Pages

Kelopak mawar

Wednesday, April 10, 2013

Hari-Hari Wanita Solehah


Adakah kita wahai kaum Hawa tergolong dalam mana2 kumpulan dinyatakan setiap hari.. Subhanallah.. dengan kudrat kesabaran dan sifat penyayang yang dianugerahkan Allah swt kepada kita...pintu syurga sentiasa terbuka untuk kita...Rebutlah peluang keemasan yang ditawarkan sepanjang zaman ini.. tiada due date.. anytime.. sebelum ajal menjemput..sebelum datangnya 5 sesudah diberi 5 perkara..

Hari-Hari Wanita Solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
3. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 orang lelaki jahat.
4. Solat 2 rakaat  oleh seorang wanita hamil adalah lebih baik daripada solat 80 rakaat  seorang wanita tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya (ASI@susu badan) dengan ikhlas akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang menghabiskan waktu malamnya dengan tidur dalam keadaan tidak selesa@ tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya dan diampunkan oleh Allah swt akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya yang sakit itu Allah swt memberi pahala bersamaan 12 tahun pahala ibadat..
8. Wanita yang memandang suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah swt dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang membenarkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan pada masa yang sama menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari, dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga untuk menunggu kepulangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang memerah susu binatang dengan dimulakan lafaz “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
11. Wanita yang memulakan menguli tepung gandum dengan lafaz "bismillah”, Allah swt akan memberkati rezekinya.
12. Wanita yang menyapu/membersihkan lantai rumahnya sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu/membersihkan lantai di Baitullah.
13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah swt akan mengizinkannya  memasuki mana-mana pintu syurga yang disukai.
14. Wanita hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
15. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun mendirikan solat dan berpuasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya mengurniakan satu pahala haji.
16. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
17. Jika wanita melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
18. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
19. Jika wanita memberi ASI@susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah swt akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
20. Jika wanita memicit/mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola(ukuran timbangan) emas dan jika wanita memicit suami setelah disuruh juga akan mendapat pahala 7 tola perak.
21. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

No comments:

Post a Comment