yang menerjemahkan al-Qur’an, pasti dia akan mengatakan tidak semua makna yang dikandung oleh lafal-lafal al-Qur’an dapat ditemukan padanannya pada bahasa lain.
Setingkat lebih baik dari terjemahan Al-Qur’an adalah terjemahan tafsir Al-Qur’an atau tafsir yang memang ditulis dalam bahasa ibunda kita. Jika ingin mempelajari isi Al-Qur’an tidak boleh melangkau atau meninggalkan kitab tafsir. Seorang pakar bahasa Arab pun tidak akan memahami al-Qur’an dengan tepat jika tidak mempelajari kitab tafsir.
Dikatakan kitab tafsir yang paling baik adalah Tafsir Ibnu Katsir kerana ia bergantung keilmuan penulisnya yang mendalami bidang wahyu lalu memahaminya dan menafsirnya menerusi pertamanya menafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an itu sendiri, kemudian menafsir Al-Qur’an dengan Hadis Nabi, kemudian ditafsirkan Al-Qur’an dengan perkataan tabi’in dan akhirnya menafsirkan Al-Qur’an dengan kaedah bahasa.
Namun terdapat penafsir lain seperti kitab Tafsir Al-Manar karya Rasyid Ridho, At-Tahrir wat-Tanwir karya Ibnu Asyur, Adhwa-ul Bayan karya Muhammad Amin asy-Syinqithy dan Fi Zhilalil Qur’an karya Sayyid Quthb.
Tahap Ketiga: Membaca dengan Tadabbur
Tadabbur bermaksud deep thinking, merenungi, memperhatikan secara mendalam, mencermati maksud, hikmah atau menyingkap hakikat yang tersimpan atau tersirat di balik kalamullah. Jika memahami kalamullah bererti dia telah mencapai tahap pengetahuan yang luar biasa. Namun Allah swt menginginkan keupayaan pemikiran seorang muslim bergerak lebih maju ke hadapan. Al-Qur’an mendorong akal dan hati untuk mentadabburi al-Qur’an.
Isi kandungan Al-Qur’an tidak semuanya senang dan mudah difahami maksudnya. Ia memerlukan pemikiran yang mendalam, perenungan yang teliti serta pandangan yang tajam. Bahkan Allah swt menyatakan Al-Qur’an diturunkan dengan tujuan manusia mentadabburi ayat-ayatNya. Allah swt berfirman maksudnya,
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka mentadabburi ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Surah As-Shad ayat 76).
Mentadabburi kalamullah memerlukan hati yang bersih jiwa yang tenang dan pemikiran yang tajam. Hati yang masih dikuasai hawa nafsu tidak akan mampu mentaddaburi kalimullah secara jelas kerana syahwat yang akan lebih banyak berbicara dan mengendalikan hati.
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah al-Jatsiyah ayat 23).
Ayat-ayat Allah swt berkaitan alam semesta juga hanya dapat ditangkap dan dipahami oleh hati yang suci bersih.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulil Albab)” (Surah Ali Imran ayat 190).
Asma' binti Abu Bakar memberitahu bagaimana keadaan orang dahulu terhadap bacaan al-Quran yang bermaksud, "Dahulu para sahabat apabila dibacakan kepada mereka al-Quran, maka air mata mereka meleleh dan kulit mereka bergetar, sebagaimana Allah telah menjelaskan sifat mereka." (Tafsir Al Qurthubi).
Tanda tadabbur al-Quran adalah bersatunya hati dan fikiran ketika membaca al-Quran hanya terhenti kerana takjub dan mengagumi makna yang terkandung, merasa gementar hingga menangis membacanya kerana takut kepada Allah swt diikuti rasa berharap dan ketenangan, bertambah keimanan (pengulangan bacaan ayat secara spontan), merasa bahagia dan damai.
Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Barang siapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini". (riwayat Abu Daud & Ahmad).
Membaca dengan hati yang hadir sambil memerhatikan ayat-ayat Allah swt serta memahami tuntutan-tuntutan Allah akan melahirkan rasa takut bagi mereka yang hidup hatinya kerana setiap kali membaca ayat Allah dia merasakan bahawa ayat itu benar2 ditujukan kepadanya.
Imam al-Qurtubiy berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang sampai kepadanya al-Quran seolah-olah Allah swt telah berbicara dengannya".
Berkata al-Hasan bin Ali yang bermaksud: "Generasi sebelum kamu melihat al-Quran sebagai surat-surat rasmi dari Allah swt, lalu mereka bertadabbur pada malam hari dan mencarinya di siang hari". (Imam al-Nawawi, al-Tibyan)
Tahap Keempat: Membaca dengan Khusyu’
Ya, al-Qur’an terus mendorong manusia untuk terbang tinggi melewati ketinggian ruh, masuk ke alam penuh dengan keagungan ilahi dengan hati khusyu’ ruh sang mukmin menyaksikan keagungan Allah swt. Setelah hati mampu melihat alam di belakang dunia hakiki, memahami hakikat di balik tabir alam, ketika tirai tersingkap, hati mukmin yang mentadabburi al-Qur’an luluh. Hati tunduk melihat kebesaran Allah swt Yang Maha Agung. Menggigil merasai keagungan Maha Mutlak.
“Allah telah menurunkan Perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-kali, gementar kerananya kulit orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya.” (Surah Az-Zumar ayat 23).
Orang yang hatinya dipenuhi dengan ilmu Ilahi, yang mendalam ilmunya akan bersujud tunduk mata mereka basah oleh linangan air mata kekhusyu’kan setiap kali mereka diingatkan dengan ayat-ayat Allah, setiap kali hati mereka tersentuh dengan Kebenaran Ilahi Mutlak.
“Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, (108) dan mereka berkata: “Maha suci Tuhan Kami, Sesungguhnya janji Tuhan Kami pasti dipenuhi”. (109) dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (Surah Al-Isra’ ayat 107-109).
Subhanallah.. hebatnya mereka ditahap 4 ni.. bila agaknya saya boleh mencapai tahap ni teringin sangat.. sempat ke... usia dah lanjut ibarat kubur menjemput seluasnya pintu rumah hampir terkatup..
penghargaan pada penulisan Fahmi Islam Jiwanto dan Bicara Agama, Utusan online
No comments:
Post a Comment