Pages

Kelopak mawar

Tuesday, April 9, 2013

Bisikan Terindah...Asmaul Husna


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.


1. "Ya Allah!" : zikir 500 x setiap malam, selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai hajat.

2. "Ya Rahman!" @ Maha Pemurah: zikir 500 x sesudah solat 5 waktu hati kita akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah swt.

3. "Ya Rahim!" @  Maha Penyayang: zikir 100 x setiap hari, In syaa Allah kita diberi daya penarik yang luas hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang kepada kita.

4. "Ya Malik!" @  Maha Merajai/Pemerintah: zikir 121 x di setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, segala perkerjaan dilakukan setiap hari mudah2an mendatangkan keberkatan & kekayaan yang diredhai Allah swt.
5. "Ya Quddus!" @ Maha Berkuasa; zikir 100 x di setiap pagi dan setelah tergelincir matahari,  hati akan terpelihara dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" @ Maha Penyelamat; zikir 136 x  In syaa Allah jasmani & rohani terhindar dari segala penyakit dan badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mu'min!" @ Maha Pengaman: zikir 236 x, In syaa Allah diri , keluarga & segala kekayaan dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" @ Maha Pelindung/Penjaga: zikir 145 x sesudah solat Isyak, In syaa Allah fikiran & hati kita terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" @ Maha Mulia/Perkasa: zikir 40 x sesudah solat subuh, In syaa Allah kita disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" @ Maha Pemaksa: zikir 226 x pada pagi & petang, semua musuh akan tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" @ Maha Besar: zikir 662 x, dengan kebijaksanaan bertindak, semua musuh dapat ditundukkan bahkan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" @ Maha Pencipta: dibaca 731x, In syaa Allah otak cerdas dan cepat menerima(faham)  pelajaran.

13."Ya Baarii'!" @ Maha Perancang: dibaca 100 x selama 7 hari berturut-turut, In syaa Allah kita terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" @ Maha Menjadikan Rupa Bentuk: ikhtiarnya..sekiranya sukar memperoleh anak si isteri berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu  berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Si suami perlu buat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, zikirkan nama ini sebanyak 10 x, In syaa Allah akan dikurniakan anak soleh.

15."Ya Ghaffaar!" @ Maha Pengampun: sesuai dibaca 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat dan beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)  In sya Allah diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!"@ Maha Menundukkan: zikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" @ Maha Pemberi: zikir 100 x sesudah solat fardhu, In syaa Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" @ Maha Pemberi Rezeki: zikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, In syaa Allah dipermurahkan rezeki yang halal & berkat.
19. "Ya Fattah!" @ Maha Pembuka: zikir 71 x sesudah selesai solat subuh, In syaa Allah hati kita akan dibuka oleh Allah swt untuk mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" @ Maha Mengetahui: zikir 100 x selesai solat fardhu 5 waktu, In syaa Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" @ Maha Penyempit Hidup: zikir 100 x setiap hari, semakin dekat diri dengan Allah swt & moga dilepaskan dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" @ Maha Pelapang Hidup: Banyakkan membaca zikir ini setiap hari, In syaaAllah murah rezeki khususnya peniaga yang berusaha memajukan perniagaannya.

23. "Ya Khaa'fidh!" @ Maha Penghina: zikir 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, In syaa Allah segala maksud dan hajat akan ditunaikan Allah swt. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" @ Maha Tinggi: zikir setiap hari 70 x, In syaa Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempatt lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" @ Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan: zikir 140 x setiap hari, In syaa Allah memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" @ Maha Merendahkan: Perbanyakkan zikir ini setiap hari, memudahkan penghutang kita menyedari hutangnya dan seterusnya menjelaskan hutang tersebut kepada kita.

27. "Ya Samii'!" @ Maha Mendengar: Pebanyakkan zikir ini jika inginkan doa dimakbulkan & pendengaran telinga tajam, lebih baik sesudah solah Dhuha, In syaa Allah.

