Ayat Kursi ini merupakan ayat ke 255 dalam Surah AlBaqarah mengenai kekuasaan Allah swt yang tiada batasan. Banyak buku2 dan blog menceritakan tentang fadilat serta kelebihan ayat ini..
Saya mula mengenali ayat ini masa Tahun 6. itupun disuruh hafal oleh ustazah.. ingat lagi kami disuruh beli buku nipis tetapi lebih besar daripada kertas A4.. dan disuruh hafal ayat ni.. masih segar lagi.. lemah sungguh saya waktu tu dalam usaha menghafalnya.. Alhamdulillah.. sekarang ni saya pastikan anak2 saya usai sahaja menghafal surah AlFatihah.. ayat Kursi adalah hafalan berikutnya.. pada usia mereka 3-4 tahun.. jauh kan daripada usia ibu mereka mula menghafal ayat ni..
Sangat hebat firman Allah swt ayat 255 Surah AlBaqarah ini hinggakan saat diperturunkan kepada Rasulullah saw penghantar atau pengiringnya dikatakan adalah seramai 70,000 malaikat dek kerana kemuliaan ayat tersebut..
Dikatakan antara khasiat membaca ayat ini adalah;
1. Jika membacanya sebelum tidur, in syaa Allah syaitan tidak akan mendekatinya. Saya kepilkan suatu kejadian di zaman Rasulullah saw.
Abu Hurairah ra pernah ditugaskan oleh Rasulullah saw untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncul seseorang lalu mencuri segenggam makanan. Dengan kepintaran Abu Hurairah pencuri itu dapat ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah saw," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takut pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah lalu ia merengek, "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak dan saya sangat memerlukan makanan." Pencuri itu pun dilepaskan disebabkan pada pandangannya zakat itu pada akhirnya akan diberikan juga kepada fakir miskin.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah saw. Maka bginda bertanya, "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah ia orang miskin keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu lalu dilepaskannya. "Dia bohong," kata Rasulullah saw, "Pada malam ini ia akan datang lagi." Percaya dengan kata Rasulullah saw Abu Hurairah memperketatkan kawalan dan lebih berhati2. Benar. Pencuri itu kembali lagi lalu mengambil makanan seperti sebelumnya lalu terus ditangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah saw," ancam Abu Hurairah. Pencuri itu meminta ampun, "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." Abu Hurairah merasa kasihan mendengar keluhan orang itu dan pencuri itu dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah saw. Setelah disoal dan dijawab Rasulullah saw menegaskan, "Pencuri itu bohong, ia akan kembali lagi malam ini." Malam itu Abu Hurairah berjaga2 dan berwaspada. Mata, telinga dan perasaannya memberi penumpuan sebaiknya memerhatikan sekeliling. Jika pencuri itu benar datang seperti diperkatakan oleh baginda dan pencuri itu dapat ditangkap, ia bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Ia kesal. Kenapa pencuri itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapanRasulullah saw? Kenapa mudah sahaja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun." Malam semakin larut, tiba-tiba kelihatan bayangan menghampiri longgokan makanan yang dijaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Ditangkapnya dan pencuri itu berlutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikan benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastiku adukan kepada Rasulullah saw. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga." "Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tetapi tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat difahami bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata, "Lepaskanlah saya, akan saya ajar tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi, dan seterusnya sampai akhir ayat tersebut. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah swt dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah saw untuk melaporkan pengalaman luar biasa tadi malam. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah saw. Sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" baginda bertanya. "Katanya kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat dan ia juga mengatakan jika membacanya, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah swt, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Usai Abu Hurairah bercerita, baginda Rasulullah saw berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Baginda bertanya pula, "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Rasulullah saw.
Hmm tu la pasal.. sampai saat nak tidur pun Allah dah sediakan satu ayat pendinding untuk kita.. subhanallah..panjang plak citer tu kan
2. Ayat tersebut mengandungi sebanyak 170 dan sesiapa membacanya sebanyak huruf tersebut di tengah malam mengadap kiblat dengan khusyuk dan memanjatkan doanya/hajatnya..in syaa Allah akan dimakbulkan..
3. Imam Ghazali menceritakan dari Ibnu Qutaibah tentang seorang saudagar yang telah diganggu oleh jin ifrit sewaktu bermalam di satu rumah yang didiami ifrit berkenaan. Ketika saudagar itu hendak tidur ifrit pun mula menampakkan dirinya yang menyeramkan lalu saudagar itu membacakan ayat kursi tersebut dan pada barisan Wa Laa Yaudhuhuu Hif zuhumaa sampai habis bberulang kali, ifrit tersebut hilang dan lenyap barulah saudagar itu tidur. Bila bangun pagi kelihatan abu dan bau terbakar di tempat beradanya ifrit tersebut. (petikan kitab Falhul Malikil Majid)
dan banyak lagi fadilat lain ..
No comments:
Post a Comment