Assalam alaik
Bismillah
Tafsiran Ayat 4 - مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين (Yang menguasai hari pembalasan)
Sebahagian qura' membaca ‘Malik’ dengan meniadakan alif
setelah huruf mim (memendekkan mim) yang bererti
Raja dan ada yang membaca Maalik (yang menguasai) dengan menggunakan alif setelah huruf mim (memanjangkan mim) yang bererti
pemilik. Kedua2 bacaan itu benar dan mutawatir
dalam qira'at sab'ah.
Malik berasal dari kata al-milk (kepemilikan), sebagaimana dalam firmanNya dalam surah Al-Mukmin(atau dikenali surah Gafir) ayat 16 yang bermaksud, "(iaitu) pada hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tidak sesuatu pun keadaan mereka yang tersembunyi di sisi Allah. (Lalu Allah berfirman)’Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah yang Maha Esa Maha Mengalahkan.’".
Ianya ditegaskan lagi sebagaimana fimanNya
yang bererti, "Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi* dan semua yang ada di atasnya.
Dan hanya kepada Kami mereka dikembalikan." (Surah Maryam ayat 40).
*setelah seluruh alam ini hancur, maka
hanya Allah swt yang kekal
Pada hakikatnya al-Malik adalah nama Allah, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "Dialah Allah tidak ada tuhan [yang berhak disembah] selain Dia, Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menjaga Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan." (Surah Al-Hasyr ayat 23).
Dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis marfu' dari Abu
Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Julukan(gelaran) yang
paling hina di sisi Allah adalah seseorang yang menjuluki dirinya Malikul Amlak
(raja diraja) Kerana tidak ada malik (raja) yang sebenarnya kecuali
Allah."
Dalam kitab yang sama, juga dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, "Allah (pada hari kiamat) akan menggenggam bumi dan melipat langit dengan tanganNya, lalu berfirman, Aku adalah raja, di manakah raja-raja bumi, di manakah mereka yang merasa perkasa, dan di mana orang yang sombong?" Dalam Alquran disebutkan, "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini? Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan." (Surah Al-Mukmin@ Gafir ayat 16).
Sebaliknya, penyebutan malik (raja) selain kepadaNya di dunia hanyalah
secara majaz (kiasan) sebagaimana petikan firman Allah swt pada surah Al-Baqarah
ayat 247 yang bermaksud, "Dan nabi mereka berkata kepada mereka ‘Sesungguhnya
Allah telah mengangkat Thalut menjadi raja bagi kalian’...."
Ad-din bererti pembalasan atau perhitungan. Allah swt berfirman yang
maksudnya, "Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya
bagi mereka dan mereka tahu bahawa Allah Maha Benar Maha Menjelaskan."
(Surah An-Nur ayat 25).
Yaumiddin (hari Pembalasan) disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab (Perhitungan),
yaumuljazaa' (ganjaran), Hari Agama, Hari Ketaatan,
Hari Percaturan dsbgnya. Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua
makhluk yang disebut juga sebagai hari kiamat. Mereka diberi balasan sesuai
dengan amalannya. Jika amalannya baik maka balasannya pun baik. Jika amalannya
buruk, maka balasannya pun buruk kecuali orang yang dimaafkan. Seperti mana peribahasa
Arab 'Kama tadinu, tudanu' bermaksud ‘Sebagaimana kamu perbuat begitulah
pembalasannya’.
Di dunia Allah swt tidak akan menghukum amalan manusia tetapi mereka akan di hukum oleh Allah swt pada hari pengadilan. Segala bala bencana di dunia bukan merupakan hukuman sebenar hanya peringatan dari Allah swt untuk manusia membetulkan dirinya daripada ingkar kepada taat perintah Allah swt kerana balasan daripada amalan buruk di dunia adalah pada hari akhirat. Allah swt tidak akan menghukum manusia ke atas ketidakmampuan manusia makan dan minum secara selesa atau mewah di dunia ini tetapi Allah swt menghukum manusia ke atas amalan buruk semasa di dunia.
Apakah amalan buruk yang manusia lakukan di dunia? Apabila manusia tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia, manusia telah membuat amalan buruk dan apabila manusia yang telah mengucapkan Kalimah Mulia tetapi ingkar perintah Allah swt maka manusia juga membuat amalan buruk. Pada hari pengadilan, tiada pengadilan pada amalan manusia yang enggan mengucapkan Kalimah Mulia. Sesiapa sahaja yang enggan atau tidak mahu mengucapkan Kalimah Mulia, segala amalan lainnya akan menjadi sia-sia dan tidak di terima oleh Allah swt dan mereka akan di campakkan ke dalam api neraka. Nauzubillah...
Allah swt berfirman, "Pada hari itu kalian dihadapkan (kepada Rabb
kalian), tiada sesuatu pun dari keadaan kalian yang tersembunyi (bagiNya)."
(surah Al-Haaqqah: 18).
Allah swt adalah Raja pada hari kiamat bermaksud hanya
Allah swt merupakan satu-satunya Hakim pada hari pengadilan yang mengendalikannya
dengan penuh bijaksana kesaksamaan dan keadilan. Pada hari tersebut tiada hakim
melainkan Allah swt dan hanya Dialah akan memberikan pertimbangan yang paling
tepat pada seluruh manusia. Manusia diberi oleh Allah swt peluang semasa
hidup di dunia membuat keputusan, sama ada untuk taat atau ingkar perintahNya. Jika
memilih ingkar perintah Allah swt masih diberi masa untuk bertaubat selagi ia
hidup di dunia ini. Peluang mentaati perintah Allah swt tamat saat ia meninggal
dunia.
