Assalam alaik
Bismillah...
Telah lama tercari2 dan tertanya2 bagaimana untuk melaksanakan solat dengan khusyuk dan tawaduk... selalunya baru je solat dimulakan entah cam mana sekelip mata je dah merewang fikir duniawi ..astaghfirullah.. pas tu mula memahami bacaan2 dalam solat.. dan setiap bacaan berkenaan akan ditranslate ke bahasa (dalam hati).. walaupun susah mulanya.. sekarang dah biasa.. alhamdulillah perasaan waswas rakaat ke berapa pun dah tak jadi masalah lagi..tetapi masih juga belum khusyuk..Aduiii.. tulunnn..
Mendirikan satu solat yang kekal kekhusyukan dari permulaan sehingga salam kedua amat sukar apatah lagi kita diwajibkan solat 5 kali sehari... Namun menikmati solat yang khusyuk adalah tidak mustahil dan sebenarnya kita perlu laksanakannya dengan sungguh-sungguh mulai dari saat terdengar azan, disusuli mengambil wudhu' yang sempurna, mendirikan solat(dituntut berjemaah) selengkapnya dan ditutupi dengan memanjat doa kepadaNya..
Haaa kita cam mana?.. azan dilaungkan..hati memujuk tak pe tu baru masuk azan..tatkala ambil wudhu'..setakat cukup syarat itu pun dalam 'bilik ayaq' bukannya di kolah dan terus solat asal cukup toma'ninah nafas pelari terpantas didunia usai solat cabut sambung balik korje dunia...hmmm anda gtu ke? bukan tiap2 hari la tapi time 'sibuk' tu adala ala2 gtukan..So, layak ke khusyuk solat kita?
Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf sangat sederhana dan ia selalu melakukan solat dengan penuh kekhusyukan. Namun ia masih khuatir jika solatnya kurang khusyuk maka ia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih dalam beribadah. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang ahli ibadah bernama Hatim, kemudian ia bertanya,
”Wahai Abu Abdurrahman, bagaimana cara engkau solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' lahir dan batin."
Dengan penuh kehairanan Isam bertanya, "Bagaimana wudhu lahir dan batin itu?"
Hatim menjelaskan, "Wudhu lahir adalah wudhu biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara, iaitu bertaubat, menyesali dosa, tidak tergilakan dunia, tidak mengharap pujian orang, meninggalkan sifat sombong, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki.
Lalu Hatim melanjutkan: "Kemudian aku pergi ke masjid, aku siapkan seluruh anggota tubuhku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solatku yang terakhir, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."(... tu dia.. cakap memang senang.. tapi boleh tak kita menjiwai panas api neraka dan bahang apinya..).
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah cara aku solat selama 30 tahun."
Setelah mendengar penjelasan Hatim, menangislah Isam membayangkan ibadahnya yang masih kurang dibandingkan dengan Hatim. Semoga Allah swt memberikan kita petunjuk untuk melaksanakan solat dengan khusyuk.

Tujuan mendirikan solat selain daripada kewajipan adalah untuk memelihara jiwa kita agar selalu bersih dan suci. Para rasul as diutus kepada umat manusia adalah untuk memberi peringatan akan ayat-ayat Allah swt, mengajarkan hidayahNya dan mensucikan jiwa dengan ajaranNya. Dalam doa Nabi Ibrahim untuk anak cucu keturunannya terdapat pada surah AlBaqarah ayat 129 dan maksudnya,
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
”Wahai Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan himah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,”
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَ. ا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
”Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya." (Surah AsSyams ayat 9 dan 10)
Penyucian jiwa dan penyembuhan hati yang terluka atau ternoda boleh dicapai melalui berbagai bentuk ibadah tertentu jika dilaksanakan secara sempurna ikhlas dan istiqamah. Tatkala jiwa suci dan hati terpelihara, memberi kesan positif kepada seluruh anggota badan seperti lisan, mata, telinga dan lainnya sesuai dengan perintah Allah swt dalam berhubungan dengan keluarga, tetangga dan masyarakat.. Di antara pengaruh ibadah tersebut adalah tertanam pemahaman tauhid yang benar, sifat ikhlas, sabar, syukur dan jujur kepada Allah swt dan mencintaiNya serta terhindar dari hal yang bertentangan dengan aturan Allah swt.
Pengaruh terbesar dalam penyucian diri adalah berubudiyah kepada Allah swt, mewujudkan tauhid yang ikhlas dan syukur kepada Allah swt. Solat merupakan antara bukti dan ukuran dalam penyucian jiwa. Solat adalah penyatuan pengabdian batin dan rohani seperti zikir dan doa dan gerakan fizikal terdiri daripada berdiri, ruku', duduk dan sujud. Melaksanakan solat yang sempurna dan khusyuk dapat memusnahkan bibit kesombongan, ‘ujub, bangga diri dan ghurur dan semua bentuk kemungkaran, sifat keji dan ingkar kepada Allah swt. Ia merupakan pengakuan hambaNya terhadap hak Sang Pengatur iaitu penyaksian jitu pada zat Yang Maha Berkuasa. Allah swt berfirman dan maksudnya,
وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ)
”Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al-Ankabut ayat 45)
Adab zahir solat ialah menunaikannya dengan gerakan anggota badan yang sempurna dan adab batin ialah khusyuk dalam melaksanakannya. Khusyuk dalam solat sangat hebat dan indah peranannya dalam merealisasikan nilai dan sifat mulia. Allah swt berfirman maksudnya,
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
”Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sholatnya.“(Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2).
Tidak dapat khusyuk solat mencermin hati tercemar.. jadilah berbagai penyakit hati... Rasulullah saw bersabd,:
إِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ، أَلا وَهِيَ الْقَلْبُ
”Sesungguhnya dalam jasad ada suatu gumpalan; bila gumpalan ini baik maka baik pula seluruh jasad, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa gumpalan itu adalah hati.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Seorang ulama yang banyak mengorbankan hidupnya untuk berdakwah di jalan Allah swt iaitu Syeikh Said Hawwa suatu ketika menyampaikan, ”Sesungguhnya khusyuk merupakan manifestasi tertinggi dari sihatnya hati, jika sukar khusyuk bererti hati telah rosak. Bila hati telah didominan oleh berbagai penyakit duniawi maka semakin kehilangan kecenderungan mendekati kepada akhirat." Nauzubillah.
Khusyuk berkait dengan penyucian hati dari berbagai penyakit dan upaya menyembukan kesihatannya. Sebaliknya hati hidup bererti telah dibersihkannya dari berbagai sifat tercela dan menunjukkannya kepada sifat terpuji. Di sinilah perlunya pembiasaan hati untuk khusyuk melalui merasai kehadiran Allah swt dan merenungi berbagai hikmah disebalik ketentuanNya dan nilai kehidupan. Khusyuk dalam solat merupakan ukuran dan tanda kekhusyukan hati...
Allah swt berfirman dan maksudnya,
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي ()
”Dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku” (Surah Thoha ayat 14)
Rasulullah saw bersabda, ”Sesungguhnya solat itu ketetapan hati dan ketundukan diri”.
Selain gerakan lahiriah dan batiniah dalam solat, kita sebenarnya berkomunikasi dan bermunajat kepada Allah swt sebagai hambaNya. Apalah ertinya memohon doa, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ "Tunjukilah kami ke jalan yang lurus” yang sering kita baca dalam solat (surah Alfatihah) jika pada masa yang sama hati dalam keadaan lalai? Sebutan ayat tersebut telah menjadi kebiasaan betapa mudahnya diucapkan secara lisan tetapi dengan hati yang lalai iaitu tidak diiringi kerendahan hati dan berniat sebagai doa.. samalah seperti solat yang sia2. .
Kehadiran hati adalah roh solat. Paling minima keberadaan roh adalah kehadiran hati ketika mengangkat dan melafazkan takbiratul ihram. Di permulaan solat ini jika kita gagal menghadirkan hati kepadaNya bagaimana solat itu 'hidup' atau bermakna atau bukan sia2 sebab roh solat itu tiada...kita masih lagi hidup dalam kelalaian dan pentingkan dunia sedangkan akhirat semakin hampir. Justeru, marilah kita meningkatkan atau mengukuhkan kehadiran hati agar semakin hidup roh tersebut dalam setiap perincian solat. Bukankah solat itu perkara pertama dihisab kelak..
Khusyuk solat dibahagi kepada dua iaitu,
1. Khusyuk batin iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah swt, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.
2. Khusyuk lahir iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.
Menurut Imam al-Ghazali, untuk mendapat khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu ada semasa mengerjakan solat;
1. Hudhur al-Qalb (حضور القلب)
Menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita. Faktor penyebab kehadiran hati adalah Himmah atau perhatian utama.. Jika hati kita benar ikhlas dan sujud kepada perintah Allah swt semasa solat fokus utama adalah mengosongkan diri dari hal duniawi sama ada pemikiran atau bicara hati tiada unsur kelalaian. Bila hati tidak turut serta saat bermunajat kepada Yang Maha Esa yang di tanganNya segala kekuasaan, maka itulah petanda kelemahan iman.
2. At-Tafahhum(التفهم)
Berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
3. At-Ta’dziem (التعظيم)
Merasai kebesaran Allah swt disebabkan pengetahuan dan penghayatan atas kebesaran Allah swt serta kesedaran akan kehinaan dan keterbatasan diri sebagai hambaNya hingga merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah swt dan melahirkan rasa pasrah, tidak berdaya, tunduk dan khusyuk kepada Allah swt saat dilafazkan ungkapan pengagungan Allah swt.
4. Al-Haibah (الهيبة)
Merasa gerun terhadap keagungan Allah swt dan siksaanNya.
5. Ar-Raja’ (الرجاء)
Sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah swt mudah-mudahan solat yang dikerjakan diterima dan diganjari oleh Allah swt. Mengharap kelembutan Allah swt, kedermawananNya, keluasan nikmatNya, keindahan ciptaanNya dan pengetahuan akan kebenaran janjiNya, khususnya janji syurga bagi orang yang bersolat
6. Al-Haya’ (الحياء)
Merasa malu terhadap Allah swt di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat. Malu kerana merasai serba kurang sempurna dalam beribadah dan ketidakmampuannya dalam menunaikan hak-hak Allah swt tambahan pula apabila mengetahui kurang keikhlasan diri, keburukan batin dan kecenderungan kepada nikmat dunia dalam semua amal perbuatan. Sedangkan Disamping Allah swt Maha Mengetahui segenap rahsia dan lintasan hati walaupun sebesar zarah.
Khusyuk dalam solat menentukan banyak mana pahala yang akan kita peroleh dari solat kita. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua”. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari Ammar bin Yasir r.a.. wallahualam..
Firman Allah swt dan maksudnya,
وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
”Dan masing-masing memperoleh darjat-darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya”. (Surah Al-Anam ayat 132)
Semoga Allah swt mengurniakan kelembutan dan kedermawananNya kepada kita dan memberikan kekhusyukan dalam ibadah kita. Amin ya Rabbal 'alamiin.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِيِمْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ. فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
penghargaan Zulhamdi M. Saad dan ertihiduppadamember.blogspot.com

No comments:
Post a Comment