Pages

Kelopak mawar

Monday, April 15, 2013

Titian Ke Syurga Di bahangi Neraka

Setelah dihisab di Padang Masyhar, manusia akan di'iring' ke Sirat.. Sirat/Siratul Mustaqim merupakan jambatan atau titian curam dan tipis yang lebih tajam daripada pedang dan sangat halus daripada rambut. Ia merupakan jambatan penghubung antara Padang Masyhar dengan syurga yang terbentang di bawahnya jurang neraka.

Anas Bin Malik berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sirat itu setajam pedang atau setajam rambut. Sesungguhnya malaikat akan menyelamatkan orang yang beriman lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Jibri as akan merangkulku. Dan sesungguhnya aku berdoa, "Ya Allah, tolong selamatkan! Ya Allah, tolong selamatkan!"

Diceritakan bahawa orang yang istiqamah di jalan lurus (jalan Allah swt) semasa di dunia akan melaluinya dengan mudah dan selamat tetapi bagi mereka yang menyimpang daripada tuntutan Allah swt dan ajaran Nabi Muhammad saw akan memikul beban dosa yang berat dipunggungnya tatkala menapakkan kaki di sirat ini akan kegelinciran jatuh ke dalam neraka.nauzubillah..

Bayangkan yea ketika melalui sirat ini dahlah kegerunan malu dsbgnya semasa Allah menghisab amalan kita di dunia belum reda, sebelumnya pula kepenatan kehausan dan kelemahan mengharungi saat2 di Padang Masyhar, kini kita terpandang pula Neraka Jahanam di bawah dasar Sirat ini  dan telinga kita pekak dek bunyi gemuruh gejolak api neraka jeritan ahli neraka(manusia terdahulu melalui sirat) dan di depan kita kelihatan orang2 yang tergelincir jatuh ke dalam api neraka akibat dipaut oleh pengait dan pencakar yang berduri tajam dan berbisa...

Diselitkan bahawa semasa manusia meniti titian sirat ini manusia dibantu oleh cahaya amalnya berdasarkan Ibnu Mas'ud yang meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud." ...Kemudian Allah swt berfiman kepada mereka: 'Angkatlah kepala kalian!'... Allah mengurniakan mereka cahaya sesuai dengan kadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang diberi cahaya sebesar gunung menjulang tinggi dihadapan mereka, Ada dikurniakan sedikit cahaya. Ada yang dikurniakan cahaya hanya sebesar butir kurma. Dan ada yang dikurniakan cahya lebih kecil dari itu. Yang paling sedikit adalah orang yang diberi cahaya di ibu jari kakinya dan cahaya itu kadang menyala kadang padam. Ketika menyala ia boleh melangkahkan kakinya ke depan dan berjalan. Dan ketika cahaya itu padam ia hanya boleh berdiri."

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Sirat dipasang di antara kedua tepi Jahanam dan aku adalah yang pertama menyeberanginya. Pada saat itu, hanya para rasul yang berbicara. Doa yang mereka panjatkan pada saat itu hanyalah "Ya Aah, tolong selamatkan! Ya Allah, tolong selamatkan!". Di dalam neraka terdapat besi pengait mirip duri pohon sa'dan(tumbuhan dipenuhi duri pada segala sisinya). Apakah kalian pernah melihat duri2 pohon sa'dan?"
Para sahabat yang mendengar menjawab."Pernah wahai Rasulullah"
Baginda bersabda lagi," Ya, besi pengait itu sungguh seperti duri sa'dan. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui besarnya. Duri2 itu menyambar manusia sesuai amal perbuatan mereka. Di antara mereka ada yang binasa berkat amalnya sendiri dan ada di anatara mereka yang terluka parah tetapi kemudian terhasil selamat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Usai Allah swt menyeru, “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan panjangnya sejauh 5000 tahun perjalanan!”..manusia akan di'iring' ke Sirat

Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka) menyeru “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya adala pelepasan dari Allah swt..Maka dia akan teselamat. jika sebaliknya, dia akan terjatuh ke dalam neraka.. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari. Katakan kepada orang yang  diberatkan agar berjalan.. ”

Nabi Muhammad saw bersabda kepada malaikat Malik “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah swt ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi, Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu,"  

Tempoh meniti Siraat atau panjang Siraat yang akan dilalui oleh seseorang adalah bergantung kepada keimanan atau amalan seseorang. Terdapat 4 sumber atau tempoh masa yang akan dilalui oleh manusia iaitu:

1. Menurut Al-'Allaamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab 'Bahjah An-Nufuus' (Syarh Al-Bukhaari: 2:27).  Mengatakan bahawa Sirat itu mempunyai 7 sekatan pemeriksaan di mana setiap sekatan memakan masa 3,000 tahun perjalanan, dan seandainya tertahan pada satu sekatan, maka terpaksalah menunggu 1,000 tahun. Ini bererti semuanya memakan masa 28,000 tahun (jika tersekat kesemuanya)