28. "Ya Bashiir!" @ Maha Melihat: zikir 100 x sebelum solat Jumaat, In syaa Allah terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik serta hidayah dari Allah swt.

29. "Ya Hakam!" @ Maha Menghukum: zikir 68 x di tengah malam dalam keadaan suci, In syaa Allah terbuka hati menerima ilmu-ilmu agama & mempercepatkan pembelajaran(memahami) ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" @ Maha Adil: zikir 104 x sesudah  solat 5 waktu, In syaa Allah selalu berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" @ Maha Halusi: Banyakkan zikir ini mengikut kemampuan, In syaa Allah melariskan jualan dan memajukan business peniaga,

32. "Ya Khabiir!" @ Maha Waspada: Banyakkan zikir ini jika ingin bertemu teman/anak yang telah lama terpisah.

33. "Ya Haliim!" @ Maha Penyantun: Zikir 88 x selepas solat lima waktu, bagi , In syaa Allah mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, dipastikan kedudukannya tidak dicabar atau diungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" @ Maha Agong: Zikir 12 x setiap hari, Jika lama menderita sakit, In syaa Allah akan sembuh. Jika dibaca 12 x dan ditiupkan pada tangan lalu diusap pada seluruh badan, dengan izin Allah  terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" @ Maha Pengampun: Mereka yang bertaubat hendaklah banyakkan zikir ini dan mengakui dosa lampau serta beriktikad tidak mengulanginya, In syaa Allah diterima taubatnya oleh Allah swt.

36. "Ya Syakuur!" @ Maha Pengampun: Zikir 40 x selepas solat hajat, sebagai ucapan terima kasih kepada Allah swt, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah swt. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" @ Maha Tinggi Martabat-Nya: bacalah 110 x dan ditiup ke air in syaa Allah jika diberi minum kepada anak yang bebal.. akan mencerdaskan otaknya.

38. "Ya Kabiir!" @ Maha Besar: Jika kedudukan dirampas atau dilucut disebabkan suatu fitnah,  baca zikir ini  1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah sebaiknya sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" @ Maha Pelindung: zikir  99 x, In syaa Allah terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" @ Maha Pemberi Keperluan: Banyakkan zikir kerana badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang bila kita hilang/sesat daripada Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah .

41. "Ya Hasiib!" @ Maha Mencukupi: zikir 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib jika ingin memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat tanpa sebarang gangguan, In syaa Allah.

42. "Ya Jaliil!" @ Maha Luhur: zikir di sepertiga malam yang terakhir, In syaa Allah berlaku perubahaan mengkagumkan - perniagaan bertambah maju atau kedudukan/jawatan lebih tinggi tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" @ Maha Mulia: zikir 280 x ketika hendak tidur. Nescaya in syaa Allah akan mengangkat mereka ke darjat  yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak.

44. "Ya Raqiib!" @ Maha Pengawas: Memohon pertolongan Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan,  zikir 50 x setiap hari dengan niat Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. In syaaAllah... .

45. "Ya Mujiib!" @ Maha Mengabulkan: zikir sebanyak 55 x sesudah solat subuh, in syaa Allah...
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab serta selalu diterima Allah swt,  In syaa Allah Tuhan akan memakbulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" @ Maha Luas Pemberian-Nya: Jika kesulitan amalkan 128 x setiap pagi & petang, In syaa Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah swt. Andai sentiasa diamalkan, In syaa Allah terpelihara dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!"@ Maha Bijaksana: Zikir 300x setiap hari in syaa Allah akal cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran.
48. "Ya Waduud!" @ Maha Pencinta: zikir 11,000 x setiap malam. In syaa Allah sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga sentiasa harmoni. wow belasan ribuan bayak tuhhh

49. "Ya Majiid!" @ Maha Mulia: Zikir 99 x dan hembuskan ke dua belah tapak tangan usap ke seluruh muka. In syaa Allah ketenteraman terpelihara dan semua anggota keluarga saling menyayangi & menghormati. 
50. "Ya Baa'ith!" @ Maha Membangkitkan: Zikir 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, In syaa Allah diberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" @ Maha Menyaksikan: Jika ada ahli keluarga suka membangkang dsbgnya, zikir  319 x berterusan setiap malam hingga si pembangkang sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq!" @  Maha Benar: Jika diamalkan, in syaa Allah menebalnya iman & taat di dalam melaksanakan perintah Allah swt.

53. "Ya Wakiil" @ Maha Berserah: Pada hari hujan disertai ribut kuat atau gempa bumi atau tanah runtuh, zikirlah in syaa Allah bencana tersebut reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" @ Maha Memiliki Kekuatan: Amalkan untuk keberanian menghadapi musuh Allah swt atau penzalim.

55. "Ya Matiin!" @ Maha Sempurna KekuatanNya: Amalkan untuk mendapatkan kekuatan sehingga musuh merasa gentar.

56. "Ya Waliy!" @ Maha Melindungi: Dengan izinNya, zikir ini mengukuhkan kedudukan & menghindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" @ Maha Terpuji: Zikir ini sebagai pengakuan hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" @ Maha Menghitung: Amalkan sesudah solat 5 waktu jika ingin digolongkan di kalangan pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah).
59. "Ya Mubdiu!" @ Maha Memulai/Pemula: Zikir 470 x setiap hari in syaa Allah segala yang dirancangkan akan berhasil.

60. "Ya Mu'id!" @ Maha Mengembalikan: Zikir 124 x setiap hari sesudah solat in syaa Allah dipertunjukkan ahli keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya.

61. "Ya Muhyiy!" @ Maha Menghidupkan: Zikir 58 x setiap hari, in syaa Allah diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat.

62. "Ya Mumiit!" @ Maha Mematikan: Banyakkan zikir, in syaa Allah dipermudahkan urusan perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" @ Maha Hidup : Banyakkan zikir, in syaa Allah mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan.

64. "Ya Qayyuum!" @ Maha Berdiri Dengan SendiriNya: Imam Ghazali berkata: 'barangsiapa yang ingin beroleh harta banyak lagi diberkati, dikasihi setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan terhormat, zikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum... " 1,000 x sehari secara berterusan. In syaa Allah akan tercapai segala hajat'.

65. "Ya Waajid!" @ Maha Menemukan: Banyakkan zikir in sya Allah berkeperibadian kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian.
66. "Ya Maajid!" @ Maha Mulia: sesuai untuk pelajar demi kecerdasan otak dan  dipermudahkan hati  menerima pelajaran, banyakkan zikir setiap hari.

67. "Ya Waahid!" @ Maha Esa: Pasangan yang belum dikurniakan cahayamata  amalkanlah zikir 190 x setiap kali selesai  solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga berpuasa sunat Isnin & Khamis, In syaa Allah...

68. "Ya Somad! @ Maha Diminta: Banyakkan zikir ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, in syaa Allah, diri akan berasa segar.
69. "Ya Qaadir!" @  Maha Kuasa: Amalkan zikir 305 x setiap hari jika berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, in syaa Allah kali ini segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" @ Maha Menentukan: Selain dari berikhtiar secara lahariah, zikirlah hingga ikhtiar  berhasil mudah2an dengan zikir ini empercepatkan keberhasilan hajat.

71. "Ya Muqaddim!" @ Maha Mendahulukan: Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy berkata "Barangsiapa berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, in syaa Allah segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir!" @ Maha Melambat-lambatkan: Banyakkan zikir untuk meninggikan ketaatan kepada Allah swt.

73. "Ya Awwal!" @ Maha Pemulaan: Zikir 37 x setiap hari, in syaa Allah segala yang dihajati  diperkenankan Allah swt.

74. "Ya Aakhir!" @ Maha Penghabisan: Amalkan 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, in syaa Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Zaahir!" @ Maha Menyatakan: Amalkan 1,106 x selesai solat di tempat yang sunyi (khalwat), in syaa Allah akan dibuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" @ Maha Tersembunyi: Seperti no. 75 juga, tetapi diamalkan 30 x sesudah solat fardhu.
  
77. "Ya Waaliy!" @ Maha Menguasai Urusan: Memperbanyakkan zikirpagi & petang in syaa Allah mendapat ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah swt. Difahamkan para wali Allah selalu amalkan zikir ini.

78. "Ya Muta'aAliy!" @ Maha Suci/Tinggi: Banyakkan zikir jika hendak dipermudahkan berjumpa  orang yang berkedudukan tinggi atau sukar ditemui, in syaa Allah.

79. "Ya Bar!" @ Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan): Elok amalkan setiap hari, in syaa Allah terlaksana segala dihajati dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" @ Maha Penerima Taubat: Elok zikir bagi pendosa atau untuk bertaubat  supaya de diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" @ Maha Penyiksa: Banyakkan zikir sesudah solat fardhu untuk mendapat pertolongan Allah ketika berhadapan  orang yang zalim. in syaa Allah.
82. "Ya 'Afuww!" @ Maha Pemaaf: Banyakkan zikir mudah2an diampuni segala dosa oleh Allah swt.

83. "Ya Rauuf!" @ Maha Mengasihi: Bagus diamalkan agar disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandang.
84. "Ya Maalikul Mulki!" @ Maha Pemilik Kekuasaan: Baca 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan in syaa Allah akan mendapat pertolongan Allah swt bagi pengarah atau ketua mengekalkan kedudukannya & tetap tanpa diganggu gugat.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" @ Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan: Amalkanlah 65 x setiap hari selama sebulan, in syaa Allah segala hajat  akan tercapai dengan pertolongan Allah swt.

86. "Ya Muqsith!" @ Maha Mengadili: Berzikir mengikut kemampuan, in syaa Allah dianugerahkan sifat adil.

87. "Ya Jaami'!" @ Maha Mengumpulkan: Elok diamalkan jika ada ahli keluarga lari dari rumah, dengan niat semoga Allah swt menyedarkan orang tersebut. Dengan izinNya orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" @Maha Kaya Raya: Amalkanlah zikir setiap hari sebanyak mungkin,in syaa Allah yang diusahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang diperoleh itu mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" @ Maha Penberi Kekayaan: Amalkan untuk memohon kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah swt..in syaa Allah segala hajat akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" @ Maha Membela/Menolak: Amalkan zikir 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, in syaa Allahterhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" @ Maha Pembuat Bahaya: zikir sangat berguna didalam ikhtiar untuk menyembuhkan suatu penyakit yang sudah lama dihidapi/telah puas dihidapi/telah puas diubati. 1001 x pada setiap hari, in syaa Allah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan sembuh.

92. "Ya Naafi'! " @ Maha Pemberi Manfaat: Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, 'barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah swt'.

93. "Ya Nuur!" @ Maha Pemberi Cahaya: Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, 'barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat, hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.'

94. "Ya Haadiy!" @ Maha Pemberi Petunjuk: Zikir agar diberi petunjuk ketika kesesatan dalam menuju tempat tertentu atau dalam suatu perjalanan.. insyaa Allah..
95. "Ya Baadii!" @ Maha Indah/Tiada Bandingan: Zikir 500 x selepas solat fardhu in syaa Allah diberi pertolongan olehNya dalam menjayakan dan melancarkan suatu perancangan penting.
96. "Ya Baaqy!" @ Maha Kekal: Banyakkan zikir in syaa Allah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan atau sumber rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap.

97. "Ya Waarits!" @ Maha Membahagi/Mewarisi: Zikir 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan berjalan lancar, atau pada setiap malam 707 x. in syaa Allah berkat zikir ini diberi petunjuk sehingga usaha berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" @ Maha Pandai/Bijaksana: Zikir  elok untuk kecerdasan otak in syaa Allah.

99. "Ya Shabuur!" @ Maha Penyabar: Banyakkan zikir mudah2an diberi kesabaran oleh Allah swt dalam segala hal.

Sumber daripada salah satu blog yang menyatakan fadhilat yang dinyatakan dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi.

No comments:

Post a Comment