Assalam alaik..
Bismillah...
Mereka yang sedang menikmati kebahagiaan. sangat indah dunianya.. bagai tidak berpijak kaki dibumi yang nyata.. Alhamdulillah saya juga tumpang gembira.
Namun, kita sebagai hambaNya, tatkala diuji diduga dan ditimpa musibah.. bagaimana yea?.. ada yang pernah berkata "rasa dunia macam nak kiamat".. astaghfirullah.. dasyhat sekali yea.. disamakan walaupun cakap2 pasar nak disamakan pula dengan suasana kiamat..
Setiap kita sebagai hambaNya selagi bernafas di dunia ini pasti menghadapi ujian, dugaan dan musibah dari Allah swt. sama ada ditimpakan pada diri kita atau pun pada orang yang hampir dengan kita, sedikit banyak sakitnya rasa cubitan dipeha kiri terasa juga peha kanan.. Sama ada kita menghadapinya dengan redha keluhan tangisan kemarahan dsbgnya ingatlah kita perlu membuktikan sejauh mana tahap kesabaran, kerelaan dan penerimaan kita terhadap ketetapan Allah swt.
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”. (Surah Al-Mulk ayat 2).
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”. (Surah Al-Mulk ayat 2).
Tanggapan dan keterbukaan kita menyelesaikan atau menghadapi musibah ini memberi impak kepada nilai dan darjat diri kita di hadapanNya dan inilah antara ciri yang membezakan sesama hambaNya. Menurut Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, hambaNya yang ditimpakan musibah atau ujian sama ada kewafatan anaknya, ditimpa penyaakit yang sukar diubati, kemusnahan harta benda kehilangan punca pendapatan dan seterusnya, terbahagi kepada 4 tahap:
1. Tahap Lemah.
2. Tahap Sabar kerana Allah swt atau menjaga kehormatanNya.
3. Tahap Redha.
4. Tahap Syukur.
Mari kita lihat setiap tahap yang dinyatakan.
Mari kita lihat setiap tahap yang dinyatakan.
1. Tahap lemah.
Maksudnya menerima dan menghadapi musibah dengan rasa kesal kepada TuhanNya. Ini adalah tahap terendah. Kesal juga boleh timbul dalam berbagai perspektif sama ada sekadar di hati ataupun dengan lisan dan perbuatan. Hati merasa kesal, kecewa atau marah terhadap TuhanNya. Adakalanya diikuti juga dengan lisan mencela dan memaki, atau juga diiringi dengan perbuatan, seperti bergaduh, merobek pakaian, memecahkan barang dan seterusnya. Astaghfirullah..
Nauzubillah perasaan sebegini sebenarnya menjadi penghalang dari mendapat rahmat Allah swt dan paling ditakuti mendapat kemurkaanNya. Sedarkah kita bahawa kita telah berbuat 2 dosa iaitu dosa atas urusan agama (tidak redha dengan ketentuanNya) dan dosa akibat reaksi sikap kita terhadap ujian tersebut (perasaan marah mencela, mengamuk)..
Ya Rabb jauhkan kami daripada golongan sebegini sebaliknya jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dengan seikhlas hati atas dugaanMu ini..
Ya Rabb jauhkan kami daripada golongan sebegini sebaliknya jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dengan seikhlas hati atas dugaanMu ini..
2. Tahap Sabar.
Golongan ini tidak menyukai musibah atau dugaan yang melanda dirinya. Ye la mana ada orang suka sedih2 kan... Namun dia serorang sabar menghadapi ujian ini dan mampu menahan golakan perasaan dan jiwanya dari melakukan hal yang tidak disukai dan dibenci Allah swt. Sebagai contoh seorang pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM dan merupakan seorang yang terkenal dengan kepintarannya. Apabila keputusan dikeluarkan prestasi beliau tidaklah seperti dijangkanya dan sangat jauh merudum dari ekspektasi guru dan rakannya.. Dia sedih dan benci dengan ketentuanNya namun dia mampu bersabar dan menahan emosi serta jiwanya daripada membenci Allah swt tidak pula mengeluarkan kata-kata yang dibenciNya, dan tidak melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan yang menyebabkan kemurkaanNya apatah lagi berbuat dosa. Inilah dikatakan memiliki tahap kesabaran.
3. Tahap redha.
Seorang hamba Allah yang redha dengan musibah yang menimpanya, menerima ketentuan Ilahi dengan berlapang dada dan penuh kerelaan dan keadaannya seakan-akan tidak ditimpa musibah apapun. Katakan seorang perempuan yang diceraikan suaminya dalam usia muda perkahwinan pilihan keluarga, berlagak meneruskan kehidupannya seperti biasa seolah2 dia berstatus isteri memelihara dirinya daripada fitnah sehinggakan dua keluarga ini dan orang sekeliling tidak tahu cerita sebenarnya..Hmm saya sabar boleh lagi.. tahap redha ni kadangkala.. tak pe.. akan saya perbaiki diri dalam mencapai tahap khusnul khatimah..
4. Tahap syukur.
Memang ramai orang boleh dan mudah sangat untuk berkata syukur alhamdulillah.. tapi bila dan dalam keadaan bagaimana? Baginda Rasulullah saw yang kita kasihi juga tidak ketinggalan diuji dan diduga dalam usaha baginda saw menyebarkan agama yang benar ini tetapi tahukah anda bagaimana baginda saw menghadapi sesuatu yang tidak disukainya? Rasulullah saw berkata:
“Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan”. (HR. Ibnu Majah).
Kita seharusnya bersyukur sebanyak2 kepada Allah swt di setiap detik nafas kita ditimpa ujian dan musibah ini lantaran pahala dan keutamaan yang dijanjikan olehNya adalah sangat luar biasa banyaknya tidak sebanding dengan derita kita rasai. macam nilah.. sedang terlenggang lenggok berjalan ke kedai pak Ali tersandungla batu sebesar penumbuk.. apa ayat pertama kita?.. haaa pandai pun.. Alhamdulillah.. Itu tandanya anda telah meninggikan darjat diri kita.. tetapi selalunya apa yang diucap dulu.. koman2 ."aduh".. disambung plak "tak guna punya batu" dan bermacam celaan lagi mengeluarkan rasa tidak puashati (ni la masih kategori lemah)...
“Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan”. (HR. Ibnu Majah).
Kita seharusnya bersyukur sebanyak2 kepada Allah swt di setiap detik nafas kita ditimpa ujian dan musibah ini lantaran pahala dan keutamaan yang dijanjikan olehNya adalah sangat luar biasa banyaknya tidak sebanding dengan derita kita rasai. macam nilah.. sedang terlenggang lenggok berjalan ke kedai pak Ali tersandungla batu sebesar penumbuk.. apa ayat pertama kita?.. haaa pandai pun.. Alhamdulillah.. Itu tandanya anda telah meninggikan darjat diri kita.. tetapi selalunya apa yang diucap dulu.. koman2 ."aduh".. disambung plak "tak guna punya batu" dan bermacam celaan lagi mengeluarkan rasa tidak puashati (ni la masih kategori lemah)...
Ingatlah, musibah yang menimpa diri kita tersurat dan tersirat banyak hikmah dan manfaat. Hikmah dan manfaat itu kadangkala dapat dirasionaliskan oleh minda dan dapat dijangkau oleh fikiran manusia, dan ada atau kebiasaannya sebab musabab berlaku adalah di luar jangkaan kita. Mengapa Sebab sebahagian hikmah dan manfaat itu hanya ada dalam ilmu Allah swt. kan ilmuNya itu sangat luas. Misalnya adakah kita boleh menjangkakan apa akan berlaku pada kita keesokan hari? Sedangkan apa yang telah berlaku setiap saat semalam pun kita tak boleh mengingati semuanya semula kan.. sesuatu yang terjadi di masa yang akan datang, kepastiannya ada pada ilmu Allah swt. Kita sebagai hambaNya tidak tahu dan jika kita sangat pasti sesuatu itu terbaik bagi diri kita sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui yang terbaik bagi kita dan tidak semestinya yang terbaik itu adalah apa yang kita pasti. Maha Pencipta yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi makhlukNya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216).
Maka jika kita seorang Muslim/Muslimah yang benar2 beriman kepadaNya dan mencintai rasulullah saw, jika ditimpa dugaan ujian dan musibah, kita dituntut untuk;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216).
Maka jika kita seorang Muslim/Muslimah yang benar2 beriman kepadaNya dan mencintai rasulullah saw, jika ditimpa dugaan ujian dan musibah, kita dituntut untuk;
a. Bersabar.
Allah swt berfirman yang bermaksud, “dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (yaitu) Orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". mereka itulah orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Baqarah ayat 155-157).
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata, “Sabar menjadi wajib sesuai kesepakatan Ulama, ia adalah setengah daripada iman, kerana iman memiliki dua bahagian, bahagian pertama sabar dan baki bahagian keduanya adalah syukur”. (Madarijussalikiin, tahap sabar).
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, beliau berkata, “Rasulullah saw melewati seorang perempuan yang sedang menangis di hadapan kuburan, Rasulullah berkata: “Bertakwalah kepada Allah swt dan bersabarlah”. "Pergi sana, engkau tidak merasakan deritaku dan tidak mengetahuinya!” kata wanita itu tanpa menoleh. Maka disampaikan kepada perempuan itu, bahawa lelaki yang menegurnya adalah Rasulullah saw. Maka perempuan itu mendatangi rumah Nabi saw dan berkata kepada Rasul: “Aku tidak mengenalmu (tadi)”. Rasul bersabda, “Sesungguhnya sabar itu pada benturan pertama”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Imam Ibnu Hajar berkata: “Maksud dari sabda Rasul “sesungguhnya sabar itu pada benturan pertama” adalah jika ketetapan dan keteguhan hati hadir tatkala ditimpa peristiwa yang menggoncang jiwa, itulah kesabaran sempurna yang mendatangkan pahala”.
b. Redha dengan qada' dan qadar serta berpasrah penuh kepada Allah swt.
Ini adalah sifat seorang mukmin yang bertawakkal dengan ikhlas kepada Allah swt, membenarkan janjiNya, redha dengan keputusanNya. Percaya kepada qada' dan qadar merupakan sebahagian dari rukun iman. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab yang bermaksud, “(Lelaki itu) berkata: “Beritahu aku tentang iman”. Rasulullah saw menjawab, “Engkau beriman kepada Allah swt, kepada MalaikatNya, kepada kitabNya, kepada rasulNya, kepada hari akhirat, dan beriman kepada qada' dan qadar-ya yang baik dan buruk”. (Hadis Riwayat Muslim).
c. Mengucapkan istirja’ (ungkapan "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun").
Allah swt berfirman yang bermaksud, “dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. (Surah Al-Baqarah ayat 155-156).
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ummu Salamah ra, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “tidak ada seorang hambapun yang tertimpa musibah kemudian ia membaca:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اَللَّهُمَّ آجِرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأخْلُفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
(Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali, Ya Allah berikan pahala atas musibah yang menimpa dan gantilah dengan yang lebih baik)” kecuali Allah akan memberi ganjaran pahala atas apa yang menimpanya, dan Ia akan mengganti dengan apa yang lebih baik”. (Hadis Riwayat Muslim).
d. Meyakini dunia adalah tempat ujian.
Jika kita sedar hakikat bahawa kita hanyalah hambaNya dan dunia ini hanya pinjaman dan tidak kekal selamanya..Kita pasti yakin kita tidak dipilih lahir ke dunia tanpa diuji..Kerana dengan ujian inilah tahap keimanan dan keikhlasan sebenar kita kepada Sang Pencipta akan diketahui.
e. Meyakini keluarga, harta dan semua yang dimiliki adalah milik Allah swt.
Sebab itu, sebagaimana Ia berkehendak memberi, Ia juga berkehendak mengambilnya semula. Sebuah syair dari seorang penyair bernama Labid, berbunyi:
Bukanlah harta dan keluarga kecuali hanya pinjaman belaka.
Pasti pinjaman itu sewaktu-waktu akan dikembalikan.
f. Solat - perantara meminta pertolonganNya
Allah swt berfirman yang bermaksud, ”Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyu”. (Surah Al-Baqarah ayat 45). Ketika diri kusut dirundung masalah atau memerlukan keputusan atas suatu urusan yang sangat penting apa yang kita lakukan?.., kalau ikut sunnah Rasulullah saw, baginda saw melakukan solat. “Adalah Rasulullah saw jika mendapat masalah ia melakukan solat”. (Hadis Riwayat Ahmad).
g. Ingatlah ganjaran pahala dan balasan besar yang disediakan Allah swt.
Mengingat pahala dan balasan yang disediakan Allah swt bagi hambaNya yang sabar menghadapi musibah boleh menjinakkan jiwa dan fikiran menjadi tenang justeru in syaa Allah redha menerima ketentuanNya.
Di antara balasan yang Allah swt sediakan:
Di antara balasan yang Allah swt sediakan:
i. Syurga.
Allah swt berfirman yang bermaksud, “(yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari bapaknya, isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dari semua pintu;.(sambil mengucapkan): "Keselamatan bagi kalian kerana kesabaran kalian”. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah Arra’d ayat 23-24).
Rasulullah saw bersabda dalam hadis qudsi,
“Tidak ada balasan bagi seorang hamba mukmin yang Aku (Allah) wafatkan kekasihNya di Dunia kemudian ia bersabar dan mengharap ganjaran dariKu, kecuali baginya Syurga”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Allah swt berfirman yang bermaksud, “(yaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari bapaknya, isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dari semua pintu;.(sambil mengucapkan): "Keselamatan bagi kalian kerana kesabaran kalian”. Maka Alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah Arra’d ayat 23-24).
Rasulullah saw bersabda dalam hadis qudsi,
“Tidak ada balasan bagi seorang hamba mukmin yang Aku (Allah) wafatkan kekasihNya di Dunia kemudian ia bersabar dan mengharap ganjaran dariKu, kecuali baginya Syurga”. (Hadis Riwayat Bukhari).
ii. Pahala tidak terbatas.
Allah swt berfirman maksudnya, “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Surah Az-Zumar ayat 10).
Allah swt berfirman maksudnya, “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Surah Az-Zumar ayat 10).
iii. Kebersamaan Allah swt bagi orang bersabar.
“Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (Surah Al-Baqarah ayat 153).
iv. Allah mencintai orang yang bersabar.
“Allah menyukai orang yang sabar”. (Surah Al-Imran ayat 146).
v. Terhapusnya dosa.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda maksudnya, “Tidak ada yang menimpa seorang mukmin baik berupa lelah, sakit, panik, sedih, rasa sempit, bahkan duri yang mengenainya, kecuali Allah swt hapuskan kesalahan dan dosanya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
vi. Mendapat doa, rahmat dan petunjuk Allah swt.
Firman Allah swt maksudnya,“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk”.
(Surah Al-Baqarah ayat 157).
Wallahu a’lam.
Oleh: Ust. H. Ahmad Yani, MA dan penghargaan buat ikadi.or.id
No comments:
Post a Comment