Panas juga pagi Jumaat ni.. apa pun alhamdulillah masih diberi nafas kesegaran dan kesihatan diri..
Sesuai dengan topik yang tertera, saya nak kongsikan satu pengalaman .. pada waktu pagi memandu ke pejabat yang mengambil masa lebih kurang 45 minit -1 jam.. saya mengamalkan zikrullah berikut (di samping surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul):
sebanyak 100x setiap satunya.. dan sewaktu mengerjakan umrah baru2 ni saya membaca zikrullah berkenaan dan alangkah terkejut juga bila saya kira satu kalimah dibaca pada satu tawaf jumlahnya menyamai bacaan untuk tujuh pusingan lengkap tawaf.. subhanallah bersyukur atas ketentuanNya membuka hati saya membaca zikrullah ni dalam perjalanan harian saya..
Yang baik kita ikut kan.. jomla.. kalau dalam sedar kita berada dalam kesesakan jalanraya atau memandu seorang diri amat sesuai mengamalkannya.. kerana cara begini mendidik kita mengingati Allah sentiasa dan satu usaha mendekatkan diri kepadaNya..
Ada juga zikir2 lain yang saya pernah baca..tapi bila diamati sebenarnya jika amalkan menyebut asmaulhusna sekurang2nya sekali sehari sepenuh jiwa dan seikhlas hati (macam kalau kita nyanyi lagu jiwang kegemaran kita tu la kan sampai pak mertua lalu depan mata pun tak perasan).. subhanallah kita akan rasa Allah hampir sangat dengan kita..
No comments:
Post a Comment