Solat Tahajud
Merupakan suatu cara kita berhubung dengan Allah swt. Dilakukan di tengah malam dan lebih afdal kita tidur dahulu sebelumnya.Suatu ujian kepada kita kerana bila dah tdur susah mata ni nak bka.. Adoi.. in syaa Allah dengan keinginan dan keikhlasan kita kepadaNya akan dipermudahkan bangun malam dan solat berkenaan.
Tahukah anda disebalik kita melawan kesukaran bangun tidur ini Alah swt menyembunyikan suatu rahsia yang hanya sedikit sekali diketahui hambaNya. Kelebihannya amat besar di sisi Allah swt dan tinggi nilainya.
Firman Allah swt yang bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)
Inilah peluang keemasan kita mendekatiNya dan mengukuhkan hubungan dengan Maha Pencipta.
Di waktu sepertiga malam, pintu langit terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah swt dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Allah swt sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan solat malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan solat malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah swt sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia
a. Dijauhkan daripada segala penyakit
b. Terpancar kesan takwa pada air mukanya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Kurniaan di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat di tangan kanan.
wallahualam.. mudah2an solat tahajjud dan solat fardhu kita serta doa kita dimakbulkan..
No comments:
Post a Comment