Assalam alaik..
Tahu tak Rasulullah saw berwasiat kepada isterinya Siti A'isyah ra yang bermaksud,
Wahai A'isyah, Aku wasiatkan kepadamu empat perkara iaitu,
1)Janganlah kamu tidur sebelum mengkhatamkan Al Qur an.
2)Janganlah kamu tidur sebelum kamu yakin telah mendapatkan syafa'at dari para Nabi atau Rasul
di hari Kiamat.
3)Janganlah kamu tidur sebelum semua kaum mukminin dan mukminat telah ikhlas kepadamu.
4)Janganlah kamu tidur sebelum kamu menjadi Haji.

Kemudian Siti A'isyah bertanya,
"Ya Rasulullah, bagaimanakah boleh ku melakukan itu semua?"
Rasulullah saw tersenyum kemudian bersabda,
"Janganlah kamu tidur sebelum mengkhatamkan AlQuran, iaitu bacalah Surah AlIkhlas 3 kali kerana membacanya, pahalanya sama dengan mengkhatamkan AlQuran.
Janganlah kamu tidur sebelum kamu yakin telah mendapat syafa'at dari para Nabi atau Rasul, iaitu bacalah selawat serta salam kepada para Nabi dan Rasul sehingga dengan begitu mereka bisa memberi syafa'at kepadamu di hari kiamat.
Janganlah kamu tidur sebelum kaum mukminin dan mukminat ikhlas kepadamu, iaitu bacalah do'a untuk semua kaum mukminin dan mukminat sehingga mereka kemudian ikhlas kepadamu kelak.
Janganlah kamu tidur sebelum kamu jadi haji, iaitu bacalah tasbih, tahmid, takbir dan tahlil, kerana dengan begitu pahalanya sama dengan orang yang telah menjadi haji. (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah)
Itulah penerangannya.. susah ke? tidak kan.. ada tak suami2 kalian berwasiat sedemikian.. hmm ntah2 mereka pun tak buat apa plak nak mewasiatkan kita.. hahaha..
Selaku ayahanda yang penyayang kepada umatnya apatah lagi kepada puteri darah dagingnya sendiri.. baginda Rasulullah saw juga mewasiatkan puterinya dalam bentuk pengajaran yang sangat bermakna kepada kita sebagai wanita ibu dan anak.. begini petikan ceritanya....
Suatu hari masuklah Rasulullah saw menemui puterinya Fatimah az-zahra ra. Didapatinya puterinya sedang menggiling syair (sejenis bijirin) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.
Rasulullah saw bertanya kepada puterinya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah? Semoga Allah swt tidak menyebabkan matamu menangis".
Fatimah ra berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan rumahtanggalah yang menyebabkanku menangis".
Lalu duduklah Rasulullah saw di sisi puterinya. Fatimah ra berkata lagi, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'ali (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolongku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan di rumah".
Mendengar perkataan puterinya ini maka bangunlah Rasulullah saw mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair (bijirin) tersebut dengan tangannya yang diberkahi lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillahirrahmanirrahim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah swt. Rasulullah saw meletakkan syair itu ke dalam penggilingan tangan itu untuk puterinya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah swt dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah saw berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah swt", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah swt yang Maha Kuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka penggilingan itu berkata, "Ya Rasulullah saw, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda saw dengan kebenaran sebagai Nabi dan RasulNya, kalaulah Baginda saw menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun, nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah swt suatu ayat yang berbunyi,
"Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkanNya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka."
Rasulullah saw kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Lalu Rasulullah saw bersabda kepada puterinya,
"Jika Allah swt menghendaki wahai Fatimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah swt menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat.
Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah swt menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah swt menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.
Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah swt akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.
Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangganya maka Allah swt akan menghalanginya dari meminum air Telaga Kautsar pada Hari Kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah aku akan mendoakanmu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathmah bahawa redho suami itu daripada Allah swt dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah swt?.
Ya Fatimah, apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah swt akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah swt mencatatkan untuknya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosanya dari dirinya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah swt akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar, maka Allah swt akan mengampuni semua dosa-dosanya dan Allah swt akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikarurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.
Ya Fatimah, perempuan yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah swt akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
Ya Fatimah perempuan yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menghias rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah amalmu, maka Allah swt telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".
Ya Fatimah, perempuan yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah swt akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah swt akan meringankan sakaratul mautnya, dan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah swt akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas Titian Sirat".
Wow panjang juga... begitu istimewanya kita sebagai wanita...
wallahualam

No comments:
Post a Comment