Setiap makhluk diadili pada hari pengadilan atas setiap
amalan yang dilakukan di dunia. Sesiapa yang telah melakukan ketidakadilan sama
ada terhadap Allah swt atau diri sendiri atau orang lain akan di dakwa di
Mahkamah Allah swt dan jika didapati bersalah tidak akan terlepas dari
hukuman Allah swt. Pada hari pengadilan tiada sesiapa pun boleh menipu Allah
swt kerana Allah swt mempunyai banyak saksi termasuk anggota badan untuk
menunjukkan babawa tiada peluang bagi
manusia untuk menipu. Pada hari pengadilan tiada sesiapa boleh memperoleh
perkhidmatan peguam bela dan peguam cara.
Pada hari itu tidak ada seorang pun yang dapat mengaku sesuatu dan tidak
juga dapat berbicara kecuali dengan izinNya sebagaimana firman Allah swt,
"Pada hari ketika ruh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka
tidak berkata-kata kecuali siapa yang diberi izin kepadanya oleh Rabb yang Maha
Pemurah, dan ia hanya mengatakan yang benar." (Surah An-Naba' ayat
38).
Allah swt juga berfirman, "Apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan." (Surah Ash-Shaffat: 53).
Rasulullah saw bersabda, "Orang cerdik adalah yang mahu memperbetulkan dirinya dan berbuat untuk (kehidupan) setelah kematian." (Hadis Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ahmad). Hadis ini bermaksud orang cerdik akan senantiasa menilai dirinya, sebagaimana yang dikatakan oleh Umar bin al-Khathab, "Hisablah (buatlah perhitungan untuk) diri kalian sendiri sebelum kalian dihisab, dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan bersiaplah untuk menghadapi hari yang besar untuk diperlihatkannya (amal seseorang), yang mana semua amal kalian tidak tersembunyi dariNya."
Pengadilan akan hanya di berikan kepada amalan manusia yang telah mengucapkan Kalimah Mulia. Hanya sedikit dari kalangan manusia yang tidak akan di adili pada hari pengadilan kerana mereka telah melakukan amalan soleh dan mereka memperolehi darjat sebagai kekasih Allah swt dan dibenarkan masuk ke dalam syurga tanpa hisab atau perhitungan.
Kekuasaan Allah swt yang digambarkan pada ayat ke empat ini juga menerangkan
unsur ancaman dan berjaga-jaga (tarhib) iaitu Dialah Penguasa hari Pembalasan. Pengkhususan kerajaan
pada hari pembalasan tersebut tidak menafikannya dari yang lain (kerajaan
dunia), kerana telah disampaikan sebelumnya bahawa Dia adalah Rabb semesta
alam. Dihari pembalasan ini juga Allah swt menyeru semua penguasa
atau raja manusia agar dibandingkan dengan kekuasaanNya pada hari tersebut.
Lantaran itu Surah ini adalah umpama tazkirah secara sindiran kepada golongan
penguasa agar mengingati kekuasaan yang Maha Agung.
Allah swt amat melaknat golongan pemerintah yang menggunakan kekuasaan
mereka untuk menghancurkan manusia yang lemah. Sebagai contoh kemunculan raja
Yahudi yang kemudiannya menggunakan kekuasaan untuk membinasakan manusia beriman
dalam surah Al Buruj ayat 4 sehingga 7 yang bermaksud,
"Binasa dan laknatlah orang yang membuat parit. Yang berapi kayu
bakarnya. Ketiak mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang
mereka buat terhadap orang beriman".
Wallahualam..
Sedikit pengisian ilmu Surah ini juga... Antara Khasiat Bacaan Surah Al-Fatihah
a) Bacaan 1x, istiqomah selepas
solat sunat sebelum solat subuh, insyaa Allah mendapat kemudahan mengatasi
masalah hidup.
b) Bacaan 7x, insyaa Allah
mengubati demam, sakit gigi dan sengatan bisa.
c) Bacaan 7x/20x/ 21x setiap
selepas solat, insyaa Allah akan dihilangkan kesusahan dan mendapat banyak kebaikan
dunia dan akhirat.
d) Bacaan 10x, insyaa Allah
merawat rabun mata.
e) Bacaan 40x pada air atau 41x,
secara jihar(bersuara) insyaa Allah mengubati pelbagai penyakit.
f) g) Bacaan 41x selepas solat
subuh, insyaa Allah akan dihilangkan kesusahan dan mendapat rezeki yang banyak.
h) Bacaan 70x pada air lalu
diminum, insyaa Allah mendapat pelbagai ilmu dan hikmah, serta hati dibersihkan
dari fikiran rosak.
i) Bacaan 70x pada minyak urut,
lalu disapu pada orang lumpuh, insyaa Allah sembuh.
j) Bacaan 121x dengan hati yang
khusyuk lalu ditiup 10x pada rantai yang mengikat orang, insyaa Allah boleh
lepas.
l)
Bacaan 125x selepas solat subuh, insyaa Allah mudah makbul hajat doa.
Penghargaan: Prof Dr Nasoha Saabin,
Dekan Fakulti Optometri,
KolejUniversiti Antarabangsa Teknologi Twintech dan Diterjemahkan ke
Bahasa Melayu oleh Fathorraman Abdul Aziz, Haji Yahya Bin Laksamana Al-Khalidi
Naksyabandi, Tafsir Ibnu
Katsir, Tim Pustaka Imam as-Syafi'i, Tim Pustaka
Imam as-Syafi'i kitab Tafsir Al Manar Muhammad Rasyid Redha dan rujukan dari beberapa buku
ilmiah berkaitan doa dan rawatan.
No comments:
Post a Comment