Pages

Kelopak mawar

Tuesday, March 26, 2013

Hati emas vs Payung Emas

Assalam alaik..
  vs

Apakah persamaan dan perbezaannya?..

Persamaannya mestilah emas.. hehehe.. acah je.. mana sama...
Hati emas adalah keyakinan sepenuhnya dan sebenar2nya kepada Allah swt manakala payung emas... ehem ehem.. dikatakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada suami especially bila si suami mengutarakan hajatnya nak berkahwin satu dua atau tiga lagi.. begitu ke?
Saya x mahu lah payung emas.. walaupun ada yang pernah offer payung emas pada saya.. lebih baik memiliki hati emas..
Pengalaman berpisah sedih  miskin dihina kesunyian kegagalan disisih difitnah membuka mata melihat sebenarnya siapakah teman sejati... Allah swt.. kita tak diminta balasan.. sekadar memenuhi rukun Islam dan beriman kepadanya.. menjauhi syiri' dan sifat munafik.. Maha Pemaaf Pengampun Pemurah dan Penyayang.. subhanallah.. cukuplah Allah dalam diriku..
Bila membaca buku Dimana Dia di Hatiku seolah2 membaca semula perbualan diri sendiri.. x sampai suku pun lagi..terpaksa berhenti untuk melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada.. antara yang menarik adalah catatan petikan pesanan Imam Ghazali..'Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangn membaca AlQuran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati..Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah swt memohon pintu hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati...'

Aduh bestnya.. kalaulah dari awal lagi telah saya tahu.. mulai hari ni juga akan saya masukkan dalam doa harian.. Hati ni rasanya dah mati. aka  samalah tidak mempunyai hati kan.. mudah2an Allah swt memperkenankan doa hambNya ini.. dapat pula hati gred A++.. lagi galok mendalami ilmuNya..insyaa Allah..


No comments:

Post a Comment