Pages

Kelopak mawar

Thursday, May 9, 2013

Ke mana dibawa amalanku

Bismillah..

Assalam alaik

Antara doa Rasulullah saw seusai solat, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman).

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amal yang diterima. Amal yang diterima menjadi tunggak kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Imam Syafie pernah berkata, “Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, maka amalnya akan ditolak sia-sia.” (Matan Zubad dan Majallatul buhuts al-Islamiyah).

Di antara syarat pertama diterima amal adalah Islam (Surah Ali Imran ayat 85) manakala wujudnya kekufuran merupakan sebab utama ditolaknya amal (Surah Ali Imran ayat 90-91). Firman Allah swt bermaksud, “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.” (Surah Al-Furqan ayat 3).

Kedua, ikhlas (Surah al-Kahfi ayat 110). Rasulullah saw meriwayatkan hadis Qudsi, “Aku (Allah) tidak membutuhkan kepada sekutu. Barang siapa beramal dan mempersekutukanKu, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga, mengikuti sunah Nabi saw. “Barang siapa yang beramal tidak mengikuti perintah kami, maka akan ditolak.” (Hadis Riwayat Muslim).

Keempat, bertakwa kepada Allah swt. “Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang yang bertakwa." (Surah Al-Maidah ayat 27).

Kelima, berbakti kepada kedua orang tua. Perintah ini Allah perturunkan dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15-16.

Keenam, memperhatikan waktu beramal. Abu Bakar berwasiat kepada Umar, “Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah memiliki amalan pada malam hari yang tidak menerima amalan siang, dan amalan siang yang tidak menerima amalan malam, dan Allah tidak menerima amalan sunah sampai menunaikan yang fardu.”

Ketujuh, berbuat amal soleh. “KepadaNyalah naik perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya.” (Surah At Fathir ayat 10).

Kelapan, tidak merasa bangga atas amalnya.

Bagaimana pula kita dapat mengetahui sama ada amal kita tersebut diterima atau tidak? Ye la.. kalau kita tahu sekurang2nya amal yang masih kureng tu kita perbaiki sehingga diterima.. betul tak?

Tanda-tanda amal diterima itu ada lima iaitu,
Pertama, doanya dikabulkan Allah swt. Ingat tak ada Hadis tentang tiga orang yang terjebak dalam gua dan mereka masing-masing berdoa dengan berwasilah kepada amal ibadahnya yang lalu. Doa mereka terkabul karena amalan mereka diterima Allah swt.

Kedua, ramai manusia mencintai dan menghargai orang tersebut.
“Sesungguhnya Allah kalau mencintai si fulan, memerintah Jibril as untuk menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah swt mencintai si fulan, maka cintailah dia.’ Penduduk langit pun mencintai Fulan dan di bumi semua orang menerimanya.”

Ketiga, mendapat taufik Ilahi untuk melakukan amal soleh berikutnya.
Keempat, istiqamah dalam beramal. Segala yang dilakukan kerana Allah swt akan kekal malah berterusan sedangkan jika kerana manusia atau duniawi, amalan tersebut akan terputus.
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hambaNya dan memaafkan kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(Surah Asy-Syura ayat 2).

Kelima, rela akan hukum Allah dan menerima qadha dan takdirNya. "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka adalah syurgaA'dhn yang mengalir di bawahnya sungai2; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya, Yang demikian itu adalah balasan bagi mereka yang takut kepada Tuhannya."(Surah Al-Bayyinah ayat 8).
Penghargaan penulisan Prof KH Achmad Satori Ismail 

No comments:

Post a Comment