2. Menurut berita menerusi Fudhail b. 'Iyaadh pula tempoh ,masa menyeberanginya adalah selama 15,000 tahun(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 5,000 tahun
ii) Menurun selama 5,000 tahun
iii) Mendatar selama 5,000 tahun

Fudhail b. Iyaadh berkata: "Sampai berita kepada kami bahawa panjang Siraat itu ialah kadar perjalanan 15,000 tahun iaitu 5,000 tahun perjalanaan mendaki, 5,000 tahun perjalanan menurun dan 5,000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang." (HR Ibnu 'Asaakir, Rujuk Kitab Aqiidah An-Naajiin)
3. Menurut berita menerusi Mujaahid dan Dhahhaak ialah selama 3,000 tahun (belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 1,000 tahun
ii) Mendatar selama 1,000 tahun
iii) Menurun selama 1,000 tahun (Rujuk Bahrul Maadzi)

4. Seterusnya menurut suatu sumber lain ialah selama 21,000 tahun di mana tempoh mendaki, mendatar dan menurun masing-masing 1,000 tahun.(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) "Di atas Siraat itu terdapat 7 kaunter, manakala setiap kaunter memakan perjalanan 3,000 tahun, di mana ditambah lagi 1,000 tahun mendaki, 1,000 tahun mendatar, dan 1,000 tahun menurun, ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan keadaannya lebih gelap daripada kegelapan malam." (Al-Hadith)

Apapun perbezaan besar tentang pernyataan tempoh melalui Siraat ini bergantung kepada keimanan dan amalan masing-masing. Setelah dibandingkan, perjalanan paling lama melintasi Siraat itu adalah mungkin (merangkak/mengesut) 28,000 tahun (kes 1 & 2); 25,000 tahun (menurut suatu riwayat) 22,000 tahun (kes 2); 10,000 tahun (kes 3). Manakala yang paling cepat dihisap ialah sekelip mata.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirath yang berada di atas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah-tengah neraka jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jembatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam daripada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang ujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.

Gambaran pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:
  • Pos pertama iman,
  • Pos kedua solat,
  • Pos ketiga zakat,
  • Pos keempat puasa,
  • Pos kelima haji dan umrah,
  • Pos keenam wuduk dan mandi wajib,
  • Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.
Jika seorang hamba meloloskan dari semua pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.

Malaikat Malik setelah memalingkan mukanya dari  umat Nabi Muhammad saw yang akan melintasi titian ini. Dipecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad saw akan mendahului lalu bersabda;

“Ikutlah aku wahai umatku di atas sirat ini! ”
Nabi Muhammad saw melintasi sirat bersama orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan disusuli orang yang taat selepasnya. Di hadapannya ada bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas kepalanya.

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang dipadu

4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan kelima berlari

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas punhhung mereka. Nabi Muhammad saw berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda akan menarik tangan umatnya itu dan membangunkannya kembali.

8.Sesiapa yang berada dalam kumpulan ini akan menarik2 muka sendiri dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa. Bagi yang buruk perangainya didunia akan menyeru"Wahai Muhammad" Nabi Muhammad saw pula berkata “Tuhan! Selamatkanlah mereka! Selamatkan mereka!”

9. dan  10.Sesiapa yang berada dalam dua kumpulan ini akan tertinggal di sirat kerana tidak diizinkan untuk menyeberanginya.

Ya Rasulullah,begitu banyak pengorbananmu kepada Umatmu!Sehinggakan di akhirat juga kekasih yang dicintai Allah swt ini masih menolong kami. memberikan kami syafaat tapi kami selalu melupakanmu selalu terlupa berselawat ke atasmu,sedangkan kami tahu bahawa hanya engkau sahaja yang dapat memberikan kami syafaat dan hanya engkau sahaja yang dapat menolong kami di akhirat kelak!

Merekayang tergolong dalam kumpula 9 & 10 ini melakukan dosa besar dan akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama iaitu sirat.Ia dipanggil “tempat teropong”.Kaki mereka akan tergantung di sirat.
Nabi Muhammad saw memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah swt supaya kita termasuk di dalam keutamaan ini dan menjadi sebahagian dari mereka. In syaa Allah

Dalam suatu riwayat diceritakan 'Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka.

Allah swt berfirman dalam Surah Maryam:
Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang yang bertaqwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." .



Bacaan lanjut boleh dirujuk YB Dato Hassan Din yg bertajuk " Titian Siratul Mustaqim : Dimana letaknya" dan 'Bagaimana Meniti Siraat Al-Mustaqim' oleh Abdullah Al-Qari Salleh

No comments:

Post a Comment