Berikut saya lampirkan contoh Doa tawaf wida' (setelah ditapis) masa ziarah umrah tahun ini. Sekadar berkongsi.. saya ingat lagi pertama kali mengunjungi dan melihat Kaabah... mulut tergamam.. lidah kelu.. doa apa yang nak kupohon Ya Allah begitu banyak doa mencurah2 dalam hati ni tapi seolah2 tersekat dikerongkong..(persediaan dibuat sebelum pergi tapi..) dalam panik tu nasib baik saya ada buat salinan doa tawaf wida'.. doa itulah yang dibaca yang mana bersesuaian.. daripada tak terkeluar langsung.. kredit kepada Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim (semoga Allah swt memberikan kebaikan dan kesejahteraan atas usaha meramaikan orang islam beriman dan kembali padaNya).. asalnya saya membeli buku beliau Travelog Haji dan dari situ saya mendapat kesediaan mengunjungiNya.. doa ini juga asalnya daripada doa yang dipetik daripada salah satu buku/blog saya tak pasti tapi saya dah pinda untuk kesesuaian diri. saya bahasakan dalam doa ini untuk diri tetapi adalah lebih baik sebenarnya kita doakan utk sekalian hambaNya sekali.. sapa tak nak pahala lebih?..
Ya Allah segala puji2an untukMu
Ya Allah Ya Ghaffar Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Quddus
Di hadapan pintu Kaabah ini dengan rasa rendah diri aku merakamkan kesyukuran tidak terhingga kepadaMu kerana Engkau telah memudahkan segala urusanku sepanjang kehidupan hari2ku di Baitullahilharam ini menunaikan ibadah solat dan umrah. Yang telah Engkau bawa dalam hal yang Engkau sendiri mudahkan sehingga engkau jalankanku dinegeriMu ini..
Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah memelihara kesihatanku dan ahli rombongan kami selama beberapa hari kami di sini. Aku bersyukur kepadaMu kerana aku tidak diuji dan diduga dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggungi sepanjang hari2ku di Tanah Suci ini. Engkau telah menyampaikanku dengan nikmatMu dalam menolongku menunaikan ibadah umrah kali ini.
Ya Allah sebentar lagi akanku meninggalkan tempat yang penuh kedamaian dan ketenangan ini pulang ke negaraku bagi meneruskan melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu, suami/isteri, anak, ayah/ibu, rakan dan pekerja.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Allah Humma Tuhan yang memberi perlindungan, lindungilah diri ini. Engkaulah penjagaku dalam perjalanan memelihara kesejahteraan ahli keluargaku dan sahabat handaiku, keselamatan harta bendaku, kelancaran pekerjaanku semasa ketiadaanku.
Ya Rabb Aku memohon kepadaMu agar ziarah kali ini bukanlah terakhir buatku andai ajalku masih jauh. Jemputlah lagi diri ini. Bahkan ku memohon padaMu agar dimurahkan rezekiku supaya dapat lagi diri ini kembali ke rumahMu Baitullahilharam berulangkali bersama anak2ku ahli keluargaku saudara maraku sahabat handaiku menyertai mukminin dan mukminat muslimin dan muslimat dari serata dunia mengabdikan diri menyaksikan pengakuan syahadah, bertaubat kepadaMu, permohonan keampunanMu, ibadat yang bersungguh2 khusyuk dan tawadduk keranaMu, lafaz kesyukuran atas setiap rahmat nikmat dan rezeki kurniaanMu dan kata puji2an hanya milikMu di depan Kaabah yang mulia ini.
Allah Yang Maha Mendengar perkenankanlah doa2 yang kupohon dan sampaikan di rumahMu ini. Allah Yang Maha Perkasa tutuplah segala kelemahan dan keaibanku. Ya Rahim kasihilah diri ini.. Sesungguhnya Allah menepati janjiNya dan sentiasa menolong hambaNya.
Ya Allah ku memohon kepadaMu, ampunkanlah dosa2ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepadaMu sama ada dalam sedar atau alpa. Jika ia berlaku, ia bukan atas kemahuanku tetapi kejahilanku yang menyebabkan ia terjadi. Ya Allah Pencipta cakerawala, ampunkanlah dosa2 syirik yang kulakukan. Ya Allah Pemilik kebaikan abadi, baikilah setiap urusanku dan jauhkanlah diri ini daripada kehampaan kesusahan dan kehinaan di dunia dan azab seksa di akhirat.
Allahu Rabbi peliharalah diri ini dari segenap penjuru di kiri di kanan di hadapan di belakang di atas dan dibawah dan janganlah pula Engkau menjauhkan diriku dari rahmatMu. Ya Rahman, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada segala kedukaan kelemahan kemalasan pengecut kikir kedekut penghutang hasat dengki dan kekerasan musuh. Allah Yang Maha Berkuasa menghancurkan musuh2 kami dan musuh2 Islam, hancurkanlah niat hasad dengki dan iri hati mereka dengan kelembutanMu dan menjadikan mereka kembali kepada IslamMu yang benar. Bahkan kurniakan nikmat penglihatan kepadaku agar dapat ku lihat mereka yang menganiayaku dan cubaan menjatuhkanku ke dalam perangkap fitnah.
Ya Allah sangat2 kuharapkan rahmatMu dan kasih sayangMu dan aku sangat takut akan azab dan seksaanMu, maka Allahu Rabbi ampunilah diriku, kasihani dan sayangiku, lindungi dan tutupi keaibanku, tingkatkan darjatku di syurgaMu, bersihkan hatiku, sucikan jiwaku, tenangkan fikiranku dan lapangkan pemikiranku.
