Bismillah..
1. Zalituun
Anak setan jenis ni gemar berpeleseran di pasar/kedai supaya orang hilang sifat jimat cermat. Kerjanya menggoda manusia agar berbelanja lebih berpada2 dan membeli barangan yang tidak diperlukan.
2. Wathiin
Yang ni pulak suka mendekati orang yang mendapat musibah dan meracuni pemikiran dan jiwa manusia supaya bersangka buruk terhadap Allah swt. Kecik2 lagi dah besar peranan ko Wathiin.. Nauzubillah dijauhkan diriku keluargaku dan muslimin muslimat daripada hasutan ko..
3. A'awan
Yang ni tak pandang kita golongan marhain kot.. Korjenya menghasut sultan/raja/pemerintah/ketua supaya tidak mendekati rakyat/pekerja. Anak setan ni suka mengaburi manusia tersebut dengan keseronokan pada kedudukan/kekayaan hingga mengabai kebajikan rakyat/anak buah dan memekakkan telinga mereka ini daripada mendengar nasihat para ulama. Susah juga jadi pemerintah.. ini baru godaan anak setan.. belum lagi bapak atuk nenek moyang setan..
4. Haffaf
Yang ni sangat bersahabat baik dengan peminum arak dan pemabuk atau kaki botol(bukan yang suka main botol k). Selalunya anak setan ni menghampiri orang yang berada di tempat maksiat seperti disko, kelab malam & tempat yg ada menjual atau menyedia minuman keras.
5. Murrah
App.. sebut betul2 eh.. bukan murah tau.. Anak setan species ni suka merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik sama ada bermain alat muzik, terlibat dengan kegiatan muzik dan mereka yang mendengar muzik sehingga melewatkan/ lupa kepada Allah swt dan perintahNya. Anak setan ini akan menjamu mereka sehingga tenggelam dalam keseronokan dan kebahagian sementara duniawi yang menyesatkan.
6. Masuud
Anak setan ni paling ringan sebab dia suka duduk di bibir manusia supaya melahirkan kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit kesesatan yang bermula dari mulut. Tapi janganlah pula ada di antara kita bila tengok bibir orang tu berat dibawah je tandanya Masuud bertandang kat situ..ishish jangan buruk sangka..
7. Daasim
Anak setan ni kerjanya satu je iaitu duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam (apapaun alasan terlupa ke, terkunci mulut ke etc) ketika masuk ke rumah, Daasim akan memainkan peranannya agar berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan kita seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan bermacam kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Hah.. yang ni kena selalu jaga2 dan beringat.. kalau boleh doa dulu agar dijauhkan anak setan species ni sebelum memulakan solat lagi bagus sebelum ambil wudu' pun kita baca doa mohon perlindungan.. Walahaan ni korjenya menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan juga apa2 je amal ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Anak setan ni dikhususkan menjadi sahabat karib orang Majusi yang menyembah api/matahari.. Rasa2nya ada lagi tak orang Majusi ni atau bukan Majusi tetapi amalannya hampir sama... ada kan.. cu tengok pepagi time nak pegi keja masa melalui taman perumahan yang didiami pelbagai bangsa..
Hah inilah yang saya tahu.. itu pun melalui pembacaan buku dan blog.. ilmu perlu dikongsikan..kita bukan pemiliknya
No comments:
Post a Comment