Maha suci Allah yang mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya
Maha suci Allah yang banyak memperlihatkan kekuasaan ciptaan dan anugerahNya di muka bumi untuk hambaNya memiliki tempat tinggal yang tetap dan memperoleh rezeki yang halal bagi sesiapa yang mensyukuriNya
Maha suci Allah yang memperlihatkan rahmatNya di dalam syurga Firdausi sebagai ganjaran bagi mereka yang sabar dan tetap keimanannya pada Allah swt walaupun sarat diuji dan diduga
Maha suci Allah yang memperlihatkan kekuasaan pengadilanNya di neraka Jahannam bagi mereka yang mengingkariNya
Maha suci Allah yang menceriakan segala lautan mewarnai muka bumi dan menyinari angkasa ini
Maha suci Allah yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata2
Alahuakbar3x,
Cukuplah Allah swt bagiku... Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar2nya melainkan Allah swt Yang Maha Berkuasa tiada sekutu baginya... Dialah Tuhan yang Berkuasa atas setiap sesuatu... Tuhan yang memerintah sekalian alam... BagiNya segala pujian Dan Dialah pemilik 'Arasy yang Agung..Hanya padaNya kami bertawakkal
Cucuran rahmat dan limpahan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad saw yang ummi ahli keluarganya dan para sahabat yang dikasihi baginda Rasulullah saw.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Kelu lidah atas perbuatan kejahatan maksiat dan zina yang telah kulakukan
tidak ada jalan bagiku selain bertaubat dan kembali kepadaMu
Dengan rasa rendah diri dan hinanya hambaMu ini, aku memohon keampunanMu ya Allah.
dengan linangan airmata keinsafan ini aku menyerahkan segalah urusanku dan diriku kepadaMu Ya Rahman.. Aku sangat2 berdosa kepadamu Ya Allah...Ya Allah aku telah mensia2kan masa mudaku tidak taat kepadaMu aku sengaja melakukan dosa
hidupku dibuai kelalaian leka dan alpa dikaburi kemewahan yang bersifat sementara dan jauh tersesat dari jalanMu
Ya Aziz Ya Ghaffar
Sekiranya Engkau menyayangi orang yang taat dan soleh ke manakah lagi aku yang berdosa ini hendak mengadu! Ya Allah jangan biarkan hambaMu yang sedang kegelapan ini teraba-raba demi mencari cahaya hidayahMu
Maha suci Allah Sangat besar hujahMu kepadaku tidak berupaya aku menolaknya kecuali Engkau mengampunkan aku dan memberiku rahmatMu.. Aku sedar kini Aku insaf Aku datang kepadaMu bersama pengakuanku atas segala kejahatan maksiat dan zina yang telah kuperbuat.. Aku datang kepadaMu mengakui segala dosaku..dan aku ingin bertaubat kepadaMu..Bantulah diri yang dhaif ini.. Hanya padaMu tempatku memohon..
Benar firmanMu.. sesiapa berbuat kebajikan, mereka mendapat kemenangan dari rahmatMu sebaliknya sesiapa yang melakukan kejahatan, kebinasaanlah yang diperoleh..
Aku sangat mengharap padaMu Ya Allah.. keampunanMu kasih sayangMu dan aku memohon syafaatMu..mudah2an aku memperoleh rahmatMu.. rahmatMu yang sangat luas Ya Allah..
Terimalah aku dengan limpahan kemaafanMu, jua ampunkan segala dosa2 kedua bapa kami, dosa suami/isteri kami, anak2 kami, adik beradik kami, saudara mara kami sahabat handai kami guru2 kami ketua2 kami para muallaf muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, gugurkan dosa2 kami, bersihkan hati2 kami, sihatkan tubuh dan jasmani badan kami, perelokkan pendengaran dan penglihatan kami, terangkan dan lapangkan kubur kami, beratkan timbangan amal pahala kami lapangkan dan mudahkan perjalanan meniti titian siratulMustaqim kami serta masukkan dan tempatkan kami di darjat yang tinggi di dalam syurga Jannatun Naim..
Ya Allah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa tutuplah segala kelemahan dan keaiban kami daripada segala yang memalukan kami, terimalah rayuan hambaMu yang sangat berhajat kepadaMu yang ketakutan mengenangkan azabMu terhadap diri yang penuh dosa akibat kelalaian alpa dan terpengaruh dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu. Ya Rahman, kasihanilah kami
Ya Allah Tuhan yang menurunkan keberkatan yang menciptakan langit dan bumi dan isinya, bergema disisiMu suara yang meminta dengan berbagai bahasa, memohon hajatnya dan aku juga memohon kepadaMu dengan penuh harapan jangan lupakan aku Ya Allah
Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram dan seluruh tempat di muka bumi ini tidaklah dimiliki oleh sesiapa pun melainkan Allah swt. Engkaulah Pencipta Engkaulah Pemilik Cakerawala dan Engkaulah Penguasa Hari Kebinasaan dan Pembalasan..
