Pages

Kelopak mawar

Thursday, April 4, 2013

Hari Kebinasaan Sebelum Kenikmatan Abadi....

Tatkala tanda2 Kiamat kecil telah lama dan bakal berlaku.. bakal tiba tanda Kiamat besar akan bertamu.. sesudah itu.. apabila tiba hari yang ditetapkan oleh Allah swt seperti yang dijanjikan kepada kita..

Malaikat Israfil meniup sangkakala pertamanya (bentuknya seperti tanduk besar) yang sangat memekakkan telinga.. sangat dasyhat.... Ibu yang mengandung akan keguguran, yang menyusukan anak akan meninggalkan anaknya.. sangat huru hara.. semua kan mencari tempat perlindungan.. tetapi tiada suatu ruang pun untuk berlindung....Inilah Hari Kemusnahan. Seluruh makhluk yang masih hidup sehingga ke hari tersebut akan mati kecuali Izrail & beberapa malaikat lain. Sehinggalah Izrail selesai mencabut nyawa baki malaikat yang masih ada dan akhirnya Izrail mncabut nyawanya sendiri.

Tatkala tiada suatu makhluk pun yang masih hidup..(semuanya telah dimatikan).... Allah swt berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada yang menjawab. Sepi.. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya dan kekuasaanNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”  Kebesaran dan keagunganNya jelas nyata sebagai Tuhan yg Maha Berkuasa lagi Maha Kekal Hidup. Sepi selama 40 tahun. Apa yang terjadi dalam tempoh itu? Wallahualam.. Itu antara ilmu ghaib Allah swt..
Selepas tamat tempoh 40 tahun, Allah swt menghidupkan Malaikat Israfil a.s. yang ditugaskan untuk meniup Sangkakala buat kali kedua.  Seluruh makhluk dari Nabi Adam as sehinggalah mereka yang dimatikan pada Hari Kemusnahan dihidupkan semula. Manusia dihidupkan semula melalui “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka.. Di mana? Suatu pemandangan yang sangat luas rata tidak berbukit atau bulat .. itulah padang Mahsyar (umpama padang Arafah) .

Didatangi pula api berterbangan diiringi bunyi kuat seperti guruh yang menghalau semua makhluk Allah swt ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka dalam belbagai keadaan.. ada yang menaiki tunggangan (banyak amalan), berjalan kaki (beramal tapi kurang), berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa) dsbgnya. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib dan hisab yang bakal mereka hadapi.

Setelah semua makhluk berkumpul, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, hilang cahaya gelap gelita menyelubungi. Akibat ketakutan, berlaku huru-hara yang lebih dahsyat.

Sehingga langit yang tebal tiba-tiba pecah diiringi bunyi dahsyat, turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Itulah pertama kali seluruh makhluk melihat paras rupa malaikat.. Sangat terkejut... Saiznya yang besar dan suara yang menakutkan.

Muncul semula matahari tetapi dengan kepanasan yang berganda... diberitakan bahawa kedudukan matahari seakan-akan berada sejengkal dari atas kepala. Ada ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik  pada hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan air laut dan sungai menjadi kering kontang. Rasailah kepanasan sebenarnya..semua makhluk bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan ini berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Pada tika ini ada dua manfaat yang boleh diperoleh bagi mereka yang beriman sebenarnya dan beramal seikhlasnya kerana Allah swt..

Pertama, ditengah kepanasan tersebut terdapat satu telaga kepunyaan Rasulullah saw bernama Al-Kauthar. Airnya hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja jika bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Bertuahnya jika kita layak meminumnya, kerana dengan minum air dari telaga ini kita tidak akan haus selama-lamanya walaupun matahari sejengkal sahaja jaraknya di atas kepala. Telaga Al-Kauthar berbentuk segi empat tepat besarnya ibarat satu bulan perjalanan. Air telaga ini sangat wangi malah lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Telaga ini merupakan penyaluran yang mengalir dari syurga.

Kedua, sedang semua manusia berada dibawah kepanasan matahari yang sangat terik, Allah swt menganugerahkan kepada tujuh golongan berikut mendapat teduhan dari Arasy. Subhanallah.. Adakah kita termasuk dalam golongan ini.. Mereka adalah:
Pemimpin yang adil;
Pemuda yang taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
Mereka yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Mereka yang suka bersendirian mengingati Allah sehingga mengalir air matanya kerana takutkan kemurkaan Allah.

Tempoh berada di padang mahsyar sangat lama... sangat tersiksa (bagi mereka yang tidak beriman), sehingga kedengaran suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Lantas mereka mencari para Nabi dari Nabi Adam, Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s meminta dipohon kepada Allah swt agar mempercepatkan hisab dan seterusnya tetapi usaha mereka gagal kerana mereka  menyatakan mereka juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. sehinggalah akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Tahu tak sela masa perjumpaan antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Baginda Nabi Muhammad saw yang sangat mengasihi umatnya ini menggunakan salah satu syafaat yang dikurniakan Allah swt kepadanya dengan memanjatkan doa memohon ke hadrat Allah SWT  agar dikurangkan azab  dan mempercepatkan hisab dan diperkenankan doanya.

