Pages

Kelopak mawar

Tuesday, April 9, 2013

Takut! Hanya Pada Allah SWT jika...

Ingat lagi tak zaman kita kecil dahulu? atau mungkin ia berlaku pada anak2 atau kanak2 disekeliling anda...  TAKUT.. Astaghfirullah... kita ini manusia biasa..
 
Perasaan takut memang tersedia ada... hasutan syaitan dan godaan nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan keimanan kita dengan rasa takut bukan kepada Allah swt... dan kedua2 ini merupakan musuh utama kita umat Islam yang perlu kita berjaga2 setiap saat... Kitalah yang membentuk dan mengawalnya agar diletakkan pada tempat yang sepatutnya..

Anak2 saya dari kecil saya asuh agar perasaan takut diletakkan pada tempatnya.. alhamdulillah walaupun bertahan sementara.. tetapi disebabkan faktor persekitaran dan pergaulan di rumah taska dan sekolah.. mereka tidak dapat lari juga daripada merasakan takut bukan pada tempat sebenarnya.. Astaghfirullah.. Ya Rabb, berilah hambaMu ini kekuatan dan idea untuk memulihkan perasaan takut yang ada pada anak2 ini hanya kepadaMu..Tunjuki dan bimbinglah kami ke jalan yang benar dan janganlah Engkau pesongkan akidah kami atau membenarkan sesiapa memesongkan kami dari jalanMu yang benar sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami.. Aaamiinn..

Maka jadilah hambaNya yang bertaqwa kepada Allah dengan seikhlas dan sebenar2nya nescaya segala bentuk keturunan iblis dan nafsu dapat ditewaskan...

Tahukah anda walau sekuat mana iblis dan nafsu berusaha memesongkan akidah kita, kelemahannya tetap ada.. yakinlah sedangkan dalam Al-Quran yang merupakan firman Allah swt sendiri menegaskan
iblis dan tipu dayanya itu adalah lemah.

Apakah kelemahan iblis dan keturunannya?:

1. Para solihin.

Merujuk firman Allah swt dalam Al Quran pada surah al-Hijr ayat 39 - 40 yang merujuk kepada perbualan di antara Allah swt dengan iblis; “Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."

Ayat ini menerangkan bahawa iblis dan keturunannya itu dapat menguasai seseorang disebabkan perbuatan dosanya. Jika seseorang itu sentiasa mendekati Allah swt, iblis dan keturunannya lari dan tidak berani mendekati apatah lagi menguasai.

2. Para mukminin yang sebenar2nya beriman kepada Allah swt

Jika kita benar2 berpegang kepada ajaran agama Islam dengan betul dan mengukuhkan keimanan kita kepadaNya, syaitan dan keturunannya akan takut dan lari. Sebagai contoh dalam hadis diriwayatkan Imam Turmu-dzi, Rasulullah saw bersabda kepada Umar bin Khatab: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar”.

3. Nabi Sulaiman.

salah satu mukjizat Nabi Sulaiman as adalah dapat menaklukan jin dan sekutunya sehingga apa sahaja diperintahkan akan dipatuhi. Hal ini diceritakan dalam al-Qur’an pada surat Shad ayat 36-38, bermaksud:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu”

Ayat tersebut merupakan lanjutan kepada firman Allah swt yang mengurniakan mukjizat ini kepada Nabi Sulaiman as sempena memakbulkan doanya yang berbunyi:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setelahku” (Shad, ayat 35).

4. Tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan sekutunya boleh hadir dikalangan manusia menyerupai sesiapa sahaja tetapi tidak sesekali dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Ini dinyatakan dalam hadis sahih dikatakan: 'Rasulullah saw bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku"(HR. Muslim).

5. Tidak boleh melewati lapisan tertentu di langit

Makhluk Allah seperti jin dan sekutunya walaupun tidak dapat dilihat oleh sepasang mata manusia ia diberi kelebihan bergerak pantas, tetapi mereka tidak akan dapat melepasi lapisan tertentu di langit.. Asalnya mereka bebas bergerak naik ke langit dan turun ke bumi.. tetapi sikap jin dan sekutunya yang suka mengambil tahu rahsia di langit dan mencuri maklumat ini dan digunakan untuk menghasut dan memesongkan manusia, maka atas suatu peristiwa(saya lupa plak.. sebab saya dapat maklumat ni dari mutawif semasa mengerjakan umrah baru2 ni.. Ya Rahim, ampunkanlah kealpaan dan kecuaian hambaMu  ini) .. Nabi Muhammad saw telah berdoa kepada Allah swt agar ditutup pintu langit kepada syaitan dan sekutunya.. dan Alhamdulillah dimakbulkan doa Nabi kita maka sejak dari itu syaitan dan sekutunya tidak lagi dapat melepasi batas tertentu di langit kecuali para malaikat. Kalaupun ada diantara jin dan keturunan yang licik ini cuba membolosi lapisan langit ini mereka akan tetap binasa dan hancur. Bukankah Allah swt itu Maha Berkuasa..

6. Tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Rasulullah saw bersabda: "Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Begitu juga tutup bekas  air minum dan bekas (seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) dengan menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu kalian “(HR. Muslim).

Hmmm daripada 6 senarai kelemahan syaitan dan sekutunya.. paling kurang yang nombor 6 itu kita amalkan.. Bismillah... setiap masa sentiasa ingat dan berserah kepadaNya.. mudah2an kita akhirnya menjadi orang yang benar2 beriman dan bertaqwa kepada Allah swt dan berjumpa denganNya kelak sebagai seorang solehin.. 

No comments:

Post a Comment