Thursday, March 21, 2013
Mendidik dan membesarkan anak amanah Allah
Assalam alaik..
Kali ini saya nak kongsi sedikit ilmu yang pernah saya peroleh dahulu..
Firman Allah s.w.t.: Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian..(At-Taghabun, 64:15)
Anak2 kita adalah amanah Allah swt yang perlu kita didik dan pelihara sebaik mungkin menjadi muslimin muslimah solihin dan solehah..
Adalah malang seseorang yang dikurniakan anak yang ramai tetapi tiada membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak atau zuriat kita ini di jalan Allah swt...
1. Banyakkan berdoa.... semasa janin dalam kandungan lagi kita disarankan berdoa dengan membaca sayidul istighfar, Ayat 8&9 surah Al-Imran (memohon rahmat), Ayat 38 Surah Al-Imran(pohon zuriat yang baik) dan Ayat 40-41 Surah Ibrahim (anak yang mengerjakan solat).. alamak.. habis tu cam no plak kalau dah lahir ke dunio ..ada juga... Ayat 128 Surah Al-Baqarah(patuh perintah Allah swt) dan Ayat 74 Surah Al-Furqan( yang menyejukkan hati)
2. Berikan galakan berbentuk motivasi bukannya menakut2kan ..kita suka paparkan citer2 seram hantu di kaca tv di rumah.. tak elok tu.. boleh syirik jadinya jika mereka takutkan benda2 tu selain Allah swt..
3. Bersikap tegas pada tempatnya.. bukan garang tau. ambil tahu aktiviti anak2 dan masa yang diluangkan untuk aktiviti berkenaan..
4. Menegur anak2 secara berhemah dan sederhana.. ikut cara nabi Muhammad saw.... ini tidak asal balik kerja tengok rumah bersepah sikit mulalah berleter tak puas dicubit dan pukul pula budak tu.. entah2 yang buat tunggang langgang tu kucing kesayangan kita sebenarnya.. hah.. sapa yang salah?..
5. Memberi peluang dan pendedahan kepada anak2 dalam aktiviti jasmani, rohani dan minda secara seimbang... kebanyakan kita lebih pentingkan kepandaian imtelektual(minda) dan kurang prihatin kepada keperluan jasmani si anak ini.. bab rohani jauh sekali...
6. Menyentuh memeluk mencium anak2.. mereka sama seperti kita yang dewasa juga.. kalau sehari tak sentuh pasangan pun dah rasa lain macam kan inikan pula anak2 kita.. jangan pula bila mereka belajar menyentuh orang lain berlawan jantina baru kita nak melenting plak.. anak2 perlukan kita.. walau pun anak2 tersebut dah belasan tahun mereka tetap anak kita yang sentiasa rindukan belaian kita.. pandai2la mendapatkan masa dan tempat yang sesuai.. perlu jaga perasaan malu anak kita juga..
7. Seronok tak kalau anak kata kitalah idola mereka?.. mesti teruja kan.. ha.. sebab tu kita perlu sentiasa menjaga penampilan dan perwatakan kita sebagai ibu kawan kakak atau abang dan sebagainya.. sebab kitalah orag yang paling hampir dan sentiasa selalu bersama anak2.. sebab itu kalau kita biasa amalkan sunah nabi Muhammad saw dirumah seperti memberi salam, solat berjemaah, makan berjemaah etc in syaa Allah beruntunglah kita sebagai ibu bapa yang memperoleh anak yang soleh solehah..wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment