Assalam alaik..
Bismillah..
Pada saat entri ini ditaip merupakan malam Jumaat malam yang penuh barakah terutama ia merupakan dalam bulan Rejab yang begitu banyak sejarah islam berlaku waktunya..
Sudahkan anda menyegarkan jantung keimanan anda kepada AlQuran..yea.. jantung anda sihat tetapi alhamdulillah.. tetapi adakah anda telah membaca surah yassin dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut pada insan yang tersayang.. jadi bagaimana anda membacanya.. sendirian berjemaah bersama tafsir atau sebagainya?.. maka secara umum bagaimana kita membaca Al-Quran? Pertanyaan yang layak untuk menjadi renungan kita sebagai hamba beriman.
“Maka apakah mereka tidak mentadaburi Al Quran ataukah hati mereka terkunci?”
(Surah Muhammad ayat 24)
Membaca Al-Quran yang disusuli mentadaburinya (berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya) akan semakin membukakan hati rindu untuk merasakan keagungan Allah swt sehingga timbul rasa khusyuk di dada bahkan airmata akan mengalir bersama lantunan kalamullah yang dilafaz. Haa bukan setakat baca sahaja.. perlu ada ciri2 tadabbur juga.. baru syiookkk dan berkesan gitu..
Bagaimana Imam Ahmad bin Hanbal mengajar muridnya mentadaburi Al-Quran?.
Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal mendengar bahwa salah seorang muridnya melaksanakan solat Qiamullail setiap malam dan mengkhatamkan Al-Quran tatkala solat fajar. Maka Imam Ahmad ingin mengajarkan muridnya tersebut bagaimana cara mentadaburi Al-Quran agar dapat memberikan pengaruh yang luar biasa pada setiap bacaan dalam solatnya. Lalu ia mendatangi muridnya dan berkata, "Aku mendengar engkau solat malam dan mengkhatamkan Quran semalaman".
Muridnya menjawab, "Ya, benar wahai Imam."
Lalu Imam Ahmad melanjutkan, "Lakukanlah lagi pada malam ini tetapi bacalah Al-Quran sebagaimana engkau membacanya di hadapanku, atau sebagaimana aku mengawasi dan mendengarkan bacaanmu, lalu khabarkanlah padaku esok hari"!.
Maka keesokan harinya datanglah murid tersebut menemui Imam Ahmad. Imam Ahmad kemudian bertanya, “Bagaimana bacaan Al-Quranmu semalam?"
Si murid menjawab, "Aku hanya membacanya 1o juzuk".
Kemudian Imam Ahmad berkata, "Jika begitu, lakukanlah lagi, tetapi bacalah Al-Quran sebagaimana engkau membacanya di hadapan Rasulullah"!.
Keesokan harinya ia datang menemui Imam Ahmad sambil berkata, "Tidaklah aku membaca Al-Quran seluruhnya kecuali hanya mampu membaca juz amma".
Imam Ahmad kembali berkata, "Lakukanlah lagi hari ini, tetapi bacalah Al-Quran seakan-akan engkau membacanya di hadapan Allah..!" Muridnya terkejut mendengar itu lalu ia pergi.
Keesokan harinya ia datang kepada Imam Ahmad dengan menangis.
Imam Ahmad bertanya, "Bagaimana engkau lakukan wahai murid"?.
Dengan air mata bercucuran murid itu menjawab, "Tidaklah aku dapat menyempurnakan bacaanku kecuali hanyalah surah Al-Fatihah selama semalaman".
Tu dia.. so bagaimana kita membaca surah Yassin tadi? Apakah hanya sekadar membacanya? atau berupaya menghadirkan hati seakan-akan bacaan kita diperhatikan dan diperdengarkan Allah swt! Mudah-mudahan Allah swt memberi kekhusyukan untuk kita mentadaburi ayat ayat Al-Quran..
Ustaz dr. Nasir Al-Umar mengatakan, ‘Sesungguhnya Al-Quran adalah kehidupan jika manusia itu berakal kerana hidup yang hakiki adalah sesuai dengan manhaj (perjalanan yang jelas dan terang) Al-Qur’an. Tanpa manhaj Al-Quran manusia tidak hidup walaupun orang lain melihatnya seperti hidup,
Allah swt berfirman dan maksudnya,
Tidak ada kehidupan dalam selain Al-Quran, biar betul...bagaimana? Yang dimaksudkan adalah roh. Apakah ada kehidupan tanpa ruh? Allah swt berfirman dan maksudnya,
“Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan Dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami”. (Surah Asy-Syura ayat 52)
Kehidupan tanpa ruh maka tidak mungkin berlaku. Ketika ruh kembali kepada Pencipta maka kehidupan pun turut mati. Al-Quran mempunyai sifat kehidupan.. orang yang hidup tidak di atas hidayahNya ibarat orang mati, padahal mereka tetap makan, minum, datang dan pergi. Allah swt berfirman dan maksudnya,
Hmm .mulai saat ini mari kita berniat dan berusaha membaca kalamullah serta mentadabburinya walaupun setakat yang termampu sepotong ayat sehari..Semoga allah swt memudahkan urusan dan niat kita..Wallahu ‘alam...
