Ini ada lagi satu doa yang diselitkan bersama pembukuan Doa Arafah (entri saya hari ini).. tidak dinyatakan sumbernya.. tiada dalam bahasa arabnya.. hanya dalam bahasa Melayu.. sekadar berkongsi..
"Allah Humma Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam, yang mengaturkan segala urusan, yang menentukan pertemuan dan perhimpunan, dan engkaulah Tuhan yang memuliakan bani insan, dan mendengar segala permintaan dan permohonan.
Allah Humma Ya Allah, dengan kalimah Subhanallah, kami akui kesucian dan kesempurnaanMu Tuhan, segala zat dan sifat yang tidak ada bandingan. Dengan kalimah Alhamdulillah, kami mengucapkan kesyukuran di atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan. Dengan kalimah Nauzubillah, kami berlindung daripada hasutan syaitan dan kejahatan manusia. Dengan kalimah Astaghfirullah, kami memohon keampunan di atas segala dosa dan kesalahan di samping berazam untuk melakukan perintah dan suruhan serta meninggalkan segala larangan.
Allah Humma Ya Allah, pada hari yang bersejarah penuh dengan keberkatan, Engkau menyaksikan hamba2Mu berkumpul menadah tangan, mengharapkan keredhaanMu, semoga mendapat rahmat dan keberkatan dengan mengurniakan segala kemudahan, semoga tercapai hasrat dan tujuan untuk mendapat haji mabrur, hidup dalam kebahagiaan, aman dan damai di dunia dan akhirat, berkekalan aman semasa di Baitullahilharam.
Allah Humma Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada kami sekalian sifat2 terpuji dan daya usaha yang tinggi seperti sifat sabar, tekun dan kebersihan hati sehingga Engkau jadikan keluarga kami keluarga yang memberikan ketenangan hingga melahirkan zuriat yang soleh, berilmu, beriman dan beramal di jalan Rabb kami untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah Humma Ya Allah, Ya Rabbana Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kekuatan iman, keselamatan dan kesihatan khususnya kepada kami yang berwukuf di Padang Arafah untuk meningkatkan usaha ke arah kejayaan akhirat dengan berpandukan AlQuran yang berterusan daripadaMu Ya Allah sebaik2 jalan dan keredhaan.
Allah Humma Ya Allah, Ya Mu'al Lifal Qulub, Ya Allah, Engkaulah yang menjadikan hati kami bernaung di bawah lambang persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakah untuk kebaikan, hindarkanlah hati kami sifat yang keji seperti hasad dan dengki di antara kami. Sebaliknya tanamkanlah di sanubari kami sifat terpuji seperti sifat sabar, tekun melaksanakan amanah dan tanggungjawab, perintah dan suruhan dengan penuh keikhlasan kepadaMu.
Allah Humma Ya Allah, tenteramkanlah hati kami ketika beribadah khusyuk dan tawadduk sehingga Engkau kurniakan kepada kami kelazatan beribadah.
Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam iman dan keberkatan, murahkan rezeki kami, terangkanlah hati kami, teguhkanlah keimanan kami kepadaMu, terimalah amal perbuatan kami, dekatkanlah kami kepada jalan kebaikan, jauhkan kami dari sifat2 dan perkara buruk, kabulkan hajat kami untuk mendapat redhaMu dengan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat baginda sekaliannya."
Aaamiiiin Ya Rabbal A'lamin.
Hah.. tu dia.. sekian dahulu entri saya utk hari ini.. ado koje lain lagi yang perlu dibereskan.. Mudah2an kita sama2 mendapat keberkatan daripada doa2 ini...Rasa2nya minggu ni adalah minggu entri doa je..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment