Pages

Kelopak mawar

Saturday, April 13, 2013

Penghapus dosa

Assalam alaik...

Makhluk Allah swt species manusia ni sebenarnya sangat kuat cabarannya khususnya kita yang bertasyhidkan Allah swt. Iblis dan sekutunya telah berjanji untuk menghasut atau berusaha menyesatkan kita manusia... belum lagi bab godaan dan keinginan hawa nafsu yang perlu dikawal.. Lemah iman.. hmmm nauzubillah...

Tiada manusia yang boleh terlepas dari berbuat dosa dan semestinya kita memerlukan keampunan Allah swt setiap masa. Maha Agung Pencipta kita dan sangat indah agama Islam.. memudahkan umat Islam memohon keampunanNya dengan lafaz astaghfirullah.. susah ke nak sebut.. tak sampai  5 saat pun.. Ramai di antara kita masih melalaikannya. seperti saya..  Tapi lebih berkesan jka lafaz berkenaan disulami dengan keinsafan dan taubat seikhlasnya memohon keampunan Ilahi.

Selain itu Allah swt memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan mensyariatkan bebrapa amalan penghapus dosa disamping bertaubat. Sebahagian daripada amalan ini dijelaskan dalam AlQuran dan dalam sunnah Rasulullah saw. Di antaranya

1. Menyempurnakan wudhu’ dan berjalan ke masjid.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darjat. Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: sempurnakan wudhu’ ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.” (Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Juga dalam sabda beliau yang lain: “Jika seseorang berwudhu’ lalu menyempurnakan wudhu’nya kemudian mendirikan solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah mengangkat satu darjat dan menghapus satu dosa.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Berpuasa pada hari Arafah dan Asy Syura
 Sabda Rasulullah saw, “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus (dosa selama) setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asy Syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang lalu.” (Riwayat At-Tirmidzi)

3. Mendirikan solat tarawih di bulan Ramadan
Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa menegakkan Ramadhan (solat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

4. Mengerjakan ibadah Haji dan memperoleh haji mabrur
Sabda Rasulullah saw,  “Barangsiapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan (kejelekan) maka ia kembali seperti hari ibunya melahirkannya.” (Riwayat Al-Bukhari).
Sabda bgainda yang lain yang bermaksud, “Haji mabrur balasannya adalah syurga.” (Riwayat Ahmad)

5. Memaafkan siberhutang yang sulit membayarnya
Hehe,, bukan menghalalkan hutang eh... kita memafkan atas kelewatan dia membayar hutang.. sepatutnya kita membantu dia dengan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan rezeki kepada dia supaya hutang2 siberhutang ini tadi dapat dijelaskan...hmm

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, iringilah kejahatan dengan kebaikan yang menghapuskannya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia.”  (Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Memberi salam dan berkata baik
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik.” (Riwayat Al-Kharaithi dalam Makarim al Akhlak)

8. Sabar atas setiap musibah atau ujian kehidupan
Sabda Rasulullah saw yag berbunyi, “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, “Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiKu atas ujian yang Aku timpakan kepadaNya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya.“” (Riwayat Ahmad)

9. Memelihara kesempurnaan solat lima waktu dan solat Jumaat serta puasa Ramadan
Sabda Rasulullah saw, “Solat lima waktu dan jumaat ke jumaat dan ramadan ke ramadan adalah penghapus dosa di antara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah saw yang lain berbunyi, “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab, “Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun.”" Beliau bersabda, “Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapus dosa-dosa.” (Riwayat Al-Bukhari)

10. Melaungkan azan
Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya seorang Muadzin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya.” (Riwayat Ahmad)
Haaa apa lagi kaum Adam yang hebat belaka di luar sana.. tak pernah pun saya dengar ada program latih suara laung azan... yang famous siri Akademi Fantasia AF.. kalau pun pernah laung azan waktu belajar di sekolah kan... Bukan kemerduan suara menjadi ukuran... tetapi laungan itu hendaklah mampu menyedarkan dan menginsafkan umat Islam mengerjakan solat segera dan berjemaah walaupun dilakukan sekadar untuk memaklumkan telah masuknya waktu solat fardu..

11. Memperbanyak sujud
Sabda Rasulullah saw, “Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepadaNya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.” (Riwayat Muslim)

12. Mengerjakan solat malam.
Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kalian solat malam, kerana ia adalah adat orang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa.” (Riwayat Al-Hakim)

13. Berjihad di jalan Allah.
“Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Riwayat Muslim)

14. Mengiringi haji dengan umrah.
Rasulullah saw berkata, “Iringi antara haji dengan umrah, kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi.” (Riwayat Ibnu Majah)

15. Bersedekah kepada yang memerlukan dengan ikhlas kerana Allah swt
Firman Allah swt, “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 271)
Rasulullah saw bersabda, “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan selainnya)

16. Menegakkan hukuman jenayah secara adil,
“Barang siapa sahaja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukuman balsannya maka dihapuskan dosa tersebut.” (Riwayat Al-Hakim)

Dari http://www.rizaldp.wordpress.com

Jom kita berusaha melaksanakannya..Wallahualam

No comments:

Post a Comment