Pages

Kelopak mawar

Monday, April 15, 2013

Kehidupan Sia2.. Mari Berubah

Sufyan Ats-Tsauri merupakan seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 
 
1-Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2-Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat setiap hari.

3-Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4-Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5-Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjema’ah.

6-Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7-Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8-Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9-Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10-Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
 

sumber petikan http://mahatera.blogspot.com

No comments:

Post a Comment