Ya Rahman, bukakanlah hati kami lembutkanlah jiwa ini dan murahkanlah rezeki kami agar kami berpeluang berterusan mengunjungi rumahMu untuk bertaubat melafazkan kesyukuran dan kepujian kepadaMu dan beramal ibadat serta menziarahi makam Rasulullah saw sama ada melalui ibadah ziarah umrah dan haji dalam keadaan sihat baik dan umur yang panjang dan diberkati menyahut seruan dan panggilanMu. In syaa Allah kami akan selalu ke rumahMu.. Ya ZalJalaliwalikram, jemputlah kami
Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, Aku berlindung kepadaMu daripada kegelisahan, dukacita kelemahan kemalasan sifat kikir pengecut keberhutangan dan penindasan manusia. Engkaulah teman Mulia sepanjang perjalanan kehidupanku di dunia ini dan Engkaulah penjaga keselamatan diriku ahli keluarga ku harta bendaku saudara maraku dan sahabat handaiku. Tuhanku, jauhkan kami daripada pekerjaan dan orang yang menjauhkan kami daripadaMu.
Ya Aziz, Kami memohon kepada Mu kurniakanlah segala kebaikan dan ketaqwaan kepada kami sepanjang perjalanan kehidupan ini, keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar2nya, hati yang khusyuk tawaduk kepadaMu, Bibir basah melisani nama2Mu dan pujian bagiMu, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, keluasan rezekiMu, amalan yang Engkau redhai dan ubat penawar bagi segala penyakit.
Ya Ghaffar, Kami memohon agar didekatkan dan dipermudahkan perjalanan dan urusan kami ini dan kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan kekuatan menunaikan dan memperbanyakkan ibadat dan memelihara harta benda kami. Peliharalah kami dari depan belakang kanan kiri atas dan bawah kami daripada ancaman ap ajua musuh yang cuba menyesatkan kami. Sampaikanlah maksud kami ini yang Engkau sahaja Maha Mengetahui
Ya Rahim Engkaulah bersifat sejahtera, kurniakanlah kami kesejahteraan dan masukkanlah kami sekalian dalam peliharaanMu di dunia dan di akhirat serta keselamatan dan dijauhkan kami daripada Azab seksa api neraka.
Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,
Janganlah Engkau mengurangi nikmatMu daripada kami bahkan jadikanlah kami orang yang selalu bersyukur atas nikmat rahmat dan rezeki yang Engkau kurniakan
Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, sesungguhnya Engkau mendengar rintihan dan doa2kami, melihatkan keadaankami, Engkau Maha Mengetahui rahsia alam..
Ya Hannan Ya Mannan Aku tahu ajal maut berada ditanganMu sekiranya sampai ajal kami kami abadikan kepadaMu penyaksian dua kalimat syahadah dan perjanjian kami dari saat kami dilahirkan kini sehingga hari kiamat iaitu kami bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu baginya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw hambaNya dan pesuruhNya. Maha suci Allah yang mempunyai keagungan dan kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan.
Allahuakbar3x, Ya Allah sempurnakanlah ajal kami dengan limpah kurniaMu mudahkanlah kami menghadapi saat sakaratulmaut dan mudahkanlah segala laluan yang boleh membawaku mendapat keredaanMu dan sentiasa dekat padaMu Perelokkanlah segala amalanku dalam apa jua keadaan Wahai Tuhan yang menolong orang yang kesesatan dan kebingungan Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, yang mendengar segala bisikan hati dan tumpuan segala rintihan.
Ya Rabb Peliharalah kami dan para muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat daripada keburukan aib dan fitnah dunia dan kerosakannya. Ya Rahim, jadikanlah taubat kami taubat yang bersungguh2 sebelum mati, mendapat keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan yang memperoleh syurga dan keselamatan daripada azab api neraka, dengan belas kasihanMu Ya Rahman Yang Maha Mulia yang Maha Pengampun.
Segala pujian tertentu Hanya padaMu Allah swt Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam Salam sejahtera kepada sekalian rasul dan elawat dan salam buat junjungan kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
Aaamiiinn
No comments:
Post a Comment