Ya Rahman Ya Rahim ampunkan dosa2 kedua ibubapaku. kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil. Ya Razzak permudahkanlah dan berkatilah urusan serta kehidupan anak2ku agar mereka membesar menjadi muslimin yang beriman seikhlasnya kepadaMu dan berjaya serta berwang di dunia yang banyak menyedekahkan harta wang ringgit, rajin zikir dan beramal ibadat semasa hayat mereka di dunia.
Ya Allah ku memohon padaMu masukkanlah kami (diriku,*****, anak2, ibubapa, adik beradik ipar duai anak2 buah saudara mara sahabat handai guru2 ketua2 muslimin musimat mukminin mukminat yang ,asih hidup dan juga yang telah meninggal dunia) ke dalam syurgaMu tanpa hisab. Jauhilah kami daripada dimasukkan ke dalam nerakaMu.
Ya Allah, aku memohon padaMu agar tetapkan diriku dalam menjaga urusan agama Islamku dan tetapkan keimananku kepadaMu Ya Quddus. Ya Rahim matikanlah diriku dalam keadaan husnul khatimah. Jauhkanlah matiku dalam keadaan suil khatimah iaitu azab sakaratul maut. Ya Allah akhirkanlah kalam dari mulutku dengan lafaz kalimah Laa ilahaillallah..
Ya Aziz Ya Ghafar aku memohon kepadaMu agar menjadikan kuburku sebagai salah satu taman2 syurgaMu. Jangan dibiarkan kuburku menjadi salah satu lubang lubang nerakaMu. Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa kubur.
Ya Zaljalaliwalikram berilah diriku peluang untuk minum air daripada telaga AlKauthar. Mudah2an dengan air tersebut diri ini tidak akan haus buat selamanya. Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa di Padang Masyhar dan berilah kitab catatan amalku ditangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku di tangan kiriku.
Subhanallah, permudahkanlah diri ini melintasi titian siratul mustaqim. Permudahkanlah perjalananku mengharungi dugaan dan pandangan di titian sirat ini agar sampai ke syurgaMu. Aku sangat rindu untuk bertemu dan mencium anakku yang telah lama menanti di syurgaMu. Jauhkanlah diri ini daripada terjatuh ke dalam lubang nerakaMu..Nauzubillah..
Ya Wahhab Ya Razzaq aku memohon kepadaMu agar dimurahkan rezekiku daripada rezeki yang halal banyak dan diberkati padanya seperti yang ku jagka dan tidak ku jangka sehinggakan tiada sesuatu pun dari kalangan hambaMu kuperlukan darinya selain daripadaMu. Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah untukku, jika rezekiku di dalam atau di permukaan bumi, keluarkanlah kepadaku, tatkala rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah padaku, Jika rezekiku sukar, permudahkanlah ia untukku, Jika rezekiku sedikit, perluaskan dan perbanyakkanlah untukku dalam keberkatanMu semoga diri ini sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur kepadaMu. YA Allah sebaliknya jauhkanlah diri ini daripada rezeki yang haram dan bersifat syubhah.
Ya Allah aku memohon padaMu untukku berkongsi pengalaman yang ku lalui sepanjang menunaikan ibadah umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah ini bersama *** nak, ibubapa adik beradik saudara mara dan sahabat handaiku. Ya Rahman, ceritaku kepada mereka semata-mata keranaMu. Aku mahu mereka merasai kehebatanMu, kekuasaanMu, keindahanMu dan keberkahanMu yang kurasakan sepertimana juga kelembutanMu dan kasih sayangMu bertapa dekatnya Engkau pada hambaMu ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaku dan khususnya mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci ini. Semoga diriku dan jiwaku dilembutkan dan terbuka untuk menunaikan haji pula dengan segera.. Semoga ceritaku memberi pengajara keinsafan kesedaran keazaman dan pemangkin kepada mereka untuk sama2 mendekatkan diri kepadaMu sentiasa. Semoga kami menjadi hambaMu yang soleh. Ya Allah limpahkanlah rahmatMu kepadaku sebagaimana yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh dan taat.
Ya Allah jauhkan diriku daripada sifat dan perasaan riak dan bangga diri semasa bercerita nanti. Sekiranya terdetik jua perasaan itu di hatiku, ampunanMu kupohon. Aku hanyalah hambaMu yang hina tetapi diri ini tiada daya upaya dan kekuatan menanggung azab siksaMu melainkan Engkau mengizinkan dan mengampuni dosa2ku.
Ya Rabbi aku memohon padaMu agar diberi kekuatan dan keazaman untuk istiqamah melaksanakan amal ibadahku apabila tiba di Malaysia kelak. Semoga diri ini dapat istiqamah solat berjemaah, kekal puasa pada Isnin dan Khamis, mendirikan solat2 sunat seperti Dhuha, Tahajjud, taubat dan witir, membaca ayat2Mu daripada kitab AlQuran dan tafsirannya dengan sempurna setiap hari, diringankan tangan dan anggota badan untuk bersedekah setiap hari dan menjadi pendidik dan pembimbing di jalan yang benar untuk menegakkan dan memperjuangkan agamaMu.
Ya Allah sungguh banyak lagi doa yang ingin kupohon dariMu. Namun aku juga memohon doa2 sepertimana doa2 yang dipanjatkan oleh Nabi kami yang ummi iaitu Nabi Muhammad saw dan doa yang ditolak oleh baginda Rasulullah saw juga ku menolaknya.
Berikanlah yang terbaik untuk ku dan ** anak ibuayah keluarga saudara mara dan sahabat handai kami serta mukminin dan mukminat sekalian dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat.
Salawat dan salam sejahtera kepada hambaMu, pengutusMu, kekasihMu dan Nabi kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat baginda sekalia,
Segala pujia2an hanya milikMu Ya Rahman..
Aaamiin..
No comments:
Post a Comment