Pages

Kelopak mawar

Thursday, April 11, 2013

Wasiat Imam Syafie

Muhammad bin Idris bin Al-'Abbas bin Usman bin Syafi'i bin Al-Sa'ib bin 'Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutallib bin Abd Manaf, yang dikenali sebagai Imam Syafie merupakan ahli fiqah Islam terkemuka dalam sejarah Islam. Imam Syafie dibesarkan di Hijaz.  Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyangnya adalah Abdul Mutallib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad saw.

Imam Syafie mula mempelajari dan menghafal al-Quran pada usia 7 tahun dan mula belajar pada usia 10 tahun dan bila capai usia 13 tahun telah menghafal kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik (seorang ulama besar Madinah yang hebat dalam bidang hadis). Pada usia 15 tahun, beliau diberi pengiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.

Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan logik Islam dalam menentukan syariah Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir. Beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran yang kini dikenali sebagai pengasas mazhab Syafie. Antara puluhan ilmuan Islam yang diguruinya adalah Imam Malik (ilmu hadis dan ilmu fiqh sehingga wafatnya Imam Malik),  Muslim bin Khalid al-Zanji(Mufti Mekah ketika itu) dan Sufian bin Uyaina (Beliau pernah berkata, "Kenabian merupakan anugerah Allah yang paling mulia. Anugerah yang paling mulia setelah kenabian adalah ilmu dan fiqh.") dan ada lagi 16 ilmuan masyhur yang di senaraikan oleh karyawan Dhiya'uddin Umar bin Al-Hasan. Selain daripada kehebatan menghujah dan berdebat berikut adalah kelebihan nyata beliau:

Tahfiz al Quran dan al Hadis

Beliau berkata, “Aku mengaji Al-Qur’an dengan Ismail bin Qisthantin, sedang guruku mengaji dengan Syibl bin ‘Ibad dan Makruf bin Misykan, kedua mereka mengaji dengan Yahya bin Abdullah bin Katsir, ia pula mengaji dengan Mujahid, Mujahid mengaji dengan Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Abbas mengaji dengan Ubay bin Kaab dan Ubay bin Kaab mengaji langsung dengan Rasulullah SAW.” subhanallah..

Beliau juga dikenali sebagai "Pembela Hadis atau Nashir al-Hadis" di kota Mekah. Seorang anak murid beliau yang bernama Ahmad bin Hanbal pernah ditanya tentang status Imam Al-Syafie sama ada beliau seorang ahli hadis ataupun bukan? Lalu, Amirul Mukminin fil Hadis, Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Ya, demi Allah, beliau adalah 'Ahli Hadis'."

Pakar bahasa

Al-Ashma'i, dikenali dalam dunia kesusasteraan arab berkata, "Saya telah mendapat pembetulan  tentang syair-syair Hudzail dari seorang pemuda Quraisy yang bernama Muhammad bin Idris (Al-Syafie)." Kajian dibuat oleh Prof. Abdul Halim Al-Jundi mendapati gaya bahasa yang sering digunakan oleh Imam Al-Syafie di dalam kitabnya iaitu Al-Imam Al-Syafie sangat fasih bahasanya, kata-kata diguna tersusun ringkas dan menyentuh perasaan pembaca.

Jaguh sukan

Beliau berkata, "Hobiku adalah memanah dan mencari ilmu. Kehebatanku dalam memanah 10 persepuluh. Jika ada 10 sasaran memanah, maka sepuluh itu jugalah yang terpanah (dengan tepat)." 

Di masa lain beliau berkata, "Saya suka sekali memanah, sehingga seorang tabib memberi peringatan kepadaku agar tidak berjemur kepanasan, kerana bimbang paru-paruku rosak." 

Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat di atas punggungnya."
Pakar Fiqh
Beliau merupakan pendahulu yang menulis dan membukukan penulisan tentang Usul al-Fiqh secara sistematik yang dikenali sebagai kitab 'Al-Risalah' (menurut Prof. Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya Usul al-Fiqh).
Beliau menjelaskan tentang syarat-syarat untuk menjadi mufti (pemberi fatwa), katanya, "Tidak diperkenankan bagi siapa pun untuk memberikan fatwa mengenai agama Allah, kecuali:
            (1) Orang yang benar-benar menguasai Kitab Allah (Al-Qur'an).
            (2) Mengetahui nasikh dan mansukh.
            (3) Mengetahui Muhkam dan Mutasyabih.
            (4) Mengetahui Takwil-Tanzil.
            (5) Mengetahui Makkiyah-Madaniyah.
            (6) Benar-benar mengerti maksud suatu ayat.
            (7) Menguasai hadis Rasulullah SAW.
            (8) Ilmu-ilmu hadis lainnya.
            (9) Bersikap adil.
          (10) Mengetahui perbezaan pendapat para ulama.

Jika kesemua syarat ini telah dipenuhi, maka seseorang diperkenankan untuk memberikan fatwa mengenai hukum halal atau haram. Tetapi, jika persyaratannya masih kurang, ia tidak diperbolehkan memberi fatwa." (petikan kitab I'lamul Muwaqqiin karya Ibnu al-Qayyim).

petikan drpd mazhab-alsyafie.blogspot.com

Subhanallah... hebatnya hamba Allah swt ini.. bertuah benar ibu bapanya..
Apakah wasiat beliau kepada kita umat akhir zaman?
" Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara..

1. Hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, makan, bercakap dan berpada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut iaitu mengqada'kan kewajipan yang tertinggal, memohon kemaafan drpd orang yang dizalimi, membuat persediaan untk mati dan rasa cinta kepada allah swt.
3. Hak kepada kubur iaitu menghapuskan tabiat suka menabur fitnah dan kencing merata, membanyakkan solat tahajjud dan membantu mereka yang dizalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir iaitu tidak berdusta, berkata benar meninggalkan maksiat dan saling menasihati.
5. Hak kepada Mizan(Neraca Amal) iaitu menahan kemarahan banyak berzikir ikhlas beramal dan sanggup menghadapi kesulitan.
6. Hak kepada Titian Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik(penjaga Neraka) iaitu menangis kerana takut kepada Allah swt berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah dan memperelokkan akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan(Penjaga Syurga) iaitu reda kepada qada dan qadar Allah swt sabar ketika ditimpa bencana bersyukur atas nikmat Allah swt dan bertaubat dr melakukan maksiat
9. Hak kepada Nabi Muhammad saw iaitu berselawat ke atasnya berpegang kpd syariat bergantung kpd assunnah/hadis menyayangi sahabat dan bersaing dalam mendapatkan kelebihan dari Allah swt.
10. Hak kepada Allah swt iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan mencegah manusia drpd keburukan menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

Itulah dia susunan wasiat Imam Syafie.. renungkan fikirkan.. tanamkan azam untuk berubah ke arah kebaikan... in syaa allah akan dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment