Pages

Kelopak mawar

Wednesday, May 8, 2013

Kunci Pintu Syurgamu

 
Assalam alaik

Bismillah..

Para pembaca budiman
Segala puji bagi Allah swt  yang menciptakan syurga firdaus bagi hambaNya yang beriman sebagai tempat kembali dan tinggal yang abadi. Orang beriman tidak menjadikan kesibukan sebagai melalaikan mereka dari beramal soleh dan Allah swt  memudahkan mereka pelbagai laluan yang dapat membawa mereka kepada syurga dengan kepatuhan dan ketundukan mereka sedangkan syurga diciptaNya bagi mereka sebelum mereka sendiri diciptakan. Allah swt  telah mengeluarkan manusia ke bumi tempat diuji untuk menentukan siapa yang paling baik dalam beramal dan Dia menetapkan waktu masuknya ke dalam syurga pada hari mereka menemuiNya. Allah swt telah menetapkan waktu dan jangka hayat kehidupan fana ini. Allah swt telah mempersiapkan syurga dengan segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang manusia pun.
 
Bersaksi dengan yakin dan keimanan sebenar bahawa tiada tuhan selain Allah semata-mata tiada sekutu bagiNya, persaksian seorang hamba yang tidak pernah henti dari rasa kesyukuran atas rahmat dan karuniaNya walaupun sekejap mata. Dan tidak ada seorang pun yang layak bersikap tamak dan meraih syurga dan menggapai kemenangan, melainkan dengan ampunan dan maghfirahNya.
Seterusnya, bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw adalah hamba dan rasulNya, insan pilihanNya daripada seluruh hambaNya, pengantara antara Dia dan hambaNya. Baginda adalah hujah atas hambaNya, yang  diamanahkan atas wahyuNya. Nabi Muhammad saw diutus sebagai rahmat bagi alam semesta, teladan umat akhir zaman, petunjuk bagi orang yang  berjalan di atas jalur yang lurus.

Inilah kalimah syahadah yang diucapkan paling kurang 10 kali sehari.. lagi banyak lagi bagus.

Ibarat sebuah pintu, syurga juga memerlukan kunci untuk membuka pintu-pintunya. Tahukah anda apa kunci surga itu? Bagi mereka yang merindukan syurga, tentu akan berusaha mencari kuncinya walaupun terpaksa berkorban nyawa. Usah bimbang kerana kuncinya ada dijelaskan dalam hadts Rasulullah saw.
عَنْ مُعَاذٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَادِقًا مِنْ قَلْبِهِ، دَخَلَ الْجَنَّةَ » (رواه أحمد)
"Barang siapa yang meninggal dan dia bersaksi tida ada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah dengan jujur dari hatinya, maka dia masuk syurga."(Hadis Riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang sahih).
Ternyata, kunci syurga itu adalah dua kalimah syahadah yang begitu sering kita ucapkan. Namun semudah itukah syurga dapat kita buka dan kita masuki? Ketahuilah, bahwa setiap kunci itu pasti bergerigi. Begitu juga kunci syurga pasti memiliki gerigi yang boleh dibuka oleh orang yang memiliki kunci bergerigi sepadan.
Imam Al Bukhari meriwayatkan, seseorang pernah bertanya kepada Al Imam Wahab bin Munabbih (seorang tabi’in terkenal dari Shan’a yang hidup pada tahun 34-110 H), “Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?” Wahab menjawab: “Benar, akan tetapi setiap kunci pasti bergerigi. Jika engkau membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga itu akan dibukakan untukmu!”
Apa sifat/rupa/saiz/bentuk gerigi kunci Laa ilaaha illallah itu?
Ketahuilah, gerigi kunci Laa ilaaha illallah itu adalah syarat menyaksikan ungkapan Laa ilaaha illallah. Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qashim Al Hambali An-Najdi rahimahullah, penyusun kitab Hasyiyyah Tsalatsatil Ushul (ms 52) kitab tersebut menyatakan, sifat Laa ilaaha illallah itu ada 8 iaitu:
1. Al ‘Ilmu (Mengetahui)
Maksudnya mengetahui erti atau makna Laa ilaaha illallah secara benar. Adapun ertinya dari segi bahasa adalah: “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah.” maksud tersirat adalah sangat besar. Seandainya boleh mengucapkan kalimat tersebut, tetapi tidak mengerti makna tersiratnya, persaksian tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya.
2. Al Yaqin (Meyakini)
Maksudnya yakin dan berpegang teguh kebenaran kalimah Laa ilaaha illallah tanpa ragu  tanpa bimbang sedikitpun.
 
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّى رَسُولُ اللَّهِ لاَ يَلْقَى اللَّهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ فِيهِمَا إِلاَّ دَخَلَ الْجَنَّةَ ». (رواه مسلم)
Rasulullah saw bersabda bermaksud,
“Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah sambil membawa dua kalimah syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk surga.” (Hadis Riwayat Muslim).
3. Al Qobul (Menerima)
Maksudnya menerima segala tuntunan Laa ilaaha illallah dengan berlapang dada, senang hati, baik secara lisan maupun perbuatan, tanpa menolak sedikit pun. Bukan seperti orang musyrik yang digambarkan oleh firman Allah swt bermaksud,
“Orang musyrik itu apabila di katakan kepada mereka: (ucapkanlah) Laa ilaaha illallah, mereka menyombongkan diri seraya berkata: Apakah kita harus meninggalkan sembahan kita hanya kerana ucapan penyair yang gila ini?” (Surah AshShaffat ayat 35-36).
 
4. Al Inqiad (Tunduk Patuh)

Maksudnya tunduk dan patuh melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illallah dalam kehidupan nyata. Allah swt  berfirman maksudnya,
“Kembalilah ke jalan Tuhanmu dan tunduklah kepadaNya.“ (Surah Az Zumar ayat 54).
Allah swt juga berfirman maksudnya,
“Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada ikatan tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illallah).” (Surah Luqman ayat 22).
5. Ash Shidq (Jujur atau Benar)
Maksudnya jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illallah, iaitu sesuai antara keyakinan hati dan kehidupan nyata, tanpa ada sedikit pun kebohongan.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ : « مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ».
Dari Anas bin Malik, Nabi saw bersabda: “Tidaklah seseorang itu bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti Allah mengharamkan neraka atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Al Ikhlas (Ikhlas)
Maksudnya membersihkan diri dari sifat riya’ (ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain) dan berbagai sifat munafiq lain.
 عَنْ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ الْأَنْصارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ» (متفق عليه)
Baginda saw bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Al Mahabbah (Cinta)
Maksudnya mencintai kalimah tauhid, tuntutannya, mencintai orang bertauhid sepenuh hati, dan membenci segala perkara yang merosakkan tauhid itu. Allah swt berfirman maksudnya,
“Dan di antara manusia ada yang membuat tandingan (sekutu) selain Allah yang dicintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang yang beriman, sangat mencintai Allah di atas segalanya.” (Surah Al Baqarah ayat 165).
Orang bertauhid mencintai Allah swt dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan orang musyrik juga mencintai Allah dan mencintai tuhan yang lainnya. Ini sangat bertentangan dengan penyaksian Laa ilaaha illallah.
8. Al Kufru Bimaa Siwaahu (Mengingkari Sembahan Lain)
Maksudnya mengingkari segala sembahan selain Allah swt iaitu tidak mempercayai dan tidak menyembah apa jua bentuk atau makhluk dari segi perbuatan batil dan rohani melainkan pengabdian sebenar kepada Allah swt. Janji Allah swt dalam petikan firmannya bermaksud,
“Maka barangsiapa mengingkari thaghut (sembahan selain Allah) dan hanya beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh pada ikatan tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illallah), yang tidak akan putus….” (Surah Al Baqarah ayat 256).

Kehidupan di dunia ini seindah mana sekalipun hanyalah pinjaman dan bersifat sementara manakala kehidupan yang hakiki dan abadi adalah kehidupan akhirat. Janganlah kita angkuh dan sombong.. Walau berbilion wang ringgit dalam genggaman harta benda bersepah disetiap negara di bumi ini, beratus syarikat korporat berdaftar di bursa saham dimiliki, setinggi jawatan yang disandang dan secantik mana pun keluarga yang dimiliki, belum tentu cukup memuaskan hati sesiapapun kecuali orang yang beriman.

Dengan kalimah  kita tunduk tawadduk, yakin dan ikhlas sebagai hambaNya menyaksikan pengakuan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt dan hanya Allah swt yang berhak mendapat ketulusan cinta sejati hambaNya..Orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah secara lisannya tanpa memenuhi syaratnya, bagaikan orang yang memegang kunci tanpa bergerigi, mustahil baginya membuka pintu syurga yang diidami, walaupun diucapkannya lebih berjuta kali.

Kenikmatan sebenarnya tidak lebih dari apa yang dapat dimakan dan dipakai dalam urusan seharian. Semua wang ringgit harta benda jawatan dan keluarga ini tidak mampu 'membayar' saat kita sakit atau sedang menghadapi sakaratul maut.

Hal inilah yang diperingatkan Allah swt dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya bermaksud,
"Dihiaskan kepada manusia kecintaan syahwat berupa wanita, anak, harta benda dari emas dan perak, dan kuda yang ditambatkan dan binatang ternak, dan kebun. Semua itu hanya kenikmatan dunia semata, sedangkan di sisi Allah tempat kembali yang baik." (Surah Al-Imraan ayat 14)
"Dan orang yang terdahulu (generasi pertama Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah telah meredhai mereka dan mereka pun redha kepadaNya dan Dia (Allah) telah menyiapkan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya bermacam sungai, mereka kekal di dalam selama-lamanya. Demikian itu adalah kemenangan yang amat agung (tanpa batas).” (Surah At Taubah ayat 100)
 
asal penulisan Oleh Ust. Dr. H. Tajuddin Pogo semoga Allah memberkatimu dan penghargaan buat ikadi.or.id

No comments:

Post a Comment