Pages

Kelopak mawar

Wednesday, April 3, 2013

Hati vs Hati @ Hati-Hati

 

Entri ni sebenarnya pasal hati iaitu salah satu organ dalaman manusia bukannya hati perasaan manusia yang tidak tergambar bentuknya cuma dirasakan secara batinnya... perlu saya terangkan sebab banyak sangat yang berkait dengan perkataan 'hati' ini.. so kenalah ber'hati-hati'...(sesuai dengan tajuknya kan)
 
Dalam entri sebelum ni ada saya nyatakan usaha diri untuk mengurangkan lemak dibadan kan.. dalam kealpaan mengurangkan berat badan dan mengecilkan saiz badan itu sendiri saya tak perasan ada lagi satu lagi komponen yang saya perlu uruskan.. tula dulu time sekolah ngelat.. elak sangat subjek Biologi ni..
 
Hati atau haper berperanan penting untuk proses metabolisma dalam badan manusia. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Hati manusia dewasa seberat antara 1.3 - 3.0kg. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan dan merupakan organ kedua terbesar serta kelenjar terbesar dalam tubuh manusia. Letaknya di bawah rusuk kanan badan manusia.Ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu. (pernah tengok hati lembu/kobao/ayam? bentuk lebih kurang sama je tapi saiz berbeza)
 Fungsi hati adalah:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen dalam hati sekitar 90 mg/dl
  • Menyimpan vitamin A, D, B, zat besi dan tembaga serta garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin yang berfungsi sebagai pengendali cairan didalam darah dan ginjal.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus dan menyaring darah.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua. Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
  • Membuat hempedu dan menghasilkan cairan hempedu yang membantu proses pencernaan dalam penyerapan lemak.
  • Membantu tubuh dalam menyerap dan mengurai ubat-ubat yang masuk dalam tubuh ketika sakit. Contoh seperti jenis barbiturates, sedatives, dan amphetamines
  • Memproses, mengurai dan mengikat lemak pada protein termasuk kolesterol. Gabungan lemak dengan protein disebut lipoprotein yang didalamnya terdapat Chylomicron, VLDL, LDL, HDL
 Maka, bagi mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan khususnya yang mahukan lemak2 dibadan itu disingkirkan, hendaklah terlebih dahulu memastikan pemakanan yang diambil ada kebaikannya kepada organ hati kita...antaranya bawang/bawang putih, bunga kobis, brokoli, kobis, buah2an anti oksidan seperti kumpulan beri, oren, plum, epal dan pir tetapi ...
jika anda rasa perlu membersihkan hati makan atau minumlah buah grapefruit, jus lemon, air teh hijau, avocado etc.. insyaa Allah berkesan...
sewaktu mula2 ambil pakej dengan true harmony dulu memang dalam senarai adalah makan Grapefruit.. saya tak ikut sukatan diberi sebaliknya saya pulun sebiji sehari..then saya juga amalkan perah jus perahan lemon atau limau kasturi.. kalau lemon tu sebiji je la.. limau kasturi tu dalam 3 biji.. minum sebelum ambil breakfast..tapi janganla dibuat tiap hari berturut2.. pandai2 la.. nanti penyakit lain pula yang datang..
seperti amalan Rasullullah saw.. bersederhanalah dalam membuat apa jua pun..
Bila hati dah bersih dan sihat barulah apa juga pemakanan kesihatan atau treatment yang kita bayar boleh menampakkan hasilnya.. sebab tu ada yang kata.. macam2 dah dibuat tapi x berhasil pun.. kalau berhasil sekejap aje.. pernah dengar tak?
hah.. organ hati dah dijaga.. bagaimana plak hati dan perasaan kita..senang je.. nilah antara penyakit2 yang menimpa hati dan apa yang patut kita buat utk memelihara keharmonian dan ‘kesihatan’nya.. in syaa Allah..
 



No comments:

Post a Comment