Pages

Kelopak mawar

Monday, May 20, 2013

PokPek PokPek..

Assalam alaik..

Bismillah..

Hmm rindunya nak menaip..rasanya weekend adalah waktu paling sesuai untuk bermahsabah diri... Banyak yang saya pelajari erti kehidupan dan KetentuanNya..siapalah kita sebagai hambaNya..
yang pertama...saya nak memperbetulkan  atau menambahbaik doa saya.. Bila saya amati.. selama ini saya memohon doa agar dibersihkan hati dan disucikan jiwa.. sedangkan saya tidak menyimpan dendam atau kemarahan pada sesiapa.. hati saya masih belum tenang.. masih suka mengimbau kelukaan demi kelukaan lalu.. aisshh .. x boleh jadi nih.. then baru saya perasan.. hati saya terluka.. saya tidak memohon apa2 tentang hati yang terluka.. jika badan kita sakit atau luka kita jumpa doktor makan atau bubuh ubat sepatutnya.. luka itu akan kering dan kesakitan akan sembuh... tetapi kalau hati terluka...??? kemaafan ibarat menghapuslan kesakitan tetapi bukan mengeringkan atau menghapuskan lupa..(mungkin tidak pada saya).. justeru saya perlu memohon kepada Maha Penyembuh agar disembuhkan luka sepenuhnya hati ini agar ia segar dan sihat seperti baru dijadikan..

Saya juga sedar selama ini saya mohon padaNya (hingga di depan Kaabah) agar dikurniakan kesihatan tubug badan dan jiwa disembuhkan dari penyakit yang dihidapi dikelilingi kegembiraan yang didambakan dan limpahan rezeki iaitu kemewahan yang diidamkan pada orang yang disayang...saya harus bersyukur kerana saya rasa hampir semua itu dimilikinya.. tetapi mengapa seakan tiada barakah?... Saya alpa dengan nafsu dunia.. bukankah Dia Maha Mengetahui maha Pengasih Maha Adil dan Maha Bijaksana.. apalah saya ni.. doakan agar segala keinginannya dipenuhi sedangkan KetentuanNya adalah yang terbaik bagi sidia..Jika kesihatan yang dipohon itu memudaratkannya jika kesenangan itu menyesatkannya jika kemewahan itu melalaikannya dariMu Ya Allah, maka kupohonkan agar dirinya dikurniakan segala ketentuanMu yang terbaik baginya dijalanMu yang benar.. ampunkan dosa2ku dan kedaifanku dalam memanjatkan doa2ku kepadaMu selama ini..
 
Pengajaran lain.. dari segi duit ni kan.. orang berduit.. beringatlah.. jika memberi bantuan kepada yang susah sama ada sementara ada perjanjian sebagainya.. sebagai pemberi janganlah dipandang rendah kepada penerima...keegoan tu harus dikawal..Duit yang kita peroleh itu tisak semestinya milik kita semuanya.. ada kalanya Allah swt memberi kita duit lebih sebagai ujian sama ada kita sedar atau tamak akan rezeki yang dikurniakan.. bagi saya susah macam mana sekalipun jika terpaksa 'meminjam' akan saya usahakan seberapa segera 'memulangkan'.. Akan saya pegang kukuh dalam ingatan. segala didunia hanyalah pinjaman..sementara sahaja.. maka saya perlu segera melunaskannya dikhuatiri selepas saat ini esok atau lusa ajal tiba tanpa sempat 'membayarnya'..
 
Dan terakhir... jangan mudah mempercayai..atau memberi kepercayaan... kata nak berubah..kitalah insan yang paling disayangi..tidak boleh hidup tanpa kita..berbagai lagi janji memperbaiki diri.. tetapi kalau dah keturunan ghimau tetap ghimau juga takkannya jadi ayam...(kesian ayam dan ghimau tak pasal2 lak naik nama)..kata2 janji2 tu semua kosong.. bertahan cuma setahun dua,, lepas tu back to same old character.. bersyukurlah kamu ketentuanNya kita masih bersama...
hehehe.. conpius ke?.. hanya luahan sahaja entri kali ni.. dont worry ada lagi bahan ilmiah lain menyusuli..insyaa Allah saya memohon keizinanNya..

No comments:

Post a Comment