Pages

Kelopak mawar

Monday, April 8, 2013

Malam pertama

Hahaha...

Bukan pasal perkahwinan yea.. tapi malam pertama selepas berpisah.. berpisah dengan dunia nyata... itulah kematian... yang mengeluarkan dan memisahkan roh dari jasad...Kubur adalah perhentian pertama jasad seorang hamba Allah yang mati atau juga disebut meninggal dunia(dunia ditinggalkan). Kubur adalah alam kegelapan. Cahaya yang dapat menerangi alam kubur ialah Kalimah La Ila IllAllah. Ketahuilah kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5x.. Kubur juga merupakan sebuah kediaman yang amat sempit, gelap, dingin, lembab, sunyi yang bertemankan ulat, ular, cacing dan makhluk melata yang menjijikkan.

Firman Allah swt bermaksud, "Setiap yang berjiwa, pasti akan merasakan mati."(QS. Ali Imran :185).

Rasulullah saw bersabda: " Ketika jenazah sudah diletakkan dalam kubur maka berkatalah kubur kepadanya, 'Celaka kamu wahai anak Adam! Apa yang membuatmu berpaling dari memikirkanku? Apakah kamu belum tahu bahawa aku adalah rumah fitnah, rumah kegelapan, rumah kesendirian da rumah cacing? Apa yang membuatmu lalai dariku ketika kamu lari lintang pukang?'. Jika ia orang baik akan ada yang mewakilinya menjawab pertanyaan kubur tersebut, 'Apakah kami tidak lihat kalau ia suka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran?'. Lalu kubur berkata,'Kalau begitu aku akan menjadi sebuah taman yang asri, jasadnya akan bersinar cemerlang dan rohnya akan naik kepada Allah Taala'". (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)..
Di satu ketika pula Ubaid bin Umair alLaitsi berkata, "Setiap orang yang meninggal dunia liang lahatnya akan menyerunya, 'Aku adalah rumah kegelapan dan rumah kesepian, jika sewaktu hidup didunia kamu taat kepada Allah swt aku akan menjadi sumber rahmat bagimu tetapi jika kamu derhaka kepadaNya aku akan menjadi penuntut balas atasmu. Aku adalah tempat bagi yang taat di mana yang memasukiku akan keluar dengan gembira dan penderhaka yang memasukiku akan keluar dengan sengsara.'"

Di sinilah penentuan kebahagiaan atau kecelakaan yang abadi. Rasulullah saw bersabda, “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka atau salah satu taman syurga.”

Arwah orang yang beriman sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah swt. Bagaimanakah roh orang yang beriman menghadapi persoalan kubur? Firman Allah swt bermaksud, 
“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hambaKu yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)
  
Jika kita lalai dan gagal membayangi kengerian alam kubur ini, hati kita akan selalu jauh dari Allah. Nauzubillah... Sebaliknya, jika kita beringat bahawa dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara atau tidak kekal, walaupun kita sedang dilimpahi kesenangan, kecantikan, kekayaan dan kedudukan status kita, airmata keinsafan akan sentiasa berlinangan mengenangi betapa kerdilnya diri kita. Lantas, kita akan sentiasa menyegerakan diri bertaubat dan sentiasa memperbaharui taubat dari hari ke hari sebagai persiapan diri mendekati alam kubur dengan penuh takzim dan kesolehan dalam melakukan amal ibadah.
Rasulullah saw selalu menasihati para sahabatnya dengan mengatakan, "Hiduplah di dunia ini bagaikan seorang pengembara." Begitu juga pesan Ibnu Umar, "Jika engkau ada hari ini,  janganlah ditunda sampai esok. Jika engkau berada petang hari, janganlah engkau tunda hingga pagi hari. Gunakanlah sihatmu sebelum datangnya sakitmu dan gunakanlah hidupmu dalam kebaikan sebelum datangnya ajalmu." 
  
Alam roh atau alam selepas kematian adalah rahsia Allah swt.. x banyak yang diketahui melainkan apa yang diceritakan oleh firmannya dalam al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam barzakh atau alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.
Riwayat daripada Ad-Dailami yang bermaksud, “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”
Renungkanlah... peringatan buatku juga
 
Aku rumah yang terpencil maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat menjawabnya.

Malam pertama... di dalam kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman, orang dicintai dan ahli keluargamu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?

Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat, "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) 
Begitulah cara beliau mengingati kematian dan membuat bekalan ke akhirat.. Kita bagaimana? Bila lagi? 
 http://hartanah2all.blogspot.com & baca-blogspot.blogspot.com dan tafsiran buku Iman Al Ghazali... 

No comments:

Post a Comment