Pages

Kelopak mawar

Thursday, March 21, 2013

Berwudu' zahir dan batin



Ada seorang Muslim yang sangat wara' dan khusyu' solatnya..iaitu Isam Bin Yusuf.. Namun masih ada rasa ragu akan kualiti ibadahnya sehinggalah suatu hari beliau bertanyakan kepada seorang abid bernama Hatim Al-Assam..

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah cara tuan menunaikan solat?"
"Apabila azan berkumandang, aku berwudu' zahir dan batin."
Isam hairan tetapi bertanya lagi, " Bagaimana wudu' zahir dan batin tu?"
Hatim menjawab "Wudu' zahir adalah membasuh anggota wudu' dengan air.. manakala wudu' batin adalah membasuh anggota wudu' dengan 7 perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa2 yang dilakukan, tidak mengagungkan dunia, Tidak mengharapkan pujian, merendah diri dan bukannya berbangga dengan apa yang dimiliki, bercakap benar dan jujur serta meninggalkan sikap dengki...

Kemudian, aku berjalan ke masjid dan mengemaskan pakaian ku dan memperelokkan anggotaku mengadap kiblat.. Semasa berdiri sebelum mengangkat takbir pertama, aku berdiri dan membayangkan.. aku sedang mengadap Allah swt, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku dan aku berdiri di atas titian 'siratul Mustaqim yang mana itu adalah solat terakhirku..

Aku mengangkat takbir dan berniat dengan baik dan memahami setiap bacaan dan doa dalam solatku , ruku' dan sujud dengan tawadu', bertasyahud dengan penuh pengharapan dan memberi salam dengan ikhlas.. begitulah solatku selama 30 tahun ini"...

Subhanallah.. 30 tahun bukannya 30 hari bukannya 30 minit... jom kita melihat semula bagaimana wudu' dan solat kita...

Selagi ajal belum dijemput... Bersyukurlah masih kita diberi peluang berubah dan memperbetulkan wudu' dan solat kita yang merupakan rukun islam kedua..

No comments:

Post a Comment