Pages

Kelopak mawar

Friday, April 5, 2013

Angan-angan dan taqwa

Assalam alaik..

Perkataan tu sahaja mengingatkan kita kepada Mat Jenin.. Siapa yang tidak pernah berangan-angan?...
Salah satu sikap saya di masa kelapangan adalah berangan-angan atau berkhayal dsbgnya.. mungkin dulu sekarang dah mula dikurangkan..in syaa Allah.. moga allah permudahkan azam perubahan diri saya.. saya tak mahu tergolong dalam kumpulan kawan syaitan..

Rasulullah saw pernah bertanya kepada sahabatnya, " Apakah kalian semua ingin masuk syurga?", Para sahabat menjawab,"Tentu sekali wahai Rasulullah".. Baginda lalu bersabda," Kalau begitu jangan banyak angan-angan. Letakkan ajal kalian di depan mata. Dan malu lah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh" (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)..

Hadis Riwayat Muslim menyatakan bahawa Anas berkata Rasulullah saw bersabda," Anak cucu Adam itu boleh nyanyuk dan ada 2 hal yang menyertainya iaitu keserakahan(tamak) dan angan2." Nauzubillah...

Kenapa orang suka berangan2?.. sebab tahap cintakan dunianya masih tinggi masih tebal.. mahukan keseronokan, kenikmatan, kemewahan, harta benda dan juga disebabkan kebodohannya yang memikirkan perasaan 'muda' kekal... Jadi angan2 tidak bagus.. sebab ia memberi kelalaian kepada manusia.. bila berangan2.. masa terbiar... jika ada hasil/keputusan dihujung angan2 x mengapa jua.. tapi yang pasti dipenghujungnya angan2 hilang begitu sahaja..

Ambil iktibar pesanan Rasulullah saw kepada Abdullah Bin Umar, baginda bersabda,
"Jika kamu sedang berada pada pagi hari, janganlah kamu berbicara kepada dirimu sendiri tentang petang hari nanti. jika kamu sedang berada pada petang hari, janganlah kamu berbicara kepada dirimu sendiri tentang pagi hari, Jadikan hidupmu sebagai modal untuk menghadapi hari kematianmu dan jadikan sihatmu sebagai modal untuk menghadapi hari sakitmu. Sesungguhnya kamu wahai Abdullah esok sudah tidak tahu siapa namamu."(Hadis riwayat Ibnu Hibban)..

Dalam salah satu petikan khutbah Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga ada menyatakan perkara yang hampir sama.."Setiap perjalanan perlu membawa bekalan. Oleh itu jadikanlah taqwa kepada Allah swt sebgai bekal perjalanan ke negeri akhirat. Jadilah seperti orang yang telah melihat pahala dan hukuman yang telah disiapkan oleh Allah swt. Tanamkan perasaan cemas dalam diri. Jangan disiakan waktu sehingga hati menjadi keras lalu tunduk mengikut musuh kalian. Demi Allah, tidak akan leluasa angan-anagn seseorang yang tidak tahu apakah ia masih mendapati waktu pagi ketika ia sedang berada di waktu petang dan apakah ia masih mendapati waktu petang sedangkan ia berada di waktu pagi. mungkin antara kedua2 waktu itu ada kematian."..

Dalam menyampaikan khutbah terakhir Khalifah ini menangis teresak2  sehinggakan basah janggutnya.. Berikut adalah petikannya"Wahai manusia, sesungguhnya kita tidak diciptakan secara sia2dan tidak dibiarkan begitu sahaja. sesungguhnya kita memiliki tempat kembali. Allah akan mengumpulkan kita di sana untuk memutuskan dan mengadili apa yang telah terjadi kepada kita di dunia. Akan rugi dan celaka seorang hamba yang dikeluarkan Allah swt dari rahmatNya yang meliputi segala sesuatu dan dari syurgaNya yang seluas langit dan bumi. Pada hari itu keselamatan hanya bagi mereka yang takut, yang bertaqwa, yang rela menjual sesuatu yang sedikit dengan sesuatu yang banyak, menjual sesuatu yang fana' dengan yang kekal, menukar kecelakaan kepada kegembiraan. Apakah kita tidak sedar bahawa sesungguhnya kita termasuk orang2 yang akan mati dan kita akan digantikan dengan keturunan lain yang lahir selepas kita. dan apakah kita tidak sedar setiap pagi dan petang kita mengiringi jenazah yang pulang kepada Allah swt Yang Maha Mulia lagi Maha Agung kerana telah habis masa hidupnya dan terputuslah angan2nya? Kita semadikan jasad diliang lahat tanpa bantal dan hamparan. Ia telah meninggalkan segala kesenangan dan berpisah dengan orang2 yang dicintai untuk menghadapi perhitungan amal dan peristiwa hisab. Demi Allah aku katakan ini dengan sedar bahawa tidak ada seorang pun dosanya lebih banyak daripadaku. tetapi itulah sunnah Allah yang adil dan dengan sunnah itulah aku menyuruh kalian untuk patuh kepadaNya dan melarang kalian menderhakaiNya. Aku selalu memohon keampunanNya" Khalifah ini wafat sebelum sempat kembali ke tempat duduknya... sedekah AlFatihah untuk Khalifah...

cam mana? nak berangan2 lagi... sudah terang lagi bersuluh... gantilah dengan zikrullah.. mengisi masa terluang dengan perkara2 yang disukaiNya... Segeralah beramal kebajikan untuk diri dan ummah dan ingatlah keparahan akibat menunda2..wallahualam..

No comments:

Post a Comment