Assalam alaik..
Bismillah...
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Pada 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia.
Beliau meninggalkan 10 wasiat . Semoga menjadi pemangkin kita untuk menjadi muslimin yang lebih beriman dan bertaqwa kepadaNya..insyaa Allah.. (sedekahkan juga ummul kitab untuk beliau..alFatihah..)
1. Apabila mendengar laungan azan maka bangunlah menunaikan solat serta-merta dalam keadaan apa sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, fahami buku-buku ilmu, bertamulah di majlis ilmu, dan amalkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak bermanfaat.
3. Berusahalah untuk mahir bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Jangan bertengkar dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi sebarang kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa kerana ketawa mematikan hati sebaliknya hati yang sentiasa berhubung dengan Allah swt itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti putus asa melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada nada yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8. Jauhi umpatan peribadi orang, mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan suatu hal yang memberi kebajikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan serta permudahkanlah perlaksanaannya
No comments:
Post a Comment