Diperdengarkan pula suatu bunyi pukulan gendang yang sangat kuat sehingga semua makhluk ketakutan menyangkakan azab akan diturunkan ke atas mereka. Apabila langit terbelah, kelihatan seramai lapan malaikat memikul Arasy Tuhan membawanya turun ke Padang Masyhar tersebut sambil bertasbih dan suaranya yang amat lantang.. Sangat besar malaikat yang ditugaskan menjaga Arasy Allah swt ini saiznya sebesar suatu jarak perjalanan 20 ribu tahun... Allahu Akbar

Bagaimana agaknya rupa ‘Arasy ini?  Ada digambarkan bahawa ia adalah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang disokong oleh empat tiang yang sentiasa dipikul oleh malaikat. Besarnya ibarat istana yang mempunyai beribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya dan dilingkungi oleh embun untuk menghijab cahaya malaikat yang sangat kuat.

Kursi pula merupakan jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh empat orang malaikat lain pula tetapi saiznya kecil umpama cincin ditengah padang atau singgahsana dihadapan istana.

Ketakutan menyelubungi.. seluruh makhluk menundukkan kepala... Apabila Allah swt memerintahkan timbangan amal dimulakan... Berterbangan kitab amalan turun dari bawah Arasy  dan tergantung di leher pemiliknya tanpa silap sehingga nama dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah dicatatkan oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Makhuk beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Umat pertama dihisab adalah umat Nabi Muhammad saw. Proses hisab turut disaksikan oleh Nabi Muhammad saw dan juga imam 4 mazhab mengikut tanda pada pengikut mereka.

Jika giliran umat Nabi Muhammad saw yang menjadi pengikut Imam Shafie dipanggil untuk dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab pengikut tersebut dan diserahkan kepada pemiliknya sama ada penerimaan oleh tangan kanan jika ia seorang mukmin tetapi di tangan kiri jika ia tidak beriman kepada Allah swt..... Wallahualam..  .

Jika makhluk tersebut dikalangan kafir & munafik, akan beraturlah mereka bersama pemimpin mereka yang zalim itu. Setiap pengikut juga ditanda mengikut pemimpin mereka untuk dibezakan.

Bagaimana makhluk dihisab? Menggunakan satu Neraca Timbangan yang bersaiz sangat besar, satu tiang berlidah dan 2 daun. Daun bercahaya untuk menimbang pahala diperolehi manakala daun gelap untuk menimbang dosa yang dilakukan.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. sebab itu pentingnya kita memastikan kalimah syahadah sentiasa dibibir dan dihati... Jika sehingga saat dia mati bukan dalam keadaan Islam, hanya amalan buruk ditimbang. amalan baik pula tidak diambil kira. sangat sedih kan.. dari segi amalan pula yang pertama dihisab adalah solat. Hukum pertama diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Pada waktu hisab dijalankan, mulut dipateri, jika tangan berkata- kata, kaki menjadi saksi begitulah sebaliknya. Tiada helah dan tipu muslihat. Semua makhluk diadili oleh Allah swt yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.

Setelah semua amalan ditimbang dan hukuman diputuskan, mahkamah Mahsyar dibuka kepada sekalian makhluk untuk membuat tuntutan hak mereka dari makhluk yang sedang dibicarakan sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. (sebab itu kita tidak boleh menyakiti sesama makhluk dan perlu sentiasa memohon maaf dan memaafkan).. di dunia kita boleh larikan diri atau buat sombong tetapi tuntutan sebenar kita tanggung diakhirat ni pada saat kita dihisabkan... nauzubillah...

Setelah dihisab, orang yang dihisab tersebut akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat atau dikenali Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. (inilah juga ada dalam surah ummul kitab iaitu surah AlFatihah)... Difahamkan lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut dibelah tujuh dan lebih tajam daripada mata pedang.

Bagi orang mukmin titian ini akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. (Tu la maksud kita baca ayat dalam surah Al Fatihah tu.. supaya ditunjukkan jalan yang benar bukan sahaja di dunia tetapi diakhirat sewaktu melintasi titia sirat ini.. subhanallah)..

Antara syafaat Rasulullah saw di akhirat  juga adalah memohon kepada Allah swt memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab dan mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala)

Dikatakan juga perjalanan meniti di titian sirat ini memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun perjalanan menaik, 5,000 tahun perjalanan mendatar dan 5,000 tahun perjalanan menurun. Ada hamba Allah swt mellaluinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban, berjalan kaki dan sebagainya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Dikhabarkan, setiap 1,000 orang yang meniti titian sirat ini, hanya seorang sahaja berjaya melepasinya. Bakinya terjatuh ke dalam neraka. Mana tidaknya api neraka sentiasa berusaha menarik kaki mereka yang tidak beriman dengan sebenar2nya kepada Allah swt untuk jatuh ke dalamnya.

 http://rozisalehin.blogspot.com & baca-blogspot.blogspot.com.. dan beberapa buku agama spt
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

No comments:

Post a Comment