Pages

Kelopak mawar

Tuesday, March 5, 2013

Assalam Alaik..

Bismillahir Rahmanir Rahimm..
Alhamdulillah.. urusan ibadah umrah dan ziarah bersama anak2 baru2 ini berjalan dengan lancar
dan dipermudahkan. Penerbangan pagi dengan pesawat MAS terus menuju Madinah tiba pada petangnya.. menyaksikan suasana Madinah dari udara.. Subhanallah..sampai di airport pegawai imigresennya agak perlahan tetapi tiada halangan lain..dan tiba di hotel hampir habis waktu maghrib.. Solat isyak di masjid Nabawi.. arghh rindunya... kali ni solat di ruang wanita bahagian utara sebab dekat dengan hotel rupanya nak ke Raudhah bukan kat situ.. kena keluar dan masuk ikut pintu satu lagi.. barulah tau ada 2 tempat solat untuk wanita di masjid ni.. tak lama 3 hari 3 malam sahaja.. Tak ketinggalan mengambil peluang yang ada untuk bersolat di Raudhah.. melihatkan kaum2 Hawa yang berebut2 walaupun dinasihatkan berkali2 agar sabar.. duduk bu ..ibu, duduk.. hehehe.. mixture of feelings.. alhamdulillah diberi ruang juga bersolat di karpet hikau tersebut.. saat sujud adalah paling indah..
Perjalanan menaiki bas ke Mekah singgah miqat di Bir Ali untuk berniat umrah..tak sangka RnR nya boleh tahan juga.. sampai hotel hampir tengah malam.. mutawif pesan buat umrah tepat jam 12 tgh malam.. hahaha..tiktok12x.. masya Allah punyalah ramai orang waktu tu.. sekarang masjid tengah dibuat renovation.. 1 tempat buat tawaf dan satu tempat saei..apapun.. ibadah umrah 3x sepanjang 7 hari di mekah alhamdulillah... rindunya.. menghantar emak ke airport utk ibadah umrahnya ahad baru ni juga membuatkan diri ini nak ikut serta walaupun baru seminggu lebih pulang dari sana...
Solat fardhu dilakukan di tingkat 1, betul2 mengadap pancur emas Hijir Ismail dan berada di depan sekali.. (sebab tempat tu dulunya utk laluan wheelchair tawaf sekarang ni laluan tawaf t x dilalui sebab renovation tu).. sangat2 terharu.. dapat lihat imam dan saf2 lelaki mengelilingi Kaabah solat LIVE.. walaupun bo je tengok kat tv tapi pemandangan dengan mata sendiri tak sama penghayatannya..tak terucap.. begitu dekat sekali dengan Maha Pencipta..

Kepada yang belum pernah sampai di sana saya doakan Allah menjemput kalian sebagai tetamu istimewaNya sama ada untuk ibadah umrah/haji.. subhanallah... jemputan ini sangat2 bermakna daripada jemputan daripada VVVVIP sekalipun.. doa kita di sana in syaa Allah akan dimakbulkan.. yakinlah Dia Maha Mendengar dn Mengetahui... saya baru je melaksanakan ibadah umrah pertama bulan Ramadhan tahun lepas.. di situ antara doa adalah untuk membawa anak2 jadi mohon diberi jemputan kepada kami dan dimurahkan rezeki.. alhamdulillah dimakbulkan walaupun membayar kos untuk 4 orang.. dan tahu tak tatkala baru je pulang drpd umrah bersama anak2 baru2 ni.. Allah meggantikan apa yang saya tanggung dengan rezeki 4 juga tapi jauh lebih banyak daripada yang saya belanjakan.. Alhamdulillah.. Ya Allah ku memohon keberkahanMu.  jangan kau jadikan aku kufur dengan anugerahMu yang tak terhingga ini.. jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan ... Aaamiinn..

No comments:

Post a Comment