Pages

Kelopak mawar

Sunday, April 14, 2013

Doa Makbul @ Hijab


ADAB BERDOA

Allah swt berjanji untuk mengkabulkan doa orang yang berdoa selagi tidak menyalahi suruhanNya.
Allah swt berfirman: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Tahukah anda adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis? Tujuannya untuk mendapat kelebihan  keutamaan dan barakah dari Allah swt agar doa kita segera dimakbulkan.

  • Berdoalah dengan suara yang lembut
Allah swt Maha Mendengar, apa sahaja doa kita dalam bahasa apa sekalipun didengariNya. Maka tak perlu kita mengeraskan suara dan tak perlu juga merengek..
  • Berdoa dengan penuh yakin
Kita perlu berasa yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Anas r.a. katanya: “Rasulullah saw bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

Keyakinan ini berasaskan firman Allah swt bermaksud: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. (al-Mukmin: 60)
  • Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah setiap doa yang dihajati sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa 'Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah saw. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.' (H.R Bukhari dan Muslim)
  • Bersalawat Kepada Nabi Muhammad saw
setiap kali berdoa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tiap-tiap doa akan terhalang sehingga dia berselawat kepada Nabi Muhammad saw.' (Hadis Hasan)
  • Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: 'Nabi Muhammad saw menghadap ke Ka’abah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy.' Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

  • Mengangkat Kedua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: 'Nabi Muhammad saw mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: "Ya Allah, aku berlepas diri kepadaMu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali)."'  (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Dalam hadis lain pula, berkata Abu Musa, 'Kemudian baginda Rasulullah saw mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir" dan aku melihat keputihan ketiak baginda'. (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
  • Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra), 'Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad saw dan memohon kepada baginda mendoakannya agar Allah swt mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasulullah saw lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir" dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir" dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa, "Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhlukMu." Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk orang yang mulia pada Hari Kiamat." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
  • Berdoa Sambil Menangis
Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash (ra), bahawa Nabi Muhammad saw membaca ucapan Nabi Isa as yang bermaksud “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al Maidah: 11)

Lalu Rasulullah saw menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku" (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (as) yang bermaksud, "Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya. “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
  • Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah swt. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepadaNya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
  • Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Waktu mustajab berdoa antaranya ialah
  • ketika berpuasa& ketika berbuka puasa
 Abu Hurairah r.a.meriwayatkan sabda Rasulullah saw, “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah swt akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah swt akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)

Sabda Rasulullah saw yang lain tetapi berkaitan; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa – ketika berbukanya – doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]

  • ketika hujan lebat
“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

  • pada malam Lailatul Qadr
 Firman Allah swt di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :
“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”

  • pada dua pertiga malam,
Ibnu Abbas Rrdhiyallahu ‘anhu meriwayatkan sabda Rasulullah saw. Artinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. [Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

Dan Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-sahihkan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).

  • ketika bersujud khususnya dalam sujud rakaat terakhir
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda. Artinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. [Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

 Amr bin Ibnu Abasah pernah mendengar Nabi saw bersabda: “Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-sahihkan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).

dan setelah solat waktu, selepas berzikir, doa orang yang teraniaya atau dizalimi.
Rasulullah saw pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: "(Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib." Hadis Riwayat At-Tarmizi 

Benarkah jika berdoa pada sepertiga akhir malam sangat makbul?

Abu Hurairah radhiallahu‘anhu meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Allah swt berfirman: “Barangsiapa berdoa kepadaKu, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepadaKu akan Ku berikan dia. Siapa yang meminta ampun, akan Ku ampunkan dia.” Hadis Riwayat Bukhari.

Kita hanyalah hambaNya.. kepada Dia kita berdoa sama ada berbentuk permohonan atau kesyukuran atau pengampunan atau perlindungan dsbgnya... kita mengharap agar doa tersebut diterima atau dimakbulkan... Namun ada sesetengah orang doanya sentiasa dimakbulkan dan ada juga segelintir manusia doanya tidak dipenuhi sebaliknya diberi dalam bentuk lain daripada yang didoakan.. Itulah tanda kebesaran Allah swt.. Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui.. Perancang dan Penentu yang Maha Adil dan Bijaksana...

Adakah Allah swt memilih golongan tertentu atau masa tertentu atau tempat2 terpilih untuk memakbulkan doa kita?.. Allah swt tidak membeza-bezakan hambaNya... contohnya perintah Allah swt menyuruh setiap dari kita mendirikan solat yang fardhu 5 x setiap hari sekurang2nya... jika kita fahami setiap bacaan dalam solat berkenaan setiap baris ayat/ucapan kita dalam solat itu adalah doa.. asasnya jika kita ikhlas khusyuk dan yakin serta beriman yang sebenarnya pada Allah swt.. Dia Maha Mengetahui....
Mengapa doa sesetengah manusia mudah dimakbulkan?..  

Berikut adalah beberapa sebab doa kita terhijab... nauzubillah... jika kita tergolong dalam mana2 kumpulan ini marilah kita bertaubat dan beristigafar semoga Allah swt mengampunkan dosa2 kita dan menerima/memakbulkan doa2 yang kita pohonkan kepadanya...

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”Antara sebab-sebabnya iala :
 1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

Nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab dan memperkenankan segala permintaan dan doa kita insyaaAllah
 thefactsoflife2007.blogspot., myberita.com,


ANTARA sifat seorang Mukmin sejati ialah sentiasa memohon dan meminta kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh. Doa adalah talian hayat dalam kehidupan seorang insan bernama hamba dengan Allah swt yang Maha Berkuasa.

Tatkala kita berdoa secara khusyuk ikhlas dan bersungguh2 kadangkala boleh dirasakan Allah swt sentiasa dekat dengan diri, mengawal dan memerhatikan segala tindakan diri tanpa henti dan jemu.

Kita perlu berwaspada dalam memelihara diri daripda sifat munafik dan syubhat agar doa yang kita panjatkan kepada Allah swt tidak terhalang daripada dimakbulkan. Ini adalah kerana, dikalangan orang beriman sendiripun bukan sahaja doanya tidak dimakbulkan, bahkan langsung tidak dipedulikan oleh Allah swt.

Mungkin doa kita sudah dimakbulkan, tetapi menunggu masa untuk dijadikan sebagai realiti. Semuanya mengikut keputusan dan perancangan Allah swt dan ia adalah yang terbaik.
 
Saat-Saat Doa Paling Mustajab
Hadis Riwayat: Muslim
Ibnu Abbas ra berkata:Rasulullah saw membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda, "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah swt"

Waktu Lain Mustajab untuk Berdoa kepada Allah swt

Ketika akan dan setelah selesai solat.

Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

Sepanjang bulan ramadhan.

Di antara azan dan iqamah.

Ketika iktidal akhir dalam solat.

Ketika khatam (tamat) membaca 30 Juz al-Quran.

Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur/sholat malam).

Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillAllah.


No comments:

Post a Comment