Mati tidak semestinya tatkala seseorang mengembuskan nafas terakhirnya atau matanya terpejam atau terhentinya denyutan jantung atau kekakuan jasad. Itu semua mati secara biologi. Kematian ini masih bermanfaat kerana menjadi pelajaran bagi yang hidup seperti petikan sabda Rasulullah saw, "Cukuplah kematian menjadi pelajaran, dan cukuplah keyakinan sebagai kekayaan." (Hadis Riwayat At-Thabrani dari Ammar ra.
Betapa ramai manusia sudah mati(meninggal dunia), tapi masih memberikan manfaat bagi yang hidup, seperti masjid surau madrasah atau sekolah yang mereka bina, buku yang ditulis, anak soleh yang ditinggalkan, dan ilmu bermanfaat yang telah diajarkan. Meraka mati jasad, tapi pahala terus hidup firman Allah swt bermaksud, "Dan janganlah kamu mengatakan orang yang terbunuh di jalan Allah(mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya"(Surah Al-Baqarah ayat 154).
Hidup tersebut merujuk kepada alam lain yang bukan alamm kita, tempat mereka mendapat kenikmatan disisi Alllah swt dan hanya Allah swt yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan di alam itu.
Sesungguhnya yang perlu kita berwaspada adalah mati hakiki, yakni matinya hati orang yang masih hidup(bernyawa). Tidak ada yang boleh diharapkan dari manusia yang hatinya telah mati. Boleh jadi dia hanya menyemakkan jumlah bilangan penduduk dalam suatu kawasan negeri atau negara(duniawi).
Tanda manusia yang hatinya mati, antara lain, menjauhkan diri daripada aktiviti atau tindakan bersifat kebajikan dan bercirikan kebaikan, berkurangnya nilai kasih sayang kepada yang sepatutnya(Allah Rasul dan keluarganya) tetapi melebihkan orang lain yang bukan mahram, mendahulukan dunia daripada akhirat, tidak mengingkari kemungkaran, mudah menuruti nafsu syahwat, lalai leka, dan senang berbuat maksiat.
Apa yang mencetuskan kematian hati.
1.Solat
Mula2 solat dilewatkan, berjemaah dijauhkan kalau adapun solat Jumaat(lelaki) akhirnya solat ditinggalkan, itulah permulaan kekalutan jiwa dan perasaan. Dengan itu, kita mula dan semakin mudah terjerumus ke dalam perbuatan keji, terseret ke lembah kemungkaran, kehinaan dan akhirnya tersedar telah terjatuh di dalam lurah kesesatan dan belum tamat di situ kerana tanpa kita sedari juga kita juga menyeret sama dan merugikan orang lain.
Firman Allah swt bermaksud,"Bacalah kitab(AlQuran) yang telah diwahyukan kepadamu(Muhammad) dan dirikanlah solat, Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan (ketahuilah) mengingati Allah(solat) lebih besar(mulia keutamaannya daripada ibadah lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan."
(Surah Al-Ankabut ayat 45) dan dalam Surah Maryam ayat 59 bermaksud,
"Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti(Yahudi Nasrani) yang mengabaikan solat dan mereka menuruti syahwat(keinginannya) maka kelak mereka akan menemui kesesatan."
Ouchh saya tak mahu hati saya yang paling berharga kurniaan Ilahi ini mati atau berubah kehitaman warnanya.. biarlah ia segar bugar sentiasa sehingga masanya saya kembali kepadaNya.. Jom pelihara wudhu' dan solat serta sentiasa perbaiki kualiti solat kita... insyaa Allah..
2. Sedekah
Adus.. inilah amalan paling mudah dan ringan tetapi berat dirasakan bagi mereka yang mati hatinya..Bila hati mati, kesukaran kekurangan kemiskinan orang dan makhluk disekelilingnya dianggap sebagai penyusah atau pengganggu dirinya...Sedekah tidak semestinya dari segi wang ringgit dan harta tetapi sedekah juga dalam bentuk doa dan zikir dan sebagainya(setiap anjakan saat digunakan sebaiknya).. Orang yang suka bersedekah secara istiqamah, hatinya lapang, dijauhkan dari penyakit fizikal dan batin(duniawi), merasa barakah atas setiap penerimaan atau kurniaan atau rezeki yang diperolehnya dan in syaa Allah semakin dekat dengan TuhanNya..Cuba kita lihat secara positif seorang dermawan hasil daripada menebar seluasnya kebajikan secara ikhlas sebenarnya mereka menghampirkan diri atau semakin dekat dengan manusia, Allah dan syurga. Siapa tak nak kan?
3. Zikrullah
Meninggalkan zikrullah adalah juga pencetus awal kematian hati. Hati akan mengeras menjadi membatu sehingga tidak lagi menerima nasihat dan ajaran Islam apatah lagi mengingati Si Pencipta. Nauzubillah... Sebenarnya, zikir menjinakkan jiwa tunduk merendah diri kepada Yang Maha Berkuasa dan menjadikan hati kita tenang. Firman Allah swt bermaksud,
"(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati allah, ketahuilah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."(Surah Ar-Ra'd ayat 28).
Marilah kita menjadi mukmin yang selalu memelihara solat, suka bersedekah, dan memperbanyak zikrullah agar kita tergolong dalam kelompok orang yang berbuat kebajikan, memiliki hati yang 'hidup' dan memperluaskan kebaikan untuk manfaat sesama muslimin di dunia dan di akhirat. Mudah2an mereka yang telah tersesat kembali ke pangkal jalan (walaupun tentangan utk berubah ke arah kebaikan itu sangat hebat sukarnya) yakinlah Allah swt sentiasa ada di samping kita semoga kita beroleh kejayaan menjadi muslimin yang rajin solat, sedekah, dan zikir, yang akhirnya meng'hidup'kan semula hati yang mati... in syaa Allah.
penghargaan buat Achmad Satori Ismail
No comments:
Post a Comment