Pages

Kelopak mawar

Monday, April 1, 2013

Suami dan Isteri yang sah


Assalam alaik..

Beberapa hari juga saya tak menjengah blog ni.. hari ni saya nak kongsikan suatu cerita..
Pasangan yang telah bertunang dan bakal mendirikan mahligai yang diimpikan secara sah akan melalui pelbagai dugaan.. subhanallah.. ketentuanNya berbagai yang tak terlintas diminda kita yang daif ni.. sebabnya Dia nak menguji sejauh keimanan kita kepadaNya dan kesungguhan kita dalam merealisasikan salah satu fitrah manusia yang diredhaiNya..
Seorang yang saya kenali telah selamat diijab kabulkan dan pasangan berkenaan telah sah sebagai suami isteri baru2 ini... Kasihannya kerana kerana pihak yang hadir disebelah lelaki hanyalah salah seorang daripada belasan adik beradiknya.. dan lelaki ini adalah anak bongsu... alasan mereka yang lain tak mahu bersubahat mengingkari kehendak ibu yang mahu pernikahan ini dilewatkan dengan pelbagai alasan yang tidak kukuh.. bapa telah tiada...sanggupkah kita.. adakah seorang yang hadir ini juga yang dikatakan bersubahat ini berdosa.. sedangkan niat pasangan ini ingin memelihara keimanan dan menjauhkan dosa.. Dan paling menyedihkan apa yang terjadi kepada adik bongsu mereka ini adalah ibarat ulangan siaran drama pernikahan ibu bapa mereka sendiri.. iaitu sewaktu bapa dan ibu mereka dinikahkan yang hadir mewakili pihak sibapa adalah ayah dan seorang abang daripada belasan adik beradik.. sama ada benarnya karma atau putaran roda kehidupan... suka ke melihat siaran ulangan.. except cerita P Ramlee.. memang saya suka la kan.. apa perasaan si adik bongsu ini... tatkala abang kakak kesusahan dialah yang sentiasa ringan tulang mendahului yang lelain menghulurkan bantuan.. sangat sedih.. hanya kepadaNya saya serahkan segalanya.. Semoga kasih sayang dan rumahtangga yang mereka bina dirahmati dan diberkati Ilahi serta berkekalan dalam menghadapi badai perjalanan hidup berumahtangga yang sentiasa ada pasang surutnya... Wallahualam..

No comments:

Post a Comment