Pages

Kelopak mawar

Wednesday, May 8, 2013

Lagi2...Musibah.. Innnalillahi wa innaailaihi rajiun



Bismillah..
Dengan izinNya kita lahir ke dunia dan kepadaNya kita kan kembali..Allah swt pemberi rezeki, dan jika Dia mengkehendaki Dia berkuasa mengambilnya semula.

Di mana sahaja kita berusaha menyorokkan wang ringgit hatta diri sendiri dan orang yag disayang.. bila2 masa kita boleh kehilangannya.. Sekukuh harta seselamat benda pun telah kita pastikan, bila Allah swt mengkehendaki sekelip mata lesap musnah dari pandangan.. uit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita atau orang yang kita sayangi disapa malaikat maut dan dicabut rohnya hari ini, kembali kepadaNya dengan tangan kosong. Hanya lapisan kain kafan dan kapas menyelimuti diri. Tiada iringan wang, tanpa harta mengiringi sejerih mana pun usaha mencari rezeki semasa hayat dikandung badan. Semuanya milik Allah swt. Dan Dia berhak atas segalanya.

Kedua2 firman Allah swt di bawah telah saya nyatakan dalam entri sebelum ini... sekadar peringatan bersama kembali..
Allah swt berfirman maksudnya,
"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." (Surah al-Anfal ayat 28)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah ayat155)

Bila diuji, bersabarlah wahai diri.

Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah swt bagi mereka yang celik hati dan akal.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian?

Mari kita menerapkan rasa bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan. Beryukurlah kerana kita insan terpilih dari kalangan hambaNya. Dia kasihkan kita. Ujian itu mungkin sebagai satu peringatan kepada kita supaya kembali dekat kepadaNya, perbanyakkan amalan kepadaNya,membetulkan laluan perjalanan hidup yang mungkin tergelincir atau tersasar dari landasannya atau Ya Rabb rindu mendengar suara kita menadah tangan mohon doa merayu merintih dasb yang bersungguh2 kepadaNya. Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Dia berhak memberi kepada hambaNya yang diingini sebagaimana firmanNya bermaksud,
"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya, sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hambaNya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." (Surah Al-Israk ayat 30)

Allah swt berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 2 bermaksud,
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah swt menguji kita, buka mata berlapang dada. Muhasabah dan perbetulkan diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah swt mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya,
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia, sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Peringatan dariNya adalah untuk kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara yang dibenciya. Atau mungkin Allah swt menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuanNya. Bersabar dengan dugaanNya kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuanNya dengan hati yang tenang dan redha? Firman Allah swt bermaksud,
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah At-Taghabun ayat 11)

Yakinlah Allah swt sentiasa bersama mereka yang bersabar dan beriman kepadaNya. FimanNya bermaksud,
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah ayat 45)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah ayat 153)

Kedua2 ayat di atas juga telah saya nyatakan dalam entri sebelumnya.. Bersabarlah. Besar ganjarannya bagi orang yang bersabar. Jauhkan sikap putus asa tetapi kuatkan diri terus berjuang di jalan benar dengan memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah swt. Cukuplah Allah swt sebagai penolong.


Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud, "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya." (Hadis riwayat Anas ra)

Pengajaran hadis
Setiap manusia akan diuji maka terima segala ujian Allah swt dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian banyak kebaikannya,

       a) Jika meneruskan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian diuji tidak dapat melakukannya 

           disebabkan kesakitan atau kemalangan, Allah swt memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang
           baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

       b) Sekiranya Allah swt menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka

           Allah swt jadikan ujianNya itu sebagai “kaffarah” yang menghapuskan dosanya yang telah lalu serta
           dijadikan dirinya seperti bayi baru dilahirkan, suci dan bersih daripada dosa.

      c) Sekiranya Allah swt sempurnakan kesakitan atau kemalangan denga ajalnya, maka ia akan dikurniakan

           keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya... Insyaa Allah..


Bersabarlah. Yakin bahawa Allah swt sentiasa dekat dan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, bila ditimpa musibah, redha dan hadapi dengan tabah dan lembutkan hatimu dengan lafaz ungkapan

 
 

No comments:

Post a Comment