Penghargaan: Zulhamdi M. Saad, dan abokhodijah.wordpress
(Surah Muhammad ayat 24)
Membaca Al-Quran yang disusuli mentadaburinya (berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya) akan semakin membukakan hati rindu untuk merasakan keagungan Allah swt sehingga timbul rasa khusyuk di dada bahkan airmata akan mengalir bersama lantunan kalamullah yang dilafaz. Haa bukan setakat baca sahaja.. perlu ada ciri2 tadabbur juga.. baru syiookkk dan berkesan gitu..
Bagaimana Imam Ahmad bin Hanbal mengajar muridnya mentadaburi Al-Quran?.
Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal mendengar bahwa salah seorang muridnya melaksanakan solat Qiamullail setiap malam dan mengkhatamkan Al-Quran tatkala solat fajar. Maka Imam Ahmad ingin mengajarkan muridnya tersebut bagaimana cara mentadaburi Al-Quran agar dapat memberikan pengaruh yang luar biasa pada setiap bacaan dalam solatnya. Lalu ia mendatangi muridnya dan berkata, "Aku mendengar engkau solat malam dan mengkhatamkan Quran semalaman".
Muridnya menjawab, "Ya, benar wahai Imam."
Lalu Imam Ahmad melanjutkan, "Lakukanlah lagi pada malam ini tetapi bacalah Al-Quran sebagaimana engkau membacanya di hadapanku, atau sebagaimana aku mengawasi dan mendengarkan bacaanmu, lalu khabarkanlah padaku esok hari"!.
Maka keesokan harinya datanglah murid tersebut menemui Imam Ahmad. Imam Ahmad kemudian bertanya, “Bagaimana bacaan Al-Quranmu semalam?"
Si murid menjawab, "Aku hanya membacanya 1o juzuk".
Kemudian Imam Ahmad berkata, "Jika begitu, lakukanlah lagi, tetapi bacalah Al-Quran sebagaimana engkau membacanya di hadapan Rasulullah"!.
Keesokan harinya ia datang menemui Imam Ahmad sambil berkata, "Tidaklah aku membaca Al-Quran seluruhnya kecuali hanya mampu membaca juz amma".
Imam Ahmad kembali berkata, "Lakukanlah lagi hari ini, tetapi bacalah Al-Quran seakan-akan engkau membacanya di hadapan Allah..!" Muridnya terkejut mendengar itu lalu ia pergi.
Keesokan harinya ia datang kepada Imam Ahmad dengan menangis.
Imam Ahmad bertanya, "Bagaimana engkau lakukan wahai murid"?.
Dengan air mata bercucuran murid itu menjawab, "Tidaklah aku dapat menyempurnakan bacaanku kecuali hanyalah surah Al-Fatihah selama semalaman".
Tu dia.. so bagaimana kita membaca surah Yassin tadi? Apakah hanya sekadar membacanya? atau berupaya menghadirkan hati seakan-akan bacaan kita diperhatikan dan diperdengarkan Allah swt! Mudah-mudahan Allah swt memberi kekhusyukan untuk kita mentadaburi ayat ayat Al-Quran..
Ustaz dr. Nasir Al-Umar mengatakan, ‘Sesungguhnya Al-Quran adalah kehidupan jika manusia itu berakal kerana hidup yang hakiki adalah sesuai dengan manhaj (perjalanan yang jelas dan terang) Al-Qur’an. Tanpa manhaj Al-Quran manusia tidak hidup walaupun orang lain melihatnya seperti hidup,
Allah swt berfirman dan maksudnya,
{ أَوَمَنْ كَانَ مَيْتاً فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُوراً يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ }
“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian Dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu Dia dapat berjalan di tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-An’aam ayat 122)Tidak ada kehidupan dalam selain Al-Quran, biar betul...bagaimana? Yang dimaksudkan adalah roh. Apakah ada kehidupan tanpa ruh? Allah swt berfirman dan maksudnya,
{ وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا }
Kehidupan tanpa ruh maka tidak mungkin berlaku. Ketika ruh kembali kepada Pencipta maka kehidupan pun turut mati. Al-Quran mempunyai sifat kehidupan.. orang yang hidup tidak di atas hidayahNya ibarat orang mati, padahal mereka tetap makan, minum, datang dan pergi. Allah swt berfirman dan maksudnya,
{ إِنَّكَ لا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ وَمَا أَنْتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَنْ ضَلالَتِهِمْ إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآياتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ }
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang. Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (memalingkan) orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri”. (Surah An-Naml ayat 80 dan 81)Hmm .mulai saat ini mari kita berniat dan berusaha membaca kalamullah serta mentadabburinya walaupun setakat yang termampu sepotong ayat sehari..Semoga allah swt memudahkan urusan dan niat kita..Wallahu ‘alam...
Penghargaan: Zulhamdi M. Saad, dan abokhodijah.wordpress
No comments:
Post a Comment