Pages

Kelopak mawar

Wednesday, April 3, 2013

Petikan Dialog Rasulullah saw dengan Iblis

Beberapa bulan yang lalu saya membaca sebuah buku dan di dalamnya ada dinyatakan tentang perbualan di antara Nabi Muhammad saw dengan iblis..

Berikut adalah antara petikan dialog antara keduanya.

Rasulullah saw: "Siapakah kamu ini ?" 

Iblis yang menerupai seorang tua bertongkat: "Aku adalah iblis." 

Rasulullah saw: "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 

"Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." 

"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umatku?" 

" Ada lima belas." 
1. Engkau sendiri hai Muhammad. 

2. Imam dan pemimpin yang adil. 

3. Orang kaya yang merendah diri. 

4. Peniaga jujur dan amanah. 

5. Orang alim yang memelihara dan khusyuk dalam solatnya. 

6. Mukmin yang memberi nasihat di jalan Allah. 

7. Mukmin yang berkasih-sayang kerana Allah. 

8. Mereka yang tetap dan sentiasa bertaubat. 

9  Mereka yang menjauhi segala perkara haram. 

10. Mukmin yang sentiasa bersuci. 

11. Orang yang suka bersedekah dan menderma. 

12. Orang yang baik akhlaknya. 

13. Orang Mukmin yang suka membantu orang. 

14. Orang Mukmin yang menghafal al-Quran serta selalu membacanya. 

15. Orang yang bangun ditengah malam lalu mendirikan solat sedang orang lain nyenak tidur. "

"Berapa banyakkah pula temanmu dari kalangan umatku ?" 

"Ada sepuluh golongan :- 
1. Hakim yang tidak adil. 

2. Orang kaya yang sombong dan angkuh. 

3. Peniaga yang khianat. 

4. Pemabuk/peminum arak. 

5. Orang yang suka memutuskan silaturrahim. 

6. Mereka yang melakukan urusan riba'. 

7. Pemakan harta anak yatim. 

8. Orang yang suka melengahkan solat/ meninggalkan solat. 

9. Kedekut/Bakhil dalam membayar zakat. 

10. Orang yang suka berangan-angan dan berkhayal." 

Inilah petikan perbualan di antara Rasulullah saw dengan syaitan durjana.

Kita mengetahui bahawa iblis laknatullah ini telah bersmpah dihadapan Allah swt untuk setiap setik menyesatkan kita umat Nabi Muhammad saw.. yang menjadikan Iblis laknatullah itu  musuh Allah s.w.t. dan musuh manusia. 

Berhati2 lah dan berwaspada selalu agar kita tidak terlalai dan terleka sehingga tanpa kita sedari kita telah menjadi kawan iblis laknatullah ini,, nauzubillah...

Perbanyakkanlah mengingati Allah swt dengan zikir dan aktiviti yang mampu menjadikan bekalan kita diakhirat kelak .. in syaa Allah.. kerana bila kita mengingatiNya, Allah sentiasa dekat dengan kita.. semoga kita sentiasa dalam Lindungan dan pemeliharaanNya.. Aaamiinn

No comments:

Post a Comment