Assalam alaik.. semoga hari ini dan hari2 mendatang semakin bertambah keimanan kita kepadaNya.. namun dalam melewati saat yang belum diarahkan berhenti oleh Ilahi kita perlu mengisinya dengan istigafar dan zikrullah di samping ibadah wajib lainnya... Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita hanyalah hambaNya dan umat Nabi Muhammad saw yang sentiasa akan diuji dan dihasut oleh godaan syaitan dan sekutunya serta nafsu kita sendiri.. Sedikit kelalaian dan kealpaan boleh membawa padah.. nauzubillah...
Jika Meninggalkan Solat, ingatlah Ular Saqar yang kelaparan setia menunggu
Jika Melewatkan Solat rasailah kepanasan menggelegak baraan api Neraka WAIL
Jika Suka Meringankan Peraturan @ Sistem @ Perintah Allah s.w.t yang juga disebut syariat Allah swt bersedialah mengadap pandangan murka Al-Jabbar (Maha Gagah Perkasa)
Jika Mengumpat Hal Peribadi Orang menjadi kegemaran ibarat melajukan dan menajamkan lagi asahan gunting neraka
Jika Masa Dihabiskan Menyebarkan gossip atau fitnah aduhai galaknya pengeluaran duri-duri berbisa (bagai cendawan tumbuh selepas hujan) menanti di taman neraka
Jika Gagal Menjaga Batas Pergaulan sesama bukan mahram Nauzubillah.. Allah swt menjanjikan libasan api neraka
Jika Tidak Memelihara Akhlak Mulia sesama makhluk Allah swt betahkah hidup dikelilingi dan bertemankan Kemurkaan Allah swt
Jika Puas Hati Menyakiti Hati Makhluk Allah swt secara lisan sangat dipersilakan ke dalam mana-mana pintu neraka
Jika Meringankan Pelaksanaan Amanah laratkah mengangkat seberkas kayu dari neraka
Jika Menggalakkan Buruk Sangka Hadir dalam diri ibarat melepaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan.
Nauzubillah... amat perit balasan yang dijanjikan Allah swt bagi setiap kesalahan yang kita lakukan... Muhasabah diri .. di mana hala tujuan kita hari ini... adakah kita tergolong dalam carta paling popular yang dinyatakan di atas.. bertaubatlah sebelum terlambat sebelum datangnya 5 sesudah diberikan 5... In Syaa Allah masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan... Allah Maha Pengampun maha Pemurah Maha Penyayang... ..
http://luvislam92.blogspot.com/berita-blogspot.blogspot .com
No comments:
Post a Comment