Maka sebelum sekujur tubuh kita dipakaikan kafan putih dan diiring ke tanah perkuburan pastikan kita membawa bekalan secukupnya.. bekalan apa?..
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Amal kebaikan boleh sampai kepada seorang mukmin setelah matinya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, musyaf yang diwariskan, masjid yang dibangunkan, rumah untuk Ibnu Sabil yang dibina, sungai yang dibajak sedekah hartanya yang dikeluarkan ketika sihat dan hidup, ia akan sampai kepadanya setelah mati."
Maka dari sabda Rasulullah saw di atas disimpulkan bahawa amalan seseorang yang diberikan ganjaran berterusan kepadanya setelah ia meninggal dunia ada 4;
Ilmu
Sedekah
Anak soleh dan
Perbuatan baik yang dicontohi
Orang yang menyediakan bekalan secukupnya di atas maka dia akan redha dan bersedia saat sakaratul maut mencabut rohnya dengan tenang..
Firman Allah swt bermaksud," Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu"
[Surah AlFajr ayat 27-30]
Ini adalah peringatan Allah swt bahawa sekuat mana pun manusia tetap akan mati dan kembali kepada Penciptanya. Maka diperingatkan agar manusia sentiasa beriman yang sebenar2nya kepada Allah swt dan kita terpilih untuk hidup didunia untuk menyediakan bekalan secukupnya ke akhirat. Dan jika kita meninggal dunia sebagai orang yang beriman dan beramal soleh maka Allah swt menjemput kita ke dalam syurgaNya.
Allah swt berfirman yang bermaksud,"Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia tetapi amalan yang kekal dan soleh lebih baik pahalanya disisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
[Surah AlKahfi ayat 46]
Maksudnya walaupun kita memiliki banyak harta dan ramai anak atau ahli keluarga tetapi tidak membuahkan amal dan bersifat soleh, tidak ada gunanya juga. Sebaliknya Allah swt menyatakan biarlah tidak berharta atau sedikit bilangan anak tetapi dalam kehidupannya dan anak2nya sangat taat pada perintah Allah swt rajin beribadah bersedekah bertasbih berzikir dan sentiasa mengingati Allah swt, amalan2 tersebut kekal in syaa Allah dan harta yang diinfakkan ke jalan Allah swt juga akan kekal pahalanya walaupun anak2 dan diri kita akan hancur (kematian) dan harta tersebut musnah/rosak.
Selain daripada kurniaan ganjaran daripada amalan kita semasa hidup adakah kita masih berpeluang memperoleh ganjaran lain?
Ada.. subhanallah.. sungguh Mulia Rabbku.. Allah swt Yang Maha Pemurah juga memberikan ganjaran bukan sahaja kepada orang yang berniat/menghadiahkan/melakukan suatu amalan untuk mereka yang telah meninggal dunia, ganjaran tersebut in syaa Allah sampai juga kepada orang yang telah meninggal dunia yang dimaksudkan tersebut. Antaranya,
Doa dan istigafar
Haji dan Umrah(Sendiri/Badal/Upah)
Sedekah
Membaca Al-Quran
Betul ke? In syaa Allah...
Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud,"Dan orang yang datang sesudah mereka(Muhajirin dan Ansar) mereka berdoa, 'Ya Rabb kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang yang beriman wahai Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Lembut dan Maha Penyayang.'(Surah AlHasyr ayat 10)
Rasulullah saw juga pernah bersabda yang bermaksud,"Hati AlQuran adalah Yasin. Tidak ada orang yang membacanya dengan mengharapkan (redha) Allah dan negeri akhirat kecuali Allah pasti mengampuninya. Bacalah oleh kamu untuk orang yang mati"(HR Ahmad dan Abu Daud)
Apa lagi!... konsep 2 dalam 1.. Terlanjur kita masih diberi kesempatan bernafas di dunia ini memperbanyakkan bekalan di alam barzakh dan di akhirat.. sambil kita berdoa, bersedekah, bertasbih , mengerjakan umrah, menyampaikan ilmu, membaca alQuran dan melakukan ibadah baik.. x susahkan kalau kita turut sedekahkan ganjarannya kepada kesayangan kita atau Muslimin Muslimat Mukminin Mukminat yang telah kembali kepadaNya terlebih dahulu daripada kita... wallahualam...
No comments:
Post a Comment