Pages

Kelopak mawar

Thursday, April 4, 2013

Ya Rabb Ku Redha KetentuanMu

Alhamdulillah.. syukur ke hadratNya...

  

Saya dah berjanji x mahu jadi ahli dalam mana2 satu pun 10 kumpulan iblis.. sebab saya ni suka berangan yang tak berfaedah... Hajat nak mengisi masa terluang dengan zikrullah..

So suatu pagi dalam perjalanan dari rumah menghantar anak dan seterusnya ke pejabat saya mengisi masa berkenaan dengan zikrullah, bacaan surah2 pendek dsbgnya yang saya tahu..memang kering juga rasa tekak ni tapi hati tenang.. alhamdulillah .... dan perjalanan pun dipermudahkan..  sampai di suatu persimpangan..tup tup ternampak sesuatu yang dah lama hilang dimata dan saya amat merinduinya... subhanallah.. menggigil dan mengalir air mata ini.. Ia bukanlah suatu yang saya minta pada masa tersebut.. Ya Rabb, Engkau mengurniakan rezekiMu tanpa disangka sama sekali oleh hambaMu ini .. terkejut sangat... lama saya merenungnya... dalam kegembiraan yang cuba dikawal saya tetap memohon keampunanNya takut sangat ia adalah ujian dariNya terhadap hambaNya yang pegangannya ibarat lalang ini..
   
Ini baru sahaja seperdua puluh bahagian dalam sehari.. agaknya jika bibir dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt.. besar lagi kurniaan rezeki dan rahmat dariNya...

No comments:

Post a Comment