Bismillah
Sedikit
pengisian ilmu berkaitan surah alFatihah sebelum diteruskan ke tafsiran Ayat ke
3. Pernahkan kita teliti
surah ini?.. atau sekadar pandang dan baca selama ini...
Tahukah bahawa surah alFatihah menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah (huruf-huruf bahasa arab). Ini bermaksud, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf, Tsa, Jim, Kho, Zai, Syin, Dzo, dan Fa. Mengapakah?.. Mungkin secara kebetulan .. sesungguhNya ilmu Allah swt sangat luas.. huruf-huruf ini tiada dalam Al-Fatihah mungkin kerana ia adalah pangkal kepada nama-nama Neraka yang tujuh iaitu:
Tsa= Tsabur; Jim= Jahannam; Kho= Khowiah; Zai= Zauwiah; Dzo= Dzulmah
Syin= Syakawah; Fa= Fizah/ Firqah.
Hmmm.. Allahuakbar.. surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat itu di hantarkan kepada anggota tubuh kita yang tujuh (teringat pada dia yang suka dengan angka 7 – mungkin boleh menambah koleksi ‘7’nya). Oleh itu semasa membaca surah ini bayangkan/rasakan penujuan ayat tersebut pada anggota kita.. semoga kita bertambah menghayati bacaan ummul kitab ini..
“Bismillahirrahmaanirrahim” di hantarkan kepada seluruh jasad zahir dan batin.
“Alhamdulillahirabbil‘alamiin”
itu dihantarkan kepada kepala dan segala yang ada padanya.surah ini?.. atau sekadar pandang dan baca selama ini...
Tahukah bahawa surah alFatihah menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah (huruf-huruf bahasa arab). Ini bermaksud, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf, Tsa, Jim, Kho, Zai, Syin, Dzo, dan Fa. Mengapakah?.. Mungkin secara kebetulan .. sesungguhNya ilmu Allah swt sangat luas.. huruf-huruf ini tiada dalam Al-Fatihah mungkin kerana ia adalah pangkal kepada nama-nama Neraka yang tujuh iaitu:
Tsa= Tsabur; Jim= Jahannam; Kho= Khowiah; Zai= Zauwiah; Dzo= Dzulmah
Syin= Syakawah; Fa= Fizah/ Firqah.
Hmmm.. Allahuakbar.. surah Al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat itu di hantarkan kepada anggota tubuh kita yang tujuh (teringat pada dia yang suka dengan angka 7 – mungkin boleh menambah koleksi ‘7’nya). Oleh itu semasa membaca surah ini bayangkan/rasakan penujuan ayat tersebut pada anggota kita.. semoga kita bertambah menghayati bacaan ummul kitab ini..
“Bismillahirrahmaanirrahim” di hantarkan kepada seluruh jasad zahir dan batin.
“Arrahmaanirrahiim” dihantarkan kepada hati dan tulang belakang.
“Malikiyaumiddin” dihantarkan kepada dada dan alamul amri(alam yang paling ‘ghaib’).
“iyyakanak’budu wa iyya kanas ta‘in” dihantarkan kepada kedua tangan dan bahu.
“ihdinasirotal mustaqim” dihantarkan kepada pusat dan sulbi (hujung tulang belakang).
“sirotalladzi na’an am ta ‘alaihim, ghairil magh’du bi ‘alaihim, waladhoollin” dihantarkan kepada kedua kaki dan seluruhnya.
Setiap orang yang membaca ayat Al-Quran dengan sempurna insyaa Allah akan diisi nur dan segala fadhilatnya duniawi dan ukhrawi oleh Allah swt
Barangsiapa yang
mengamalkan pembacaan surah AlFatihah sebanyak 21x setiap malam maka insyaa Allah;
·
terpelihara
dari sihir· terpelihara dari jin dan syaitan
· terpelihara dari penyakit yang ditakuti.
· diperluaskan rezeki
· Mendapat kewibawaan
· Ditakuti seteru
· Tidak dapat dizalimi orang
· Diperluaskan pemahamannya
· Terpelihara dari azab kubur
· Dibangkitkan di padang Mahsyar dalam keadaan bercahaya
· Diringankan hisab akhirat
Tafsiran Ayat 3 - ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Juga fimanNya, "Sesungguhnya RabbMu amat cepat seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al An'am ayat 165).
Kata al-Quthubi Allah swt menyifati diriNya dengan ArRabb yang merupakan peringatan, sedangkan ArRahman ArRahim merupakan anjuran.
Allah swt bukan
sahaja Maha Pemurah dan Maha Penyayang.malah juga Yang Maha Besar, boleh buat
segalanya yang Dia kehendaki dan Dia boleh memiliki segalanya yang dikehendakiNya.
Allah swt Maha Kaya dan tiada yang lebih kaya dariNya. Selain Allah swt semuanya
di dunia ini adalah miskin dan sangat memerlukan Allah swt Penciptanya yang Esa.
Dalam kata lain segala kekayaan di dunia dan di akhirat hanya di miliki oleh
Allah swt. Manusia hanya penjaga dan pemelihara kekayaan yang di beri oleh
Allah swt dan manusia tidak memiliki apa-apa melainkan sebagai hambaNya.
Dia penuhi
keperluan semua ciptaanNya walaupun kepada makhluk yang ingkar perintah Allah
swt. Allah swt yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih kerana Dia Maha Pengampun segala
dosa kita besar atau kecil melainkan dosa mempersekutukanNya. Apabila
manusia memohon keampunan Allah swt dengan bersungguh sungguh dan
khususnya bertaubat dari perbuatan atau kesalahannya, in syaa Allah akan diampunkan.
Allah swt memiliki kurniaan dan kekayaan tanpa batas dan tidak akan berkurangan
walaupun Allah swt memenuhi semua kehendak dan keinginan semua makhluk ciptaanNya.
Allah swt yang Maha Berkuasa dan tiada yang berkuasa melainkan Allah swt dan apa
jua di seluruh alam semesta serta segala ciptaan Allah swt tidak akan dapat
menandingi kuasaNya.
Allah swt yang
memberi atau menarik balik kuasa. Namun Allah swt tidak menggunakan kekuasaanNya
dalam menghukum manusia tetapi Dia memberi kuasa kepada ciptaanNya seperti
angin ribut gempa bumi dsbg(mala petaka bencana kemalangan) dengan mudahnya
menghancurkan manusia yang lalai terpesong dari agamaNya atau mereka yang
ingkar. Allah swt menghukum manusia untuk mengingatkan agar kembali kepada sang
Pencipta dan tidak berterusan melanggar perintahNya.
Apa sahaja bentuk
hukuman yang di beri oleh Allah swt kepada manusia di dunia hanyalah peringatanNya,
bukan hukuman sebenar. Hukuman sebenar hanya di beri oleh Allah swt pada hari
akhirat. Sejarah menceritakan pada kita Allah swt telah menghancurkan banyak
kaum pada zaman lalu dengan menerusi ciptaanNya seperti angin air dan tanah. Apabila
hambaNya redha menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya, sentiasa tunduk mengakui
kelemahan dan kesalahannya lalu meminta ampun dari Allah swt dan bertaubat, ingatlah
Allah swt Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Allah swt menciptakan
manusia dengan nafsu dan akal fikiran untuk berfikir dan memilih yang betul dan
yang salah. Allah swt juga hantar banyak nabi dan rasul kepada manusia untuk
mengingatkan dan mengajak manusia kepada Allah swt dan perintahNya. Allah swt memaafkan
hambaNya yang meminta ampun dariNya dengan niat ikhlas mengharap keredhaanNya
sesungguhnya Allah swt Maha Penyayang dan Maha Pengasih kepada semua ciptaanNya.
Atas dasar
kash sayang si Pencipta inilah Allah swt memerintahkan orang yang beriman agar tetap
beriman. Allah swt memerintahkan hambaNya yang beriman untuk mengucapkan (berdoa):"Ya
Rabb kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah
Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,
kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia)." (Surah Ali Imran
ayat 8).
Penghargaan: Prof Dr Nasoha Saabin,
Dekan Fakulti Optometri,
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech dan Diterjemahkan ke
Bahasa Melayu oleh Fathorraman Abdul Aziz, Haji Yahya Bin Laksamana Al-Khalidi
Naksyabandi, Tafsir Ibnu
Katsir, Tim Pustaka Imam as-Syafi'i.
No comments:
Post a Comment