Allah swt Sayang
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ atau fitnah itu ada baik dan buruknya. Petikan Surah al-Anbiyaa’ yang maksudnya;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami kamu semua akan dikembalikan." [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah swt menguji hambaNya dengan musibah pada satu waktu, dan menguji dengan kurniaan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Beliau juga menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat di atas, bahawa Allah swt menguji hambaNya sama ada dalam bentuk kecelakaan dan kesenangan, kesihatan dan kesakitan, kemewahan dan kemiskinan, perkara halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, serta hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Jika kita amati perjalanan hidup kita ke hari ini, dugaan kurniaan Allah swt kepada hambaNya melalui dua bentuk samada dalam dua bentuk, kesenangan dan kesengsaraan. Cubaan dari segi kesihatan fizikal dan mental, kematian, kewangan, kerjaya, perhubungan, kaya miskin, senang susah, sibuk lapang, takut berani, gembira sedih, rendah gemuk kurus, sihat sakit, muda tua, cinta kasih sayang benci dendam, jauh dekat, rindu, marah seronok lucu seram, mewah melarat, sunyi, besar kecil tinggi, buta celik dan berbagai lagi yang kadang kala tidak terjangkau oleh akal kita.
Ibnu ‘Abbas menafsirkan setiap orang berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya berdasarkam firman Allah swt dalam surah al-Baqarah,
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Al-Baqarah: 286]
Anas bin Malik menyatakan Rasulullah saw bersabda;
[Riwayat al-Tirmidzi]
[Al-Baqarah: 286]
Anas bin Malik menyatakan Rasulullah saw bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
"Sesungguhnya besar ganjaran itu dinilai bersesuaian dengan besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa redha dengan musibah yang menimpa, maka dia memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa marah (tidak redha) maka padanya kemurkaan Allah."[Riwayat al-Tirmidzi]
Dugaan dariNya juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan suatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya(dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui orang yang benar-benar beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta."
[al-Ankabut: 2-3]
[al-Ankabut: 2-3]
Orang beriman dijanjikan sesuatu yang istimewa di dunia dan akhirat seperti firman Allah swt bermaksud: “Dan orang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 7).
Ayat 214 surah al-Baqarah menyentuh tentang pertolongan Allah swt dan ganjaran bila manusia bersabar semasa melalui ujianNya iaitu;
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
[Al-Baqarah: 214]
[Al-Baqarah: 214]
Orang beriman tidak bersangka buruk kepada Allah atau mudah berputus asa daripada berusaha untuk mendapatkan rahmat serta pertolonganNya. Sehebat mana pun ujian diturunkan Allah, mereka tetap bersabar, tabah dan mematuhi segala perintah wajib dilaksanakan dan wajib ditinggalkan sebagai seorang Muslim.
Allah swt meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka. FirmanNya disebutkan, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah: 45).
Bukan mudah menyabarkan diri dalam menghadapi ujianNya, sebab penyabar itu dianggap mahal dan tinggi nilainya dan merupakan sikap terpuji. Allah swt memerintahkan supaya bersabar dalam firmanNya yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan Muslim, bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.
Berpeganglah kepada pesan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87).
Orang beriman sentiasa berusaha berbuat kebaikan, memastikan akhlak diri terbaik dan berlumba-lumba sesama mereka untuk menjadi hamba yang dekat kepadaNya disebabkan tahap keimanan dan kecintaan mereka yang sangat tinggi kepada Allah swt. Kerana mereka berpegang pada janji Allah swt bahawa keikhlasan mereka bersabar dan taat perintah Allah swt akan diberi ganjaran memperoleh rahmat dan syurgaNya.
Marilah kita bersaing untuk menjadi antara hambaNya yang beriman yang sebenar2nya walaupun kita diuji dari semasa ke semasa kerana Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
FirmanNya bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang beriman serta mengerjakan amal soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurniaNya. Dan orang kafir bagi mereka azab yang sangat keras.” (Surah Asy-Syura: 26).
No comments:
Post a Comment