Pages

Kelopak mawar

Friday, April 12, 2013

Kekayaan yang diredhai

Islam menyarankan manusia untuk sentiasa berusaha dan tidak menyerah takdir bulat-bulat kepada Allah swt walaupun banyak berdoa..untuk mencapai sesuatu yang dihajati..

Kekayaan.. siapa yang tidak mahu?.. Hidup dalam kemewahan dan kesenangan menjadi impian hampir semua manusia di dunia ini tetapi hanya segolongan kecil sahaja yang menikmatinya.. Adilkah?

Memiliki kekayaan dari segi harta ataupun wang dan hidup dalam serba mewah tiada ertinya jika ia diperoleh dari sumber yang tidak 'berkat'. Keharmonian keluarga dan ketenangan bukanlah suatu yang dapat dibeli/dimiliki walaupun kita menggadaikan seluruh harta benda dan wang yang ada..Kenapa? sebab hidup kita penuh maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah swt dan tidak pula meninggalkan laranganNya.. Pendek citer tidak mengamalkan prinsip kehidupan yang digariskan oleh ajaran agama Islam.

Jadi, adakah kita perlu berusaha bersungguh2 sehingga menjadi kaya raya atau memperoleh rezeki yang sederhana tetapi barakah atau tak perlu berbuat apa2 sebab perjalanan hidup kita telah ditakdirkan?..

Saya memilih talian hayat no 2..

Berikut saya paparkan beberapa ayat dan hadis yang menerangkan cara memperoleh rezeki barakah dari Allah swt.

Berhati-Hati Dengan Hal2 Syubhat dan Meninggalkan yang Dilarang

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara syubhat).” H.R. at-Tarmizi

 

Sumber Rezeki Halal dan Sederhanalah Berbelanja 

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar

Peluang menjana pendapatan amat luas sebenarnya.. jangan disempitkan peluang tersebut pada pandangan mata kasar kita..Beusaha bersungguh-sungguh dan dalam kita menuju kejayaan ada jatuh bangun jangan mudah putus asa sebab itu adalah sebahagian daripada ujian ditentukanNya untuk 'membersihkan' rezeki2 yang kita peroleh selama ini.. Sesungguhnya rezeki halal yang diperoleh kita hari ini adalah dengan izin Allah swt. Maka berdoalah berterusan dengan sabar dan yakin serta bertawakkal padaNya in syaa Allah rahmat Allah swt adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensiakan doa dan usaha hambaNya. Moga rezeki yang telah atau sedang kita kecapi ini adalah rezeki yang berkat yang memberikan kebahagian dunia dan akhirat walaupun dari segi nilaian wang ringgit yang kita ada tidak sampai beribu berjuta dan berbilion... ini kerana kebahagiaan keharmonian dan ketenangan serta barakah diri kita tak ternilai harganya..

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah swt kepadanya. Takutlah kepada Allah dan berusaha bersungguh2 dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperoleh melainkan dengan cara ketaatan.”  H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani

Dalam kita sibuk mencari rezeki yang halal dan melaksanakan tanggungjawab kepada diri dan keluarga janganlah lupa bahagian mereka yang memerlukan.. Bersededahlah dan tunaikanlah zakat.. mudah2an makin bersih rezeki yang kita belanjakan dan berkah harta yang dimiliki.. Berikut adalah antara petikan hadis dan firman Allah swt yang bermaksud;

“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan . . . . .
Kecuali ia bertambah … bertambah … bertambah …” (HR At-Tirmidzi)


“Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia”(QS. Al-Hadiid 57:11)

“…janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah SWT…” (QS. Al-Baqarah 2:245)

“Kamu tidak akan memperoleh kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan  harta di jalan Allah SWT…” (QS. Ali Imran 3:92)

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah SWT. Maka diantara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah yang membutuhkann-Nya…”
 (QS. Muhammad :38)

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya”
 (HR. Muslim)

Rasullullah saw bersabda maksudnya “Lindungi harta kamu dengan zakat, obati sakitmu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawadhu kepada Allah swt dan berdoalah."

Wallahualam.. mudah2an kekayaan kumiliki yang tidak seberapa ini merupakan dari rezeki yang halal agar diriku dan anak2 merasakan nikmat dan barakahnya.. 

No comments:

Post a Comment