Rakan2 dan ahli keluarga memberi sokongan moral.. dikatanya.. bertuah ko nak in syaa Allah masuk syurga.. anak itu nanti akan memimpin mu... Benarkah?
Baru2 ni saya terbaca di mana ntah.. begini petikannya..
Diriwayatkan bahawa di salah satu pintu syurga terdapat sepohon pokok yang sangat banyak dahannya.
Bilangannya tidak terkira... hanya Allah swt sahaja yang tahu. Di atas dahan tersebut terdapat kanak-kanak yang telah meninggal dunia semasa di dunia ketika pada umur mereka belum baligh. Apabila melihat ibu bapa mereka di titian sirat dan hampir ke pintu syurga, kanak-kanak ini akan mengiringi dan menyambut ibu bapanya memasuki syurga. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Diberikan ibu bapanya minum kerana mereka tahu ibu bapa mereka amat kehausan akibat melalui hari kebinasaan/kiamat.
Hanya tinggal bayi atau kanak-kanak yang belum pernah atau tidak sempat melihat ibu dan bapa mereka di dunia. Puas menanti tidak juga dapat melihat kelibat ibu dan bapa mereka yang dirindui. Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Suara tangisan mereka semakin kuat.
Golongan kanak-kanak itu berkata “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapaku!” Mereka berkata lagi“Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia!”
Malaikat berkata kepada mereka “Bapa dan Ibu kalian terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima disyurga akibat dosa yang dilakukan di dunia”
Kanak-kanak ini terus menangis malah lebih nyaring dari sebelumnya dan berkata “Kami akan duduk menanti mereka di pintu syurga, semoga Allah swt mengampuni dan menyatukan kami dengan mereka”
Tatkala baginda Rasulullah saw menghampiri pintu syurga, kanak-kanak ini akan meninggikan tangisan Mereka. Rasulullah saw bersabda “Apa yang telah berlaku pada kanak-kanak ini?”
Malaikat menjawab,”Mereka menangis kerana berpisah dengan ibu bapa mereka”
Rasulullah saw bersabda “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberikan syafaat kepada mereka. In syaa Allah”
Nah!.. (mengalir air mata keibuanku... tersedar dr kealpaan dibuai kemewahan dan kesenangan duniawi sedangkan setiap detik ajal menghampiri... insaf)
Sungguh kasihan anakku.. Ibumu ini banyak membuat dosa.. Walaupun ibu telah bertaubat dan sentiasa bertaubat serta beristigafar.. moga Allah swt menerima taubat dan mangampunkan segala dosa2 ibumu ini.. Ibu akan memperbanyakkan amal memperbaiki ibadah seterusnya menjadi hambaNya yang solehah.. ini azam ibu..Moga Luqman dapat meminpin ibu masuk ke syurgaNya... Ibu juga akan menasihati dan menyampaikan berita ini kepada adik2mu.. moga kita sekeluarga dapat bersama di syurga yang kekal abadi...
No comments:
Post a Comment