Pages

Kelopak mawar

Monday, March 18, 2013

Lia maafkan abang dunia akhirat... sudah2lah

 
Assalam...

Terpaksa.. perlu rasanya diri ini meluahkan... hari ni saya terima lagi sepucuk surat darinya.. astaghfirullah... begitu hina persepsi dia pada keikhlasan diri... terus ku berdoa sebelum syaitan menguasai diri dan emosi
 "Ya Allah, jika ini adalah balasan di dunia atas kesalahan2ku kepada dia, ku memohon ampun kepadaMu Ya Allah, Sedang Engkau Maha Mengetahui tujuanku menilih jalan begini dan bukannya keinginan yang dia mahukan.. Sebaliknya, jika kata2 caci maki zalim yang kuterima ini merupakan dosanya kepadaMu, ampunkanlah dosa2nya, Engkau lembutkanlah hatinya, berilah taufiq dan hidayahMu dan jika dia bertaubat, terimalah taubatnya.. Sesungguhnya diri ini hambaMu yang hina sedangkan Engkau Maha Pengampun, telah ku maafkan dirinya atas kata2 kesat caci makinya kepadaku.. tiada dendam..."

Allah (SWT) berfirman bermaksud:

“Janganlah kamu berbuat zalim dan jangan pula dizalimi.” (Surah al-Baqarah, ayat 270).

Zalim itu ialah meletakkan sesuatu iaitu melakukan sesuatu perbuatan/tindakan/kata2/etc yang bukan pada tempatnya yang melampaui batasan agama Islam sendiri. Janganlah kita mengikuti jejak Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi seorang panglima yang meluaskan empayar Islam Umayyah  yang zalim..

Selain itu, hasad dengki merupakan suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Kesannya ia mencetuskan perasaan dendam, permusuhan dengan cacian dan cercaan dan saling berprasangka buruk terhadap orang lain.
Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)

Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa':54)
Mencaci maki atau menyakiti sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana ia adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.
Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)
Islam mengajar dan mendidik kita mementingkan perpaduan, keharmonian dan menghormati antara satu sama lain agar terbentuk budaya masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan keimanan yang sebenar kepadaNya.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghina(mencaci) suatu kaum, yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)
Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Perbuatan mencaci mencerca dan menghina sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti)"
(HR.Muslim)
Abang, takdir Allah s.w.t merupakan suatu ketetapan-Nya ke atas setiap makhluk dengan kadar atas tertentu. Kita berusaha dan berdoa, namun, takdir yang ditentukan Allah s.w.t sama ada baik, buruk, bahagia atau derita adalah suatu ketentuan Allah s.w.t yang mutlak ke atas setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang atau mengubahnya. Ada hikmah di sebalik semua yang telah ditentukan. Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya, yakinlah.

Firman Allah s.w.t:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠)

Ertinya:
"Kamu tiada mengkehendaki(sesuatu)melainkan jika Allah s.w.t mengkehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Al-Ihsan:30)

Nauzubillah, janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang menolak, membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan takdir Allah s.w.t, kerana samalah seperti golongan orang yang kufur dan rosak iman serta munafik yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.

Marilah kita selami sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan. Dan sesungguhnya apabila Allah s.w.t mengasihi suatu kaum, dicubanya kaum itu(dengan suatu cubaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat redha Allah s.w.t dan siapa yang marah,ia akan mendapat murka Allah s.w.t."
(HR.At-Tirmizi)
So apa kata kita mencontohi Rasulullah SAW yang sentiasa memelihara lisannya walaupun terhadap musuh yang menentang dakwahnya. Islam melarang umatnya memaki hamun, mencarut dan mencaci sesama Muslim kerana ia adalah kegiatan dan perbuatan syaitan.
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.

Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. Setiap cercaan, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain  walaupun berhadapan dengan musuhnya.Sebaliknya, baginda Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.”
Allah berfirman yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)


Rasullullah s.a.w bertanya“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu." Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat membawa bersama amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka. Nauzubillah
Justeru, apa kata kita memilih jalan ketaqwaan.. SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134
JOM

No comments:

